Wanita warga emas ditahan simbah asid pada suami isteri, angkara dengki kedai makan laris. Entah apa yang bermain di fikiran seorang wanita warga emas apabila bertindak kejam menyimbah asid pada suami isteri dan anak mereka yang memasuk lif baru ini.
Akibat dendam, dengki atau ada hal yang tidak puas hati membuatkan dirinya nekad dengan tindakannya tersebut. Malangnya perbuatan itu berjaya dikesan pihak berkuasa dan dirinya berjaya ditahan petang semalam.
Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi.
“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek terlibat namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok,” katanya dalam kenyataan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Baru Berkahwin 10 Bulan, Suami Sanggup Simbah Asid Pada Isteri Hingga Meninggal
Terlampau Sakit Hati, Isteri Nekad Simbah Asid Ke Muka Suami Yang Curang
Terdahulu media melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.
Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.