
Isi Kandungan
ToggleWanita terselamat ajal, dirempuh treler dipandu laju turun Bukit Putus, Kuala Pilah. Satu perkongsian video yang memaparkan insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah trelar yang dipandu laju hingga makan jalan laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Alza yang dipandu seorang wanita.
Wanita Terselamat Dari Ajal
Dalam rakaman dashcam yang dikongsikan oleh pemandu lain jelas trelar itu dipandu laju ketika menuruni Bukit Putus, Kuala Pilah yang merupakan kawasan hotspot panas berlakunya kemalangan termasuk kemalangan maut.


Video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di Twitter @SenawangTV itu dipercayai berlaku di Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.
BUKIT PUTUS – Kemalangan telah berlaku di laluan Bukit Putus – Seremban membabitkan kereta & lori treler sekitar jam 2 petang semalam.
Bebal punya pemandu treler turun bukit pon laju dengan salah lorong lagi. pic.twitter.com/ux2q4WdnQo
— SENAWANGTV™️🇲🇾 (@SenawangTV) June 15, 2023
Dirempuh Treler Dipandu Laju Turun Bukit Putus, Kuala Pilah
Ramai yang beranggapan bahawa kemalangan itu boleh membawa kepada kematian tapi diberitakan pemandu kereta Alza, seorang wanita teselamat walau keretanya remuk sama sekali.

Jelas pemandu trelar berkenaan membahayakan orang ramai kerana ia dipandu laju sebelum memasuki laluan bertentangan. Syukur juga nyawa pemandu selamat, berpantang maut sebelum ajal.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Nasi Berlaukkan Garam, Wanita Ini Bangkit Demi Masa Depan Anak-anak

Isi Kandungan
ToggleTiga tahun wanita ini digantung tidak bertali, akur dengan ketentuan Ilahi untuknya ketika itu bersama seorang cahaya mata dan anak kedua yang sedang dikandung, Siti Norhaliza Misran mengambil keputusan untuk memohon fasakh dari suaminya ketika itu.
“Saya dan bekas suami berkenalan melalui seorang kenalan rapat. Dia adik kenalan saya itu. Kami kenal tak lama dan selepas itu mengambil keputusan untuk berkahwin. Setelah mendapat seorang anak, suami mula tunjuk belang. Tiga tahun saya digantung tidak bertali. Akhirnya saya nekad untuk tuntut fasakh walaupun ketika itu saya sedang hamil anak kedua.
“Dalam masa tiga tahun ketika digantung tidak bertali kehidupan saya memang agak teruk. Mungkin kerana saya masih punya ikatan dengan bekas suami jadi saya tiada restunya. Dahulu memang saya bekerja jadi ada sumber pendapatan sendiri. Tapi dalam masa tiga tahun itu saya terpaksa berhenti kerja kerana masalah yang dihadapi, Saya didera emosi dan fizikal. Akhirnya saya nekad dan tuntut fasakh.

