Kecantikan

Wanita Patut Tahu 10 Proses Lambatkan Penuaan, Barulah Muka Nampak Muda Dari Usia Sebenar

Share

Wanita memang teruja bila melihat artis yang dah berusia tapi nampak muda dan cantik. Sebab itulah juga dambaan semua kaum hawa, muka tetap awet muda walau pun dah berusia!

Boleh saja nak ikut petua awet muda golongan selebriti ini tapi kena ingat dah tentu bajet cantik mereka tinggi, tak selari pula dengan kita kaum mak-mak biasa.

Sebenarnya kalau rajin mencari tips dan petua ada banyak cara mudah untuk kulit kekal awet muda yang boleh kita lakukan sehari-hari. Bagi yang sedang mencari, ini 10 termudah yang MW jumpa.

1. Tidur yang cukup

Kalau betul anda nak cantik, paksa diri tidur awal dan pastikan tidur cukup selama 8-9 jam sehari. Hasilnya berbeza sangat dengan wanita yang jenis suka tidur lambat. Paling ketara di bahagian mata.

2. Perbaiki posisi tidur

Posisi tidur juga sangat penting untuk diperhatikan. Jangan sesekali ajar diri tidur dengan posisi kepala menekan bantal sebab kerutan sarung bantal akan menimbulkan garis tidur yang akan berkembang menjadi kedut di usia muda.

3. Lembabkan wajah sebelum tidur

Beberapa penelitian membuktikan bahawa kemampuan kulit untuk menyerap bahan aktif dalam produk perawatan kulit lebih baik pada waktu malam. Jadi malas macam mana pun, paksalah diri untuk sapu produk anti penuaan pada kulit sebelum tidur.

4. Membersihkan wajah dengan urutan

Tak payah tenyeh wajah muka macam basuh baju semata nak bersihkan wajah tetapi kalau betul nak awet muda, tiga langkah ini perlu dilakukan untuk mempertahankan kulit sihat iaitu mencuci muka, ada penyegar dan melembabkan wajah. Percayalah wajah yang cukup dibelai dan bersih tak akan mudah nampak tua.

5. Gunakan pelembab berkualiti

Tak ada ruginya keluar sedikit duit untuk dapatkan pelembab yang berkualiti bagus. Pilihlah pelembab yang serasi dengan masalah kulit contoh untuk kulit berminyak, kering, atau jenis kombinasi yang boleh melindungi dan membuat kulit wajah tetap anjal.

6. Gunakan pembersih wajah yang bagus

Jangan guna sabun mandi untuk membersihkan wajah. Sabun bukan saja akan membuat kulit wajah kering tapi juga akan membuat kedut timbul di wajah. Gunakan pembersih wajah khas untuk membersihkan kotoran dan minyak yang melekat pada kulit setiap hari dan selama kita tidur.

7. Minum teh hijau

Air teh cukup bagus untuk perawatan wajah, ini termasuklah teh hijau. Terbaru teh hijau dikatakan salah satu minuman yang ada khasiat anti penuaan. Bukan saja mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer, teh hijau juga bermanfaat dalam menjaga serangan penyakit mata yang datang seiring dengan penuaan.

8. Minum banyak air putih

Air putih memang mempunyai khasiat untuk mencerahkan kulit, mempertahankan kulit anjal dan memelihara kesihatan yang berkait rapat dengan dunia kecantikan. Jadi kalau boleh, minumlah air putih secukupnya setiap hari, bermula ketika bangun tidur.

9. Makan banyak buah dan sayuran

Buah dan sayuran adalah tiket emas menuju awet muda. Paling mudah, penuhkan peti ais di rumah dengan sayur dan buah-buahn yang mudah untuk dimakan. Antaranya buah lemon yang merupakan salah satu buah-buahan terbaik untuk mengatasi masalah-masalah kecantikan seperti melembabkan kulit, memutihkan kulit, menghilangkan jerawat dan lain-lain.

10. Gunakan serum anti penuaan

Jangan tak tahu, salah satu cara menghilangkan kerutan di wajah adalah dengan menggunakan serum anti penuaan yang banyak dijual di pasaran. Pilihlah serum yang sesuai untuk wajah.

Boleh Cuba Meeracle Facial Serum Berasaskan Batu Permata Untuk Pudarkan Kedut

Kalau mencari serum yang istimewa, produk Meeracle boleh masuk senarai mