Wanita Rusia, Angela Nikolau dedah taktik licik menceroboh menara Merdeka 118. Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial menunjukkan seorang wanita dan lelaki di puncak Menara Merdeka 118.
Rupanya wanita tersebut merupakan seorang wanita warga Rusia yang bernama Angela Nikolau. Dek kerana pencerobohan itu juga, seperti yang dilaporkan, polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan Menara Merdeka 118 pada 29 Disember lalu untuk tindakan lanjut mengenai kes pencerobohan pasangan terbabit.
Terbaru menerusi perkongsian di Twitter, Angela mendedahkan titik liciknya tatkala menceroboh Menara Merdeka 118. Malah impian utamanya adalah untuk mencipta kenangan dengan berkongsi pemandangan dari puncak menara tertinggi dunia.
Antara ciapan yang dikongsi:
“Saya jatuh cinta dengan Menara Merdeka 118 sebaik saja melihatnya. Saya berasa seperti berhubung secara rohani dengannya.
“Bangunan itu sangat megah di tengah bandar yang menakjubkan dan saya perlu terokai serta berkongsi pemandangan dengan orang ramai,” kongsinya yang terlebih dahulu melakukan persiapan rapi sebelum memulakan ‘misi’ itu.
Ciapnya lagi, “Saya sewa sebuah pangsapuri dengan pemandangan menara itu untuk jalankan pengawasan dan pemerhatian terhadap bangunan itu sebelum memasukinya.
“Saya habiskan beberapa minggu untuk mengetahui butiran penting yang perlu saya ketahui sebelum pergi ke sana.
“Saya berlari ke 32 tingkat pertama dan terlalu panas di situ.
“Keadaan itu memaksa saya baring atas lantai konkrit tanpa berpakaian bagi menyejukkan badan sedikit dan minum semua air yang ada”.
Sambungnya lagi, ciapnya bagi melindungi identitinya, Angela turut memakai tudung, cermin mata dan memakai seragam pekerja bangunan. Laluan untuk sampai ke puncak bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya jumpa tempat berlindung dalam kotak konkrit kecil tetapi tidak dapat meregangkan kaki dan perlu habiskan masa lebih 20 jam di situ.
“Ini saya (merujuk gambar) 25 jam kemudian, saya tiada makanan, minuman serta tidak tidur. Saya tak dapat regangkan kaki dan seluruh badan sakit.
“Nak menangis tak boleh kerana bimbang pekerja bangunan dengar tangisan saya.
“Jika saya tidak mula bergerak, saya akan jadi terlalu lemah untuk menyelesaikan misi ini.
“Saya perlu kuatkan diri dan lakukan sesuatu. Mujurlah pekerja sedang berehat jadi saya dapat keluar dan berlari ke puncak menara.
“Saya tak pasti saya akan panjat jika saya tahu ketinggian menara ini. Selepas mendaki, saya tidak dapat rasakan tangan saya serta tidak boleh mengangkatnya.
“Semangat saya semakin meningkat bila saya nampak pemandangan dari atas. Kini musim hujan jadi saya menjangkakan keadaan awan kelabu, tetapi sebaliknya saya lihat sinaran matahari dan keindahan pemandangan luar biasa.
“Pendakian ini adalah yang paling sukar pernah saya lakukan.
“Tidak pasti saya boleh lakukan lagi namun keindahan yang saya lihat dan kongsikan amat menakjubkan.
“Saya akan memuat naik token tidak sepiawai (NFT) khusus untuk Menara Merdeka 118 esok (hari ini).
“Saya mahu orang lain meraih pencapaian seperti ini,” ceritanya.
Angela memberitahu yang dia menghormati undang-undang di setiap negara walaupun apa yang dilakukannya ialah menceroboh.
“Saya sentiasa pastikan tidak akan merosakkan apa-apa biarpun ada segelintir pendaki puncak menara lakukan.
“Impian saya adalah mencipta kenangan dengan berkongsi pemandangan dari (puncak) menara tertinggi dunia,” akhirinya.
Baca Disini : Tukang Tukar Mentol, Gaji RM80K Sehari Hanya Kerja 6 Bulan Sekali, Berbaloi!
Sumber / Sumber Foto : Twitter Angela Nikolau
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’