Wanita warga emas ditahan simbah asid pada suami isteri, angkara dengki kedai makan laris. Entah apa yang bermain di fikiran seorang wanita warga emas apabila bertindak kejam menyimbah asid pada suami isteri dan anak mereka yang memasuk lif baru ini.
Akibat dendam, dengki atau ada hal yang tidak puas hati membuatkan dirinya nekad dengan tindakannya tersebut. Malangnya perbuatan itu berjaya dikesan pihak berkuasa dan dirinya berjaya ditahan petang semalam.
Wanita Warga Emas Ditahan Simbah Asid Pada Suami Isteri
Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi.
Ads
“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek terlibat namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok,” katanya dalam kenyataan.
Seminggu sebelum kejadian simbah asid, kedai mereka dibakar
Angkara Dengki Kedai Makan Laris
Terdahulu media melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.
Ads
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.
Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi yang muncul menerusi rancangan Akademi Fantasia, Ara Johari kesal apabila dilabel sebagai artis bermasalah gara-gara tindakannya menarik diri pada saat akhir daripada menjayakan rakaman sebuah program terbitan sebuah stesen TV baru-baru ini.
Biarpun sudah menjelaskan penarikan dirinya itu kerana masalah kesihatan di mana dia diserang asma beberapa hari sebelum rakaman tersebut bermula, insiden itu terus diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tidak cukup dengan itu, tular pula dakwaan yang mengatakan penyanyi Bunga dan Paku itu terbabit dalam pengambilan minuman keras dan barang terlarang sehingga mendatangkan masalah kepada dirinya.
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 23, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
“Saya berani bersumpah tidak pernah mengambil minuman beralkohol atau barang terlarang.
“Saya tidak dapat menutup mulut orang daripada terus berkata-kata, tapi saya percaya lama-lama mereka akan diam juga kerana ia adalah perkara tidak benar.
“Memang kadang-kadang ada rasa marah, tapi asalkan keluarga dan orang terdekat tahu perkara sebenar, ia sudah cukup buat saya,” jelasnya.
Berkawan Dengan Semua Orang
Dalam pada itu, Ara tidak menafikan dakwaan tersebut mungkin berpunca daripada pergaulannya dengan kenalan dan rakan-rakan yang terlibat dalam perkara tersebut.
“Memang ada kenalan saya yang mengamalkan cara hidup begitu, tetapi ia tiada kaitan dengan saya.
“Saya berkawan dengan semua orang, tapi yang menentukan sesuatu tindakan itu adalah diri kita sendiri. Kita yang bentuk diri kita dan bukan orang lain,” tegasnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ Foto: Instagram Ara Johari
Setiap hari dalam perjalanan seharian kita akan berdepan juga dengan benda kejutan depan mata. Kisah end game yang Heliza Helmi ini lalui, sinki jatuh pecah depan mata waktu nak ambil wudhu telah buat dirinya hilang kata-kata.
Dan yang buat dia semakin tergamam, bila pemilik kedai itu tersangatlah baik hati, tak minta ganti rugi malah mohon agar didoakan kemurahan rezeki.
Begini kisahnya, “Masa ambil wudhu dekat sinki ni, tengah ambil wudhu, tiba-tiba! “KEDEPANGGGGG”!!! “ALLAHU AKBAR!!!”. Segalanya dalam sekelip mata, sinki jatuh pecah.”
Maklum Heliza, video yang dirakan itu diambil selepas staff Dr Smile Bangi dah siap kemas pecahan sinki itu. “Terima kasih staff @drsmilebangi yang bantu sangat pantas untuk bersihkan kawasan ini.”
“May Allah bless u guys, aamiin. Cermin ku retak, retak tak beribu, paip air terus tak keluar air. Ni magik ke apa ni.”
“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, masa tu speechless sangat! Dah la first time datang klinik @drsmilebangi, datang-datang je buat hal. Tapi Kakja nak pi solat, ambil wudhu je. Tak buat hal pun. Halamak, camne ni..”
Sebaik dengar bunyi yang kuat tu, doktor dan kakitangannya terus keluar dan tengok keadaan Heliza. Dan benda pertama yang diorang kata, “Heliza OK?”
Saya Ambil Wudhu Je, Tak Tau Kenapa Sampai Jadi Gini
“MasyaAllah.. time tu Kakja kata, ‘saya Alhamdulillah okay, yang tak OK sinki cermin semua ni. Saya ambil wudhu je, tapi tak tau la kenapa. Kuar sangat ke saya ambil wudhu sampai jadi gini.”
“Maafkan saya. Saya nak ambil wudhu je. Tapi tak tau apa ke ganasnya saya ambil wudhu sampai begini jadinya.”
