Pun begitu, perkahwinan merupakan sesuatu yang mulia di dalam Islam. Malahan ianya sangat dituntut sehinggakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengikut sunnahku maka bukanlah ia daripada umatku. Sunnah ini termasuklah perkahwinan.
Namun hari ini dilihat lebih banyak wanita hidup bersendirian dan ternyata dari segi mental dan fizikal, mereka lebih bahagia.
Menurut kajian oleh University College London pada tahun 2020, wanita yang tidak berkahwin atau tidak mempunyai pasangan melaporkan tahap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding mereka yang berada dalam hubungan yang bermasalah.
Kajian ini juga mendapati bahawa wanita yang hidup sendiri mampu menguruskan kewangan, waktu dan kehendak hidup mereka dengan lebih baik kerana kurangnya tekanan sosial atau tuntutan pasangan. Wanita yang hidup tanpa pasangan lelaki sering dianggap lebih fokus kepada kerjaya dan pembangunan peribadi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kajian Mengatakan Lelaki Berkahwin Dengan Wanita ‘Berisi’, Lebih Bahagia & Hidup Lebih Lama
Jodoh Wanita Berusia, Tak Ada Masalah Berbeza Umur Asal Serasi
Wanita Lepas Kahwin Jangan Berhenti Kerja, Kita Tak Tahu Masa Depan Macam Mana
Kajian yang sama pernah dibuat Institute of Family Studies pada 2021 mendapati bahawa wanita yang tidak berkahwin atau tidak mempunyai pasangan melaporkan tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi dalam sesetengah kes. Faktor seperti kebebasan membuat keputusan, kestabilan kewangan, dan kawalan terhadap masa menjadi sebab utama kebahagiaan mereka.
Kajian menunjukkan bahawa wanita semakin berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan:
Ekonomi: Menurut laporan oleh World Bank (2022), jumlah wanita yang bekerja di sektor formal meningkat sebanyak 35% dalam dua dekad terakhir, terutama di negara-negara membangun.
Pendidikan: Data UNESCO menunjukkan bahawa wanita kini melebihi lelaki dalam pencapaian pendidikan tinggi di lebih 100 negara. Pendidikan tinggi memberi wanita peluang untuk membina kerjaya dan mencapai kestabilan kewangan tanpa bergantung pada lelaki.
Laporan Pew Research Center pada 2023, lebih daripada 40% wanita di dunia kini menjadi pencari nafkah utama dalam keluarga mereka, menunjukkan bahawa mereka mampu menyokong diri sendiri dan keluarga tanpa bantuan pasangan lelaki.
Statistik Bank Dunia:
Sekitar 50% pemilik perniagaan kecil dan sederhana di Asia Tenggara adalah wanita, membuktikan keupayaan mereka untuk berjaya dalam perniagaan tanpa kebergantungan kepada lelaki.
Jadi persoalan, bolehkah wanita hidup tanpa lelaki terletak pada tangan anda sendiri!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE