Berita

Wanita Terpaksa Beli Gaun Pengantin RM1,228 Sebab Lepas ‘Try’ Ada Bau Ketiak

Share

Wanita terpaksa beli gaun pengantin RM1,228 sebab lepas ‘try’ ada bau ketiak. Seorang wanita di China berang apabila dipaksa membeli gaun pengantin bernilai 2,000 yuan (RM1,228.35) yang tidak dimahukan selepas didakwa meninggalkan bau ketiak ketika mencuba pakaian itu.

Wanita Terpaksa Beli Gaun Pengantin RM1,228 Sebab Lepas ‘Try’ Ada Bau Ketiak

Insiden itu bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Momo mengunjungi sebuah butik pengantin bersama kekasihnya dan mencuba dua gaun pengantin berbeza.

Menurut Momo dari Shandong, dia tidak menyukai pakaian pertama sebelum mengembalikannya kepada pekerja yang melayannya.

Katanya, dia juga menyedari pekerja kedai itu tidak begitu gembira selepas menerima gaun pengantin pertama yang baharu dicubanya, namun tidak mengendahkannya sebelum terus mencuba gaun pengantin kedua.

“SAYA MASIH TIDAK MENYUKAI GAUN PENGANTIN KEDUA DAN TEMPAT ITU (TINGKAT 2) TIDAK MEMPUNYAI PENGHAWA DINGIN, JADI SAYA MEMUTUSKAN UNTUK PERGI,” JELASNYA DALAM CATATAN DI MEDIA SOSIAL XIAO HONG SHU (RED) MELALUI AKAUN MILIKNYA SEPERTI DILAPORKAN WORLD OF BUZZ.

Momo berkata, ketika dia dan kekasihnya bersiap untuk pergi selepas memulangkan gaun pengantin kedua, mereka tiba-tiba dihalang pihak kedai.

“Kekasih saya bertengkar dengan pekerja kedai itu sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi pengurus kedai.

“Selepas bercakap dengan pekerja, pengurus datang memberitahu kami tentang bau badan pada gaun itu,” katanya.

Katanya, dia mempertahankan dirinya bahawa tempat itu benar-benar panas.

“TINGKAT DUA KEDAI ITU TIADA PENGHAWA DINGIN SEHINGGA SAYA BERPELUH DALAM PAKAIAN SAYA.

“Sejujurnya, saya rasa saya tidak perlu bertanggungjawab, namun untuk tidak memanjangkan isu, saya tiada pilihan selain terpaksa membayar 2,000 Yuan untuk gaun pengantin yang saya tidak mahu.

“Saya tidak sangka kedai pengantin itu tergamak memeras pelanggan dengan cara begini kerana bau ketiak,” katanya dalam catatan 30 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Kulit Sensitif Pakai Deodorant, PETUA Hilangkan Bau Ketiak Guna Daun LIMAU PURUT!

Kasih Ayah, Sanggup Hilang Malu Rela Berpakaian Pengantin Perempuan Pegang Sepana Kerana Perkara Ini

Bukan Hanya Boleh Hilangkan Bulu, Tawas Pun Bagus Untuk Hilangkan Bau Ketiak Hangit!

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has