Diaorang sangat baik, dioarang kata, “Tak apa.. tak apa..”
Kakja kata, “Nanti bagitaulah berapa, saya bertanggungjawab untuk ganti rugi balik. Salah saya, saya ambil wudhu camne ntah sampai begitu jadinya.”
Doakan Kemurahan Rezeki..
Doktor @drsmilebangi dengan keadaan tak marah dan bagitau, “Heliza tak perlu tanggung apa-apa kerugian atas kerosakan tadi, hanya doakan @drsmilebangi murah rezeki.”
Ya Allah.. jangan begitu, memang saya perlu bertanggungjawab dalam hal ini.
Mohon kalian semua untuk doakan @drsmilebangi diberikan keberkatan dan keafiatan, dijauhkan kemudaratan dan diberikan kebaikan dunia akhirat.
Aaamiin (mohon Aamiinkan DOA ini)
PS : Sedih tak cerita Kakja ni. Lepas ni patient lain yang selalu gunakan sinki ini, sinki ini dah tak ada di dunia ini. Maafkan saya.
Isu rentas negeri memang isu yang panas, apatah lagi ramai yang tidak dapat bersua muka dengan mak, ayah tercinta setelah sekian lama. Syawal pula bakal menjelang tiba tidak lama lagi, bertambah rawan di hati.
Jika orang tua masih sihat dan ada orang jagakan sudah tentu anak-anak di perantauan tidak terlalu bimbang. Tetapi bayangkan mak, ayah yang semakin uzur, anak-anak pula sudah tentu rasa risau membelenggu.
Soal hari raya kita tolak tepi, tapi sekarang soal sakit pening mak, ayah yang lama tak dijengah. Kesan dan akibat perbuatan orang lain, orang tua jadi arwah baru dapat ziarah. Sungguh tidak adil.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
Kesan & Akibat Perbuatan Orang Lain
Kesan dan akibat perbuatan “orang lain” untuk kehidupan orang lain…
Isu rentas negeri adalah isu yang agak panas ketika ini… Hendak rentas negeri, kena dapatkan kebenaran polis… Apabila mahu dapatkan kebenaran polis, kena ada bukti kenapa hendak rentas negeri…
Orang Tua Sudah Jadi Arwah Baru Dapat Ziarah
Benda yang berlaku ialah, bila ada insan yang betul-betul perlu rentas negeri untuk balik ke pangkuan orang tua yang sakit, tenat dan nazak tapi tak dapat kebenaran untuk balik… End up, orang tua jadi arwah dan selamat dikebumikan adik beradik yang lain…
Sebagai anak, apa yang kita rasa?
Bila Kali Terakhir Jumpa Orang Tua?
Last tatap muka orang tua secara berdepan ialah enam bulan lepas… Kali terakhir bersembang secara berdepan ialah enam bulan lepas…
Bila orang tua tenat, nazak, kita tak dapat pulang untuk berjumpa untuk kali yang terakhir…”penghormatan” terakhir pun kita tak boleh bagi…
Orang tua pun sudah di dalam kubur…
Jarang seorang anak nak ke balai dan cakap orang tuanya tengah sakit, tenat dan nazak… Ada anak yang hendak doa orang tuanya meninggal dunia?
Minta Secara Baik Tak Terima
Ada anak yang hendak doa kemudaratan untuk orang tuanya supaya dia boleh balik ziarah? Tidak ada, bila diminta secara baik kebenaran itu, dipersoalkan kenapa, mengapa…
Hendak disemak pula dengan hospital… Kalau tak masuk hospital, tak boleh balik… Adik-beradik yang lain ada, orang kampung pun ada, disuruh mereka pula yang tengok-tengokkan…
Sakit tua ini, orang tak masuk hospital… Pergi hospital pun, doktor suruh bawa balik…
Maka anak-anak yang nak balik di saat orang tuanya sedang berjuang untuk melihatnya untuk kali terakhir, tidak dapat balik sebab tak cukup bukti…
Ini kesan dan akibat perbuatan orang lain dalam kehidupan orang lain… Orang yang dibenarkan rentas negeri untuk tujuan yang tak melibatkan nyawa dibolehkan, diberikan keistimewaan…
Manakala urusan yang melibatkan nyawa, hanya air mata dan pusara menjadi tatapan untuk disimpan sebagai kenangan…
Bertabahlah wahai anak-anak di rantauan…
MW: Biar pun mak,ayah jauh di mata tetapi doa sentiasa mengiringi mereka. Semoga Allah menjaga mak,ayah dan dipanjangkan usia sehingga dapat kita berjumpa lagi. Insyallah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...