Kelahiran anak-anak kembar pastinya dinanti-nantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Melihat keletah anak-anak yang comel, bergaya sedondon dan membesar bersama-sama. Kembar dua dan tiga mungkin perkara biasa, namun bagaimana jika ditakdirkan hamil dan bersalin kembar 10 sekaligus? Apatah lagi kehamilan tersebut secara semulajadi tanpa rawatan kesuburan. Memang tak dapat dibayangkan situasinya. Rezeki sungguh!
Guinness World Records
Seorang wanita dari Afrika Selatan selamat melahirkan bayi kembar 10 atau decuplets menerusi satu proses pembedahan, sekali gus dipercayai menjadikannya sebagai pemegang Guinness World Records baharu kerana melahirkan bayi paling ramai, lapor laman berita United Press International semalam.
Wanita tersebut, Gosiame Thamara Sithole, 37, melahirkan bayi-bayi tersebut di Hospital Pretoria selepas doktor pada asalnya menjangkakan dia bakal melahirkan bayi kembar lapan.
Lahir Bayi Kembar 10
Suaminya, Teboho Tsotetsi berkata, selepas menjalankan pembedahan, mereka terkejut apabila mendapati sebenarnya terdapat 10 orang bayi dalam kandungan Sithole.
“Bayi-bayi itu terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan. Isteri saya melahirkan mereka ketika kandungannya berusia tujuh bulan tujuh hari,” ujarnya.
Hamil Secara Semulajadi Tanpa Rawatan Kesuburan
Pasangan suami isteri itu sebelum ini mengaku bahawa Sithole hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.
“Saya terkejut dengan kehamilan ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya proses kelahiran berjalan dengan lancar, dan saya serta anak-anak selamat semuanya,” kata Sithole.
Keadaan Jarang Berlaku
Sementara itu, Timbalan Ketua Fakulti Perubatan di Universiti Sains Kesihatan Sefako Makgatho, Profesor Dini Mawela berkata, keadaan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk seorang wanita hamil dengan bilangan kembar yang ramai tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.
“Apa yang menjadi bahaya kepada keadaan ini adalah keadaan di mana bayi-bayi tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup di dalam rahim ibu, yang membawa kepada risiko mereka menjadi kecil.
Ads
“Disebabkan itu, para doktor terpaksa mengeluarkan bayi-bayi tersebut lebih awal kerana bimbang akan risiko tersebut jika mereka dibiarkan berada di dalam rahim lebih lama,” katanya.
Terdahulu, pada Mei lepas, seorang wanita dari Maghribi memegang rekod dunia selepas melahirkan bayi kembar sembilan.
Mingguan Wanita : Kebesaran tuhan.Hebatnya mampu mengandung dan bersalin anak kembar 10 dan hamil secara semulajadi tanpa rawatan kesuburan. Semoga ibunya kembali sihat dan anak-anak kembarnya dapat membesar dengan sempurna.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Nak turun berat itu bukan mudah, nak naik berat pun bukan ambil masa sehari dua. Berbulan malah makan tahun kenaikannya.
Dan usaha nak menguruskan kembali berat badan yang dah naik itu pun kena ada disiplin, konsisten dan emosi yang kental. Tapi.. bila dah peroleh berat badan ideal, jangan sesekali sindir orang badan gemuk.
Sebab anda tak tahu macam mana teruk usaha dan keinginannya nak kurus, tapi belum berjaya.. berjaya. Ibu ini, Niena Samsir, ada pengalaman alami kenaikan berat dari 43kg ke 81kg.
Bila berat naik sampai 38kg, ibu ini tak mengeluh, sebaliknya melihat berat badannya itu sebagai satu hikmah yang perlu disyukuri.
Walaupun, mereka yang ‘chubby’ lagi montel ini tidak mengeluh, namun inilah ‘rasa’ sejagat yang siapa pun duduk dalam situasi ini akan alami.
Hikmah Berat Badan Naik Dari 43kg Ke 81kg
Apa hikmah saya dapat bila berat badan naik dari 43kg sampai 81kg?
1. Saya makin sangat nak menjaga tutur kata especially bila melibatkan bab penampilan seseorang. (Cakap orang gemuk / tak cantik / buruk)
2. Saya selesa pakai jubah dan tudung size besar, padahal dulu segan nak pakai sebab nanti nampak macam alim sangat. (Ni dulu la pemikiran kolot masa zaman berat 43kg. Ntah pape kan)
3. Saya dah lama tak beli seluar jeans. Dan tak ada rasa nak beli seluar jeans dah.
4. Nafsu shopping dah tak kuat macam masa zaman badan slim persis model tak cukup makan.
5. Saya faham macam mana rasanya terluka bila orang sentuh isu berat badan.
6. Saya boleh nampak siapa yang sebetulnya ikhlas sayang saya, bukan hanya kerana penampilan.
7. Saya boleh tukar tayar sendiri (kalau saya kurus macam dulu, rasanya melompat pun takkan mampu longgarkan nut tayar)
8. Saya tetap kena kritik walau berapa pun berat badan saya. Kalau kurus, orang kata saya papan. Bila badan sedang-sedang, orang kata kurus baru cantik. Bila gemuk, lagi lah orang kutuk. So, ada beza ke? Takde (Tak kenyang dek pujian, tak mati dek kritikan)
9. Saya mampu dukung anak yang berat 14kg berjam-jam lamanya, especially kalau dia tak sihat dan ke hulu ke hilir minta dukung walaupun dalam rumah.
10. Saya boleh angkat suami saya. Hahaha, awak boleh angkat suami awak tak?
Menjaga kesihatan sangat dituntut. Tapi, jangan riak sangat dalam menjaga berat badan sampai menyindir orang yang badan gemuk. Not good, not good. Karang dia sumpah awak jadi lebih gemuk, baru awak tau. Nak ke?
