Bagi sesetengah pasangan, ada mempunyai skandal dan perempuan simpanan di luar pengetahuan isteri. Malah untuk menamatkan perhubungan ini pula bukan perkara yang mudah. Ini kerana ada yang begitu nekad untuk meneruskan hubungan terlarang ini.
Seorang wanita dari Luoyang, wilayah Henan, China menjadi perhatian ramai disebabkan kemahirannya dalam memujuk perempuan simpanan agar menamatkan hubungan dengan suami orang, lapor laman Oddity Central, semalam. Malah turut menjadikkan ia sebagai ‘kerjaya professional’.
Wang Zhenxi, dikenali sebagai Guru Pemujuk Perempuan Simpanan, yang merupakan satu pekerjaan profesional. Tugasnya adalah untuk meyakinkan wanita agar berhenti bercinta dengan suami orang.
Zhenxi menjadi terkenal apabila sebuah akhbar mendedahkan bahawa dia berjaya memujuk lebih 800 perempuan simpanan dalam masa setahun.
Wanita yang dianggap sebagai salah seorang pemujuk perempuan simpanan China yang paling berjaya itu menggunakan pengalaman peribadi dalam mencorak kerjaya tersebut.
Ayahnya dikatakan curang terhadap ibunya ketika dia membesar, jadi dia mengetahui secara langsung kesan negatif hubungan luar nikah terhadap keluarga.
Zhenxi juga berdepan dengan situasi serupa apabila bekas suaminya bermain kayu tiga dengan teman wanita lama dengan alasan perkahwinan mereka adalah untuk memuaskan hati ibu lelaki tersebut.
Dia nekad memohon untuk bercerai dan mengejar kerjaya sebagai pemujuk wanita simpanan paling berjaya di China.
Mesti Baca:Suami Yang Baik, Tidak Akan Jadikan Kekurangan Isteri Sebagai Alasan Untuk Curang
Baca Lagi Di Sini:Hotel Heartbreak,UK Bantu Wanita Putus Cinta Lupakan Bekas Kekasih Curang!
Artikel Menarik:Terlampau Sakit Hati, Isteri Nekad Simbah Asid Ke Muka Suami Yang Curang
Mingguan Wanita: Tak sangka sungguh jadi ‘Pemujuk Wanita Simpanan’ pun boleh dijadikan kerja professional.Memang hebat!
Sumber: Kosmo
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.