“Saya keluar dari rumah dan tinggal di Women’s Aid Organisation (WAO) atau Pertubuhan Pertolongan Wanita. Lebih menyedihkan lagi saya tengah mengandungkan anak kedua saya pada ketika itu. Saya bawa sekali anak pertama yang baru berusia 3 tahun. Sebelum saya bersalin abang kandung bawa saya tinggal bersamanya sehinggalah habis tempoh berpantang,”ujarnya mengimbas kembali detik-detik duka suatu masa dahulu.
Terus diduga
Selepas kelahiran anak keduanya, Siti Norhaliza mendapat pekerjaan disalah sebuah syarikat yang terletak di Petaling Jaya. Kehidupannya ketika itu bertambah baik. Lebih menggembirakan hati wanita ini apabila majikan tempatnya bekerja juga memberi layanan yang baik untuknya di sana.
“Lahir sahaja anak kedua, saya rasakan rezeki semakin bertambah. Ketika itu saya diterima bekerja disalah sebuah syarikat yang terletak di Petaling Jaya. Alhamdullilah saya bertemu dengan orang baik-baik. Majikan tempat saya bekerja belikan saya motorsikal untuk saya berulang alik ke tempat kerja. Maklumlah dahulu saya keluar rumah sehelai sepinggang, tak ada apa-apa. Ketika bekerja saya menyimpan dan akhirnya dapat membeli kereta dan juga sebuah rumah untuk kami berteduh tiga beranak.
“Tapi sekali lagi saya diduga. Masalah dengan pengasuh anak yang rupanya mempunyai penyakit mental membuatkan saya nekad untuk berhenti kerja dan menjaga kedua anak saya sendiri. Walaupun berat keputusan itu untuk saya ambil, tapi demi anak-anak saya kuatkan juga. Dua tahun saya menjaga anak di rumah berbekalkan duit simpanan yang ada. Lama-kelamaan duit yang saya simpan semakin susut. Ada satu ketika saya dan anak-anak hanya makan nasi berkuahkan garam. Ada juga masanya kami hanya makan kuih dari pagi hingga ke malam.
“Siapa yang tak sedih mengenangkan nasib anak-anak saya sebegitu, tapi saya syukur kerana dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan dikurniakan anak-anak yang baik. Anak-anak tak pernah mengeluh dengan makanan yang kami ada. Kerana keadaan itulah saya nekad untuk keluar dan bekerja bersungguh-sungguh demi masa depan dan kesenangan anak-anak.”
Mula Belajar kemahiran
Mendapat saranan daripada keluarga dan rakan-rakan untuk mendaftarkan diri ke Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Siti Norhaliza mencuba nasib dan dari situlah dia mula belajar kemahiran tentang kecantikan dan juga beberapa kemahiran lain untuk bekalan buat dirinya yang kini bergelar ibu tunggal.
“Ada yang menyarankan saya untuk daftarkan di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Di Tahun 2007 setelah selesai temuduga, saya diberi kursus yang berkaitan dengan kemahiran yang saya minat iaitu kecantikan. Selepas itu saya ikuti pula kursus di Pusat Giat Mara untuk kursus yang sama. Kat sana saya belajar buat sauna, skrub badan, mandi bunga, mandi susu dan banyak lagi diajar di sana. Di sana juga saya di ajar dengan pelbagai kaedah urutan. Ketika belajar mengurut lah guru saya beritahu saya punya kemahiran untuk mengurut tradisional.
“Setelah banyak mengikuti kursus-kursus kemahiran yang disediakan, saya mula terfikir untuk membuat spa di rumah. Saya khaskan satu satu bilik di rumah dan buat dekorasi cantik-cantik untuk saya jadikan spa sendiri. Saya mula sikit-sikit sehinggalah saya dipertemukan dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Bila di sana bakat saya diasah dan saya diajar teknik urutan yang betul. Dari situ saya belajar cara nak urut orang bersalin dan lain-lain urutan. Saya juga turut diajar bagaimana untuk menjana pendapatan menerusi urutan.”

Kemahiran urutan yang ada diguna pakai oleh Siti Norhaliza untuk memahirkan diri sehingga dia berjaya membuka spa miliknya sendiri.
“Dengan LPPKN mereka banyak buka booth yang mana saya dan rakan-rakan yang mendaftar akan terlibat sama untuk field work. Kat situ kami dapat praktis dan dari situ juga saya dapat pelanggan-pelangga baru. Alhamdullilah rezeki semakin hari semakin baik. Sejak itu saya mula ramai pelanggan dan kini saya sudah mempunyai spa sendiri yang saya namakan Siti Norhaliza Magic Spa.
Dari spa sendiri, Siti Norhaliza juga turut terlibat dengan Program MamaCare, iaitu satu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga di bawah LPPKN.

“Saya turut terlibat dengan program MamaCare. Ia memang banyak membantu dari segi kursus yang disediakan selain dapat menambah pendapatan untuk saya dan anak-anak. Alhamdullilah kehidupan saya dengan anak-anak semakin baik. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang banyak membantu terutamanya kakak saya dan juga beberapa kawan baik yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Memang banyak dugaan dan ujian untuk kami yang bergelar ibu tunggal, tapi satu sahaja nasihat saya untuk wanita yang senasib dengan saya, jangan mudah mengalah dan belajarlah kemahiran agar dapat kita jadikan bekalan untuk menyara kehidupan sendiri dan anak-anak,”akhirinya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Mahu Merentas Sempadan Negeri, Ikuti Pesanan PDRM Ini Satu-Persatu

Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan dalam masa yang sama bagi menjana kembali ekonomi negara yang agak terjejas, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Berita baik buat mak,ayah yang terkandas di kampung, mereka dapat pulang kembali bekerja di bandar. Namun sebelum bergerak pulang merentas sempadan negeri, sebaiknya ikuti pesanan PDRM ini sebaiknya agar mak,ayah tidak diminta untuk berpatah balik.
Muat Turun Aplikasi Terkini Gerak Malaysia
Orang ramai dinasihatkan agar memuat turun aplikasi terkini Gerak Malaysia versi 2.0 yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di telefon pintar menerusi Play Store dan App Store bagi pergerakan rentas sempadan negeri.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan bagaimanapun menegaskan, pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih itu hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja.
Baca ini:
Ketetapan 4 Hari Jadual Pergerakan Rentas Negeri Balik Rumah Sendiri
PKP Fasa Keempat Dilaksanakan, Mungkin Tak Dapat Balik Beraya Di Kampung
Kedua-dua kategori berkenaan ialah:
1. Individu yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing
2. Individu yang kembali ke tempat kerja sahaja.
Jika tiada kemudahan telefon pintar, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri:
1. Muat turun Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman media sosial rasmi PDRM.
Pautan FB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan.
Bagi yang tiada kemudahan telefon pintar dan rangkaian internet, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri
1. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang.

2. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.
Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:
a. Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),
b. Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),
c. Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan
d. Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).
Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati isteri Mana Yang Tak Sayu Bila Suami Disayangi Tiba-Tiba Ditimpa Musibah. Kepalanya Tinggal Kulit Dengan Otak.” Wanie Hanya Sempat Bergelar Isteri 10 Bulan

Isi Kandungan
Toggle“Ya Allah rindunya pada dia, tiada kata yang mampu aku luahkan, rindu yang aku pendam, rindu nak kucup tangan itu, rindu nak berbantalkan lenganmu wahai suami. Ya Allah, kau terus berikan aku kekuatan untuk aku lalui liku-liku kehidupan ini. Tenanglah di sana wahai suamiku. Doa isterimu sentiasa mengiringmu tiap masa. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat kebahagiaan sebagai isteri bersama dia walaupun hanya sementara,” itulah antara doa yang sentiasa dititip oleh Nurzawani Mohd Ismawi, 25 (Wanie) terhadap arwah suaminya, Mohamad Arsyad Azhar, 24 yang telah kembali ke ramahtullah pada 26 September 2017 akibat kemalangan jalan raya.
Melepaskan suami kesayangan bukanlah satu perkara mudah apatah lagi baru 10 bulan menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Namun aturan Allah tiada siapa yang dapat sangkalkan.
“Tarikh 26 September akan menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 26 November 2016 kami dinikahkan dan 26 September 2017 selepas 10 bulan pernikahan kami, Arsyad kembali kepada penciptaNya. Segala aturan Allah itu ada hikmahnya, saya ada terbaca mesej arwah kepada rakan-rakannya iaitu nak bercinta selepas kahwin. Padanlah baru saja kenal arwah terus ajak kahwin. Walaupun kami tak sempat bercinta sekejap saja selepas berkahwin namun saya reda dan akan sambung bercinta sampai ke jannah. Saya reda atas semua ini,” luah Wanie ketika penulis bertemu dengannya di kediaman wanita ini yang terletak di Klang.
Bagaikan tidak sampai hati untuk menemubual wanita bertubuh kecil ini untuk mengimbau kembali nahas yang menimpa arwah suaminya. Namun dek kerana tugas penulis terpaksa lontarkan persoalan kepada dirinya. Wanie yang kelihatan tabah, menceritakan segalanya termasuklah menjaga Arsyad dalam keadaan koma selama tiga bulan.