Ali Puteh dakwa jumpa garam & mengkarung depan rumah lepas Hidayah pulang. Padam Video lepas tular
Nampaknya kemelut perbalahan antara Ali Puteh dan balu Abam, Hidayah seakan tidak selesai. Jika tengahari tadi Hidayah pulang dalam keadaan sedih kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah sendiri dan menuntut Ali membayar hutang RM60K yang diperintahkan mahakamah nampaknya Ali mempunyai tindakan sendiri.
Sebaik Hidayah meninggalkan rumah itu, dalam perkongsian video yang telah dipadamkannya sendiri, dalam siaran secara langsung di instagramnya, dirinya menunjukkan menjumpai barang-barang aneh seperti taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung di luar pagar rumah sejurus selepas Hidayah dan peguamnya balik.
Menerusi video di Instagram (IG), Ali menegaskan dia dan keluarga tidak tinggal di rumah tersebut selepas ibunya, Sabariah Arshad, meninggal dunia pada 30 September 2021.
Dedah pelawak berumur 33 tahun, dia telah menjumpai taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung di luar pagar rumah sejurus Hidayah beredar pulang.
Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia.
Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.
Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah.
Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!
Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah.
Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya.
Dan lebih nyata, selepas kes ini tular, Ali telah memadamkan video berkenaan. Ia hanya sempat berada sekitar beberapa minit sahaja.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pejam celik lebih kurang dua minggu lagi umat Islam akan melalui bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Dalam bulan suci ini, tak lain tak bukan golongan mak-maklah biasanya yang akan jadi paling sibuk pada bulan ini. Mana kan tidak dari celik mata untuk sediakan menu bersahur untuk keluarga, kejutkan anak-anak dan suami bangun bersahur, menyediakan juadah berbuka, dan sebagainya.Bahkan lazimnya pada bulan puasa juga, mak-mak harus bersedia untuk persediaan menyambut Hari Raya.
Oleh itu, persediaan dari segala aspek diperlukan untuk memudahkan lagi kerja mak-mak, melancarkan urusan agar tidak kelam kabut dan lebih bersedia pada bulan ramadhan nanti.
Berikut antara tip persediaan yang mak-mak boleh pertimbangkan;
1.Menu Sahur Dan Juadah Berbuka
Lazimnya bagi mak-mak, penyediakan untuk menu sahur dan juadah berbuka adalah paling penting pada bulan ini. Sebenarnya ia bergantung kepada selera keluarga itu sendiri. Ada yang memilih menu ringkas seperti buah kurma,oats dan susu.Ada juga yang memilih hidangan berat seperti nasi dan lauk pauk.Bagi memudahkan kerja, ketika masak untuk berbuka, lebihkan sedikit lauk pauknya agar boleh dipanaskan ketika waktu bersahur.
Bagi mak-mak yang bekerja pula, pada cuti hujung minggu boleh sediakan pes masakan mahupun bawang-bawang dan cili kisar lebih awal untuk memudahkan kerja-kerja memasak ketika hari bekerja nanti. Seperti pes asam pedas, kari, kurma dan sebagainya. Jadi tinggal masukkan sahaja lauk seperti ayam, udang, ikan dan sebagainya.
2. Ganti Puasa Dan Ajak Anak-Anak Puasa Sunat
Bagi wanita yang masih belum habis puasa qada tahun lepas, pastikan kewajipan puasa tersebut diganti segera sebelum tiba bulan ramadan agar tidak dikenakan fidyah.Jika sudah habis mengganti puasa, biasakan diri pula dengan amalan melakukan puasa sunat. Boleh ajak anak-anak sekali turut berpuasa sunat agar melatih diri mereka sebelum ketibaan ramadhan nanti.Tingkatkan jadual tadarrus Al-Qur’an dan biasakan anak bangun lebih awal (sejam atau setengah jam sebelum subuh) dengan mengajaknya solat bersama sebagai latihan menyambut ramadhan tidak lama lagi.
3.Persiapan Raya Lakukan Lebih Awal
Persiapan menyambut raya memang selalu menjadi perhatian buat golongan mak-mak. Baik dari segi pemilihan baju raya, kuih raya, tukar langsir mahupun deko rumah. Jika berhasrat untuk buat kuih raya, buat lah lebih awal ataupun lebih mudah beli sahaja.Begitu juga dengan persediaan baju raya dan dekorasi rumah. Bukan apa, Ramadahan datang hanya setahun sekali, sayang sekali jika golongan mak-mak ni terlepas masa solat terawikh apatah lagi di 10 malam terakhir yang menawarkan malam Lailatul qadar. Jadi lakukanlah semua persediaan ini lebih awal.
4.Tingkatkan Ilmu Berkaitan Ibadah Berpuasa
Sebelum tibanya bulan ramadhan waktu inilah, seharusnya mempertingkatkan ilmu-ilmu dan persiapan jiwa berkaitan ibadah berpuasa.Semak dan pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan.Kenal pasti amalan sunat yang amat digalakkan dalam bulan Ramadan seperti Tadarus Al Quran, Solat Tarawih, Qiyamullail, bersedekah, iktikaf di masjid dan majlis ilmu agar puasa kita benar-benar diterima oleh Allah.
5. Berdoa Agar Diberi Kesempatan Bertemu Ramadhan
Akhir sekali meskipun ramadhan semakin menghampiri, namun tak semua berkesempatan menemuinya.Berdoalah agar Allah swt memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Insya-Allah, dengan semua persediaan ini, semoga golongan mak-mak lebih bersedia menghadapi bulan ramadhan dan dikurniakan ganjaran yang besar pada bulan Ramadhan nanti.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!