Wanita tak berkahwin miliki tahap mental lebih baik berbanding hidup berpasangan. Dalam masyarakat moden, persoalan sama ada wanita boleh hidup tanpa lelaki sering menjadi topik perdebatan. Di tengah perubahan sosial, wanita kini dilihat lebih berdaya saing dan berdikari, mencipta peluang hidup yang tidak bergantung sepenuhnya kepada lelaki.

Pun begitu, perkahwinan merupakan sesuatu yang mulia di dalam Islam. Malahan ianya sangat dituntut sehinggakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengikut sunnahku maka bukanlah ia daripada umatku. Sunnah ini termasuklah perkahwinan.

Wanita Tak Berkahwin Miliki Tahap Mental Lebih Baik

Namun hari ini dilihat lebih banyak wanita hidup bersendirian dan ternyata dari segi mental dan fizikal, mereka lebih bahagia.

Wanita Tak Berkahwin Miliki Tahap Mental Lebih Baik Berbanding Hidup Berpasangan

Menurut kajian oleh University College London pada tahun 2020, wanita yang tidak berkahwin atau tidak mempunyai pasangan melaporkan tahap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding mereka yang berada dalam hubungan yang bermasalah.

Ads

Kajian ini juga mendapati bahawa wanita yang hidup sendiri mampu menguruskan kewangan, waktu dan kehendak hidup mereka dengan lebih baik kerana kurangnya tekanan sosial atau tuntutan pasangan. Wanita yang hidup tanpa pasangan lelaki sering dianggap lebih fokus kepada kerjaya dan pembangunan peribadi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kajian Mengatakan Lelaki Berkahwin Dengan Wanita ‘Berisi’, Lebih Bahagia & Hidup Lebih Lama

Jodoh Wanita Berusia, Tak Ada Masalah Berbeza Umur Asal Serasi

Wanita Lepas Kahwin Jangan Berhenti Kerja, Kita Tak Tahu Masa Depan Macam Mana

Ads

Berbanding Hidup Berpasangan

Kajian yang sama pernah dibuat Institute of Family Studies pada 2021 mendapati bahawa wanita yang tidak berkahwin atau tidak mempunyai pasangan melaporkan tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi dalam sesetengah kes. Faktor seperti kebebasan membuat keputusan, kestabilan kewangan, dan kawalan terhadap masa menjadi sebab utama kebahagiaan mereka.

Wanita sebagai insan berdikari

Kajian menunjukkan bahawa wanita semakin berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan:

Ekonomi: Menurut laporan oleh World Bank (2022), jumlah wanita yang bekerja di sektor formal meningkat sebanyak 35% dalam dua dekad terakhir, terutama di negara-negara membangun.

Pendidikan: Data UNESCO menunjukkan bahawa wanita kini melebihi lelaki dalam pencapaian pendidikan tinggi di lebih 100 negara. Pendidikan tinggi memberi wanita peluang untuk membina kerjaya dan mencapai kestabilan kewangan tanpa bergantung pada lelaki.

Ads

Laporan Pew Research Center pada 2023, lebih  daripada 40% wanita di dunia kini menjadi pencari nafkah utama dalam keluarga mereka, menunjukkan bahawa mereka mampu menyokong diri sendiri dan keluarga tanpa bantuan pasangan lelaki.

Statistik Bank Dunia:
Sekitar 50% pemilik perniagaan kecil dan sederhana di Asia Tenggara adalah wanita, membuktikan keupayaan mereka untuk berjaya dalam perniagaan tanpa kebergantungan kepada lelaki.

Jadi persoalan, bolehkah wanita hidup tanpa lelaki terletak pada tangan anda sendiri!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI