Malang sememangnya tidak berbau. Namun kemalangan boleh dielakkan sekiranya mengambil langkah lebih berhati-hati. Jangan biasakan tinggalkan anak-anak yang masih kecil dalam kenderaan tanpa pengawasan. Apatah lagi dalam keadaan enjin masih hidup.
Tindakan seorang wanita meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin tidak dimatikan membawa padah apabila kenderaan itu merempuh pintu kaca sebuah bank di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, wanita berusia 29 tahun berkenaan turut meninggalkan dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun di dalam kenderaan terbabit.
Urusan Bank
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku apabila pemandu wanita bertindak meninggalkan dua anaknya di dalam kereta Proton Saga untuk berurusan di sebuah bank.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, wanita itu meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit dan keluar beratur di mesin juruwang automatik (ATM).
Ads
“Ketika itu dua anaknya iaitu lelaki berusia dua tahun dan perempuan berusia lima tahun berada dalam kereta berkenaan.
“Ketika wanita itu sedang beratur di luar ATM, tiba-tiba orang awam menjerit dan mendapati kereta yang ditinggalkannya telah melanggar pintu utama bank terbabit dan menyebabkan cermin pintu rosak,” katanya.
Ads
Tidak Mengalami Kecederaan
Champin berkata, dua kanak-kanak di dalam kenderaan dan orang awam yang berada di dalam di bank tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ads
“Siasatan lanjut mendapati, kecuaian berlaku disebabkan wanita itu meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjin masih hidup dan gear terletak di posisi ‘drive’.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu gagal mengawal kenderaan semasa memandu dan menyebabkan kemalangan,” katanya.
MW: Jadikan pengajaran iya. Hati-hati, jangan tinggalkan anak kecil dalam kereta tanpa pengawasan, boleh akibatkan kemalangan sebegini berlaku.
Wanita Kelantan jadi rebutan jejaka Pakistan. Wanita Kelantan sering disebut-sebut kerana kecantikan semula jadi mereka. Kulit yang mulus, tutur kata yang lembut, dan senyuman yang manis menjadikan mereka tarikan utama.
Wanita Kelantan Jadi Rebutan Jejaka Pakistan
Namun, keistimewaan mereka bukan sekadar pada rupa paras, tetapi juga pada sifat mereka yang berdikari, pandai berniaga, serta mempunyai pegangan agama yang kuat. Tidak hairanlah ramai lelaki terpikat dan menjadikan wanita Kelantan sebagai pilihan utama untuk dijadikan isteri.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mendedahkan wanita di negeri ini menjadi rebutan jejaka dari Pakistan manakala golongan lelaki pula memilih wanita dari Thailand untuk dijadikan pasangan hidup.
Ia berdasarkan permohonan pas pasangan yang sentiasa meningkat setiap tahun melibatkan dua negara terbabit.
Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, peningkatan tersebut berlaku setiap tahun, terutama perkahwinan melibatkan pasangan Malaysia-Thailand di antara lelaki tempatan dan wanita di negara jiran.
“Ia (permohonan) berlaku setiap hari dan meningkat setiap tahun. Tahun 2022 seramai 175 lelaki tempatan menikahi wanita Thailand, 2023 (341) dan tahun lepas 308 orang.
“Ada juga wanita dari negara ini mengahwini lelaki dari Thailand namun angkanya tidak tinggi hanya sekitar 31 orang pada tahun 2022, 2023 (57) dan 2024 (78),” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Menurut beliau, namun kedua-duanya melihatkan peningkatan dan dipercayai ‘bibik-bibik’ cinta itu mungkin bermula di tempat kerja, kenalan, saudara mara dan sebagainya.
Sementara itu, Mohamed Yusoff Khan memberitahu, perkahwinan melibatkan wanita Malaysia dan lelaki Pakistan pula merekodkan seramai 31 orang tahun 2022, 2023 (27) dan 2024 (34).
Ujarnya, ada juga lelaki tempatan menikahi wanita Pakistan namun angkanya tidak ramai hanya sekitar 10 orang pada 2022, 2023 (5) dan 2024 (9)
Berikut fakta mengapa wanita Kelantan sering menjadi pilihan untuk dijadikan teman hidup:
1. Kecantikan Semula Jadi
Wanita Kelantan sering dikaitkan dengan kecantikan asli tanpa perlu bergantung kepada solekan tebal. Rahsianya? Kebanyakan mereka mengamalkan petua tradisional turun-temurun seperti memakai bedak sejuk, menggunakan air kunyit untuk menjaga kulit, dan mengamalkan jamu untuk kesihatan dalaman.
Selain itu, faktor pemakanan juga memainkan peranan. Masakan Kelantan yang kaya dengan santan, ulam-ulaman, dan makanan berasaskan herba membantu mengekalkan kecantikan semula jadi mereka.
2. Pandai Berdikari Dan Rajin Berniaga
Wanita Kelantan terkenal dengan sifat mereka yang rajin bekerja dan berdikari. Sejak dahulu lagi, mereka sudah menguasai dunia perniagaan, sama ada di pasar malam, kedai emas, mahupun dalam perniagaan online masa kini.
Sikap rajin ini menjadikan mereka bukan sahaja cantik di luar, tetapi juga mempunyai daya tarikan tersendiri kerana keyakinan dan kebolehan mereka mengurus kehidupan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada lelaki. Bagi sesetengah lelaki, ini adalah satu ciri isteri yang sangat diidamkan – seorang wanita yang tahu mengurus diri dan bijak mencari rezeki.
3. Lembut Tutur Kata, Pandai Ambil Hati
Salah satu tarikan utama wanita Kelantan adalah cara mereka berbicara. Loghat Kelantan yang unik, ditambah dengan kelembutan suara mereka, membuatkan lelaki mudah cair. Mereka juga bijak dalam berkomunikasi, baik dengan orang tua mahupun rakan sebaya.
Sifat penyayang dan hormat kepada suami serta keluarga mertua juga antara faktor utama kenapa ramai lelaki memilih wanita Kelantan sebagai pasangan hidup. Mereka pandai mengambil hati dan menghormati pasangan mereka dengan penuh kasih sayang.
4. Pegangan Agama Yang Kuat
Ramai wanita Kelantan dibesarkan dalam suasana yang menitikberatkan ajaran agama. Ini menjadikan mereka wanita yang memahami adab dan batas pergaulan serta mempunyai kesedaran tinggi dalam membina rumah tangga berlandaskan nilai-nilai Islam.
Bagi lelaki yang mencari calon isteri yang bukan sahaja cantik tetapi juga mempunyai pegangan agama yang kukuh, wanita Kelantan sering menjadi pilihan utama.
Gabungan kecantikan semula jadi, sifat berdikari, kelembutan tutur kata, dan pegangan agama yang kuat menjadikan wanita Kelantan antara yang paling diidamkan oleh lelaki. Tidak hairanlah mereka sering menjadi buruan ramai lelaki, baik dalam kalangan anak tempatan mahupun dari negeri lain.
Namun, seperti kata orang, kecantikan bukanlah segalanya. Selain rupa paras, apa yang lebih penting dalam memilih pasangan hidup adalah keserasian, keikhlasan, dan kasih sayang yang tulus. Jadi, buat lelaki yang mahu memiliki hati wanita Kelantan, pastikan anda juga mempunyai kelebihan yang boleh menawan hati mereka!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang lelaki di Taiwan nekad menceraikan isterinya ekoran tak tahan dengan tabiat buruk pasangannya yang hanya mandi sekali dalam setahun.Memetik laporan Taipei Times,lelaki tersebut nekad ingin bercerai kerana tidak tahan dengan tabiat buruk isteri. Bukan sahaja tidak menjaga kebersihan diri, wanita tersebut turut melarang suaminya untuk bekerja.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Lin akan sentiasa kunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya. Tambah suaminya lagi, Lin juga hanya memberus gigi dan membasuh rambut ketika dia merasa perlu sahaja.Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru dan menghabiskan masa 3 jam untuk mandi.
Usia Perkahwinan 13 Tahun
Perkahwinan mereka sudah 13 tahun bersama dan lelaki itu mengatakan isterinya juga menghalang untuk mendapatkan zuriat dan mereka hanya melakukan hubungan intim sekali 1 tahun.Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.
Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.
Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah keluar dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya. Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.Susulan kejadian, lelaki ini akhirnya nekad pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya.
Macam-macam hal. Musim sejuk-sejuk ni, jangan malas-malas mandi iya. Tetap kena jaga kebersihan diri.
Tak dapat bayangkan perasaan pasangan ini begitu sabar menanti kehadiran cahaya mata dan akhirnya berhasil. Segala penat lelah usahanya turunkan berat badan untuk sihat akhirnya berbaloi kerana berita yang dinanti-nantikan akhirnya menjadi kenyataan.
Berita ini dikongsikan dalam TikToknya, @ayshaalams dan posting ini menjadi viral kerana rata-rata netizen turut menumpang rasa bahagia kerana bukan mudah buat @ayshaalams untuk hamil.
Sebak hati seorang suami bila isterinya telah hamil.
Pernah obes dan berat badan badan mencapai 200 kg serta pernah dengan beberapa masalah kesihatan membuatkan empunya diri sukar hamil pada awalnya.
Malahan dengan tekad dan usaha yang kuat, wanita ini dilihat bersungguh-sungguh menurunkan berat badan. Bukan semata-mata untuk kurus sebaliknya untuk kembali sihat.
Pernah obesiti dan beratnya pernah mencapai 200 kilogram.Selepas turunkan berat badan.
Ternyata usahanya yang memakan masa lapan tahun akhirnya berbaloi apabila dia hamil dan menjadi detik manis buat @ayshaalams dan suami.
Syukur Akhirnya Disahkan Hamil
Dalam videonya, @ayshaalams mengatakan bahawa ini saja yang mampu hadiahkan buat suami. Tetapi sudah tentu hadiah ini tidak ternilai harganya dengan barangan mewah lain.
Reaksi suami @ayshaalams juga menyentuh perasaan. Sama-sama bersusah, senang sudah tentu bukan satu perjuangan yang mudah. Namun pasangan ini buktikan jika ada usaha, pasti ada jalannya.
Ramai yang turut mendoakan @ayshaalams dan pasangannya.
Mingguan Wanita : Benarlah kunfayakun, jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia. Semoga @ayshaalams terus kuat semangat!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...