Arsyad Tak Banyak Cakap
Menurut Wanie nahas berlaku pada 13 Jun 2017 hampir dua minggu umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Tiada kelainan yang berlaku malah Arsyad juga sewaktu keluar dari rumah melangkah ke pejabatnya seperti kebiasaan dengan menunggang motosikal miliknya.
“Beberapa hari sebelum kejadian dia tak banyak bercakap, bila ajak berbual-bual dia lari-lari. Sebenarnya kami baru saja tinggal bersama, selepas bernikah kami tinggal berasingan Arsyad tinggal di Seremban dan saya di Klang. Sebabnya dia bekerja dengan bapanya, saya pula bekerja di Selangor dan hujung minggu saya perlu hadiri kelas (menyambung pengajian separuh masa) di UiTM Shah Alam. Dia kemudiannya bertukar kerja di Petaling Jaya dek kerana tak nak duduk berjauhan dengan saya.
“Pada 13 Jun lebih kurang pukul 6 petang saya cuba hubungi telefon bimbitnya namun tak berjawab dan saya mesej pun tak berbalas. Hati saya semakin risau, sebab pada kebiasaanya dia keluar pejabat jam 5 petang. Kemudian saya dapat panggilan dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) yang menyatakan Arsyad terbabit dalam kemalangan. Dia telah terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Kesas. Mengikut cerita dia baru keluar dari jalan motor dan terlanggar belakang lori. Kecederaan yang dialami cukup teruk kerana terkena bahagian kepala dan pendarahan berlaku di otak.
“Sewaktu di hospital saya tak perasan Arsyad padahal banyak kali lalu lalang di katil dia ditempatkan. Bila jururawat tunjuk terus saya terkedu dan langsung tak mengalirkan air mata. Kepala dia berdarah kemudian doktor lakukan pembedahan untuk membuang darah di kepalanya. Selepas pembedahan dia langsung tak ingat kerana otaknya cedera, tak boleh bercakap cuma yang memberi tindak balas hanya dari reaksi mata, kaki atau tangan. Sepanjang dia koma, saya sentiasa bercakap dengan dia. Doktor tak bagi harapan tapi Arsyad sentiasa menunjukkan respon yang positif.
“Hati isteri mana yang tak sayu bila suami yang disayangi tiba-tiba ditimpa musibah. Kepalanya tinggal kulit dengan otak. Doktor pesan kalau nak dia pulih cepat kena banyak bercakap dengan dia. Masa saya pegang kepala dia tak rasa apa-apa lama kelaamaan otak dia mula bertindak balas. Doktor pakar mata pula beritahu sebelah mata tak nampak. Saya sering berbisik pada Arsya selama ini Allah dah bagi pinjam nikmat melihat selama 24 tahun jadi bersyukurlah dengan keadaan yang ada. Doktor suruh saya beritahu semua yang berlaku agar bila dia sihat nanti, dia tak terkejut melihat keadaannya. Doktor anggarkan Arsyad boleh pulih tetapi mengambil masa yang agak lama lebih kurang tiga atau empat tahun.
“Dalam tempoh, tiga bulan menjaga Arsyad saya berasa hilang penat bila berada di sisi dia. Saya sentiasa berdoa agar Arsyad pulih seperti sedia kala. Pada ketika itu saya tak kisah susah sikit janji saya boleh beri yang terbaik buat suami saya. Jika saya bekerja abang Arsyad akan menjaga dia. Sehinggalah satu hari doktor memberitahu Arsyad kena sawan. Keadaannya bertambah kritikal dan dipindahkan dari HTAR ke Hospital Sungai Buloh. Di sini saya tak dapat jaga di sepanjang masa kerana tak dibenarkan menunggu pesakit. Saya sambut raya pertama dengan suami di hospital. Saya sentiasa berdoa agar Allah berikan kekuatan untuk Arsyad lawan kesakitan yang ditanggungnya dan permudahkan urusan pemulihannya,” ujar Wanie yang tidak membeli sebarang persiapan baju raya kerana dia dan Arsyad sebelum itu telah merancang untuk memakai baju nikah mereka.


Allah Lebih Sayangkan Arsyad
Ketika keadaan Arsyad kritikal doktor telah memberitahu Wanie, dengan tenang wanita ini menghadapinya dengan cukup tabah.
“Selepas tiga bulan menjaga suami, doktor beritahu keadaan Arsyad tidak stabil. Kemudian saya terus menggigil dan terus tunaikan sembahyang Maghrib. Selepas solat saya lihat langsir di sekeliling katilnya ditutup. Jururawat meminta maaf dan beritahu jantung Arsyad berhenti sekejap. Bila lihat keadaan dia lemah, saya cakap dengan kalau awak nak pergi tak apalah pergilah, dia tak sedar ketika itu tetapi saya tahu dia dengar apa yang saya katakan. Dan saya beritahu saya sudah maafkan dia dan halalkan makan minum dia, air mata dia terus meleleh,” ungkap Wanie sambil menahan air matanya daripada mengalir.
Wanie juga menjelaskan dia reda dengan pemergiaan arwah walaupun tidak sempat meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama namun dia sentiasa berdoa agar arwah tenang di sana. Ungkap Wanie buat arwah Arsyad;
“Melepaskanmu walau bukan mudah bagiku untuk lalui semua ini, buat Arsyad 26/9/17 tarikh yang sayang takkan pernah lupa. 26/11/16 hingga 26/11/17 genap 10 bulan pernikahan kita. Cantik sangat aturan Allah tu. Baba tunggu sayang di pintu syurga ya. Kita sambung bercinta sampai jannah. Sayang reda atas semua ini. Sayang bangga dengan baba. Baba dah fight habis baik. You always be my superhero sayang. Kebetulan juga plat no motosikal 9392 nombor kesukaan baba. Amat bermakna buat sayang. Kebetulan nombor itu tahun lahir kita brdua. Terima kasih baba dah jadi suami yang terbaik, sanggup korban ape saja untuk sayang. Semuanya akan jadi kenangan untuk sayang. Baba rehat di sana. Senyuman baba tu akan sayang ingat, sayang akan cuba jadi macam baba. Senyuman yang tak lekang dekat di bibir.”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI