Tipulah kalau ada wanita yang mengaku, dia tak suka nampak cantik. Definisi cantik juga luas; tak semestinya mekap mampan tu cantik. Jaga penampilan supaya kemas dan bersih juga mampu menjadikan wanita cantik dipandang.
Cuma keterbatasannya bila ada yang tak mampu jaga penampilan bila sibuk melayan anak-anak dan uruskan rumah tangga. Bagi yang tidak bekerja, faktor duit juga jadi alasan. Dapat pula suami yang ‘berkira’ nak bagi duit khas untuk isteri untuk bab kecantikan diri.
Merujuk kepada An Nur ayat 31, wanita hanya boleh ‘berkongsi’ auratnya dengan 10 kategori sahaja termasuklah suami. Namun yang berlaku sekarang, ramai wanita yang mempertontonkan kecantikan mereka pada khalayak umum, bukan lagi pada 10 orang dalam kategori yang dibolehkan itu. Ramai yang memuatkan foto-foto harian di media sosial dengan penampilan yang menawan.
Mungkin niat pada mulanya nak cantik, tapi akhirnya semua orang boleh akses auratnya, bukan pada suami saja!
Mereka ini rasa diri mereka cantik dan ingin kongsikan kecantikan itu dengan orang lain sedangkan kecantikan adalah nilai diri wanita itu.
Untuk wanita yang berkahwin, sewajarnya bercantik-cantik untuk suami tapi jangan berlebih-lebih. Dalam masa yang sama, kena jaga penampilan sentiasa kemas dan bersih agar suami pandang pun senang hati.
Menurut ustazah lagi, apabila wanita muslimah tampil cantik, kemas dan bersih, ia secara tak langsung akan naikkan nilai Islam itu sendiri. Tapia was! Jangan sampai tabaruj jenis jahililah. Ia berasal daripada perkataan ‘buruj’, satu bintang yang sangat bersinar terang. Ia sangat berbeza daripada yang lain. Ketika menghias, jangan sampai terlalu menonjol atau merubah wajah asal.
Berkenaan dengan topik ‘Mempertuhankan’ Suami, menurut ustazah Isfadiah, ada batas dan syarat dalam mentaati suami. Kena ingat, taat pada suami adalah sebenarnya kerana kita nak taat pada Allah SWT.
Topik ‘Bertuhankan Suami’ telah dipilih untuk dikupas dalam Mingguan Wanita Talkshow hari ini bersama Erra Fazira dan Norman Hakim. Selain ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, turut dijemput Prof Madya Ts. Dr. Mohd Nor Mamat sebagai panel. Saksikan siaran ulangan jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.