Keibubapaan

Wanita Punya Dua Rahim, Selamat Lahirkan Tuah “Bayi Ajaib”

Share

Wanita punya dua rahim, selamat lahirkan Tuah “bayi ajaib”. Amat jarang sebenarnya kes wanita  mempunyai dua rahim namun ianya tidak mustahil terjadi dengan kehendak Allah.

Namun satu perkongsian dari seorang suami, Raja Mursyid di X mengenai Tuah, anaknya yang berusia dua bulan  di saat isterinya dilahirkan dengan dua rahim selain mempunyai masalah tulang belakang bengkok  merupakan satu keajaiban kerana menurut doktor, wanita yang punyai dua rahim, kandungannya agak bermasalah kerana tidak mampu bertahan lama. Namun benarlah, setuah namanya, anaknya terus bertahan sehingga minggu ke 38 sekaligus satu keajaiban baginya dan isteri.

Wanita Punya Dua Rahim

Berikut kisahnya.

Aku jarang sekali cerita hal aku dan family. Tapi hari ni taktahu kenapatapi aku nak sangat kongsi Seperti yang segelintir rakan X tahu, aku dah jadi abah kepada serg anak lelaki berumur 2bulan. Aku nama kan dia Tuah, sebab bagi aku, terciptanya dia dengan sangat ajaib bagi kami.

Cerita bermula masa aku bertunang dgn wife aku, dia selalu mengadu dia sakit belakang. Jadi kami decide utk buat checkup. And yes betul dia ada sakit tulang belakang bengkok. Kami disarankan buat rawatan dgn chiropractic, Palau taknak ada masalah utk mengandung nanti. Sudahhh.

Wife aku masa tu mmg down gila laaa time tuu. Dia seorg wanita yg normal, nak kan anak bila berkahwin. Aku ? Aku secara jujur nya okay je. Tapi aku nak yg terbaik, jadi kita try buat rawatan. Satu sesi RM140 tak salah Time tu wife aku student, aku pulak baru niaga. Perghh sakit.

Kami mampu pergi beberapa sesi je, tak silap aku dalam 7-8 sesi je. Pastu kami decide utk stop, sbb tak mampu. Aku redha dan berserah je sambil dia buat senaman sendiri. Takpa aku ditakdirkan takda anak pun takpa. Sepanjang perkahwinan, wife aku selalu sedih sbb dia fikirkan.

tentang tulang belakang dia. Asyik tanya, ” boleh ke, mampu ke, itu ini” Lepas 2 tahun lebih, tiba tiba melekat ! Dia check guna pen tu. Harapan utk kami mula mekar. Berbunga bunga kami. Tapi baru je nak mekar, tiba tiba layu balik.

Dah lebih 6-7minggu dari tarikh dia check. Tapi bila scan, takda. Swasta pergi, kerajaan pergi. Ambil darah sana sini. Tapi scan taknampak apa apa. Kosong. Doctor bagitahu, mungkin luar rahim, tapi minta tunggu lagi 1-2minggu. Kalau ada pendarahan, terus ke emergency Lahh mana?

Sampai lah minggu ke 8 gitu, wife aku dah tak tahan. Dalam takut, mushkil, pelik. Jadi pergi balik swasta, dorang scan dari bawah. Dia pergi sorang kali ni, lepas balik dari kerja. Masih sama, takda katanya. Di minta pulang rumah. Benda yang samaa. Tiba tiba jam 12 malam tu.

Selamat Lahirkan Tuah “Bayi Ajaib”

Doc ni call wife aku, tapi kami tak angkat. Dah tidur. Dia minta dtg seawal yang boleh esok. Urgent katanya. Sampai kami di klinik, doc terangkan. Rupanya wife aku ada 2 rahim. Selama ni check tak nampak tu dekat rahim sebelah. Rupanya anak aku ada dekat rahim lagi sebelah.

Kami terus direfer ke emergency HKL, katanya ni kes rare. So kena refer cepat. Lama gila dekat Hkl, sbb nya semua nak tengok wife aku. Jarang dpt belajar kata mereka. Alhamdulillah, ada janin, cuma di rahim yang lain. Lega bukan luar rahim. Mekar kembali bunga harapan kami.

Selepas 2 bulan, checkup lah kami. Dengan happy nak tahu checkup kali ni tentang apa. Tetiba doc kata, “kita akan monitor awak, selalu kes mcm ni. Jani takdpt bertahan. Selalu 4 bulan akan ada masalah dan gugur” Yess ! Sekali lagi bunga harapan kami layu !

Ibaratkan roller coster emosi dan perasan kami. Kejap naik kejap turunAllah maha hebat, sampai lah bulan ke 5, alhamdulillah baby dlm kandungan okay. Takda tunjuk symptom lemah Doc : Okay, dah lepas 4 bulan. Kita akan keluarkan baby awak ni 28 minggu ya 28 minggu kecik weh.

Kenapa lah banyak sangat benda benda mcm ni. Sumpah aku ckp, emosi wife aku masa pregnant. Tak tenang langsung. Dengan kata rahim bila bila je boleh pecah sbb rahim tu kecik. Dgn 28minggu nak keluarkan Nanti akan bnyk jadj kat baby ni sbb keluar awal Pening and stress gilaaa.

Lagi sekali Allah menunjuk kan kuasa Nya. 29 minggu dah berlalu. Baby sangat sangat sihat. Jadi doctor pun buat keputusan utk teruskan sampai 38minggu. Tapi tiap minggu kena checkup. Seminggu sampai 2 kali. Nurse pun sampai kenal, and ckp “Bertuah baby ni”.

Taknampak, tapi dia ada kat sebelah Di sangka gugur, tapi dia bertahan Ingin dikeluarkan awal, dia melawan Sangat bertuah Agak mencabar apa yang abah dan bonda lalui selama 9 bulan ni. Terima kasih kerna terus kuat Cerita ini utk dibaca nanti oleh anak ku nnti, Raja Tuah Mohsin.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Pengalaman Sangat Berharga, Mira Filzah Kongsi Perjalanan Umrah Bersama Suami & Anak Kecil

Azka Anak Kecil Dilindungi Malaikat, Terperangkap 60 Jam Tanpa Makan & Minum Dalam Gempa Bumi Di Ciandur, Jawa Barat

Penat Jaga Anak Kecil Tak Lama, Nikmatilah Momen Indah Sebab Waktu Takkan Berulang Lagi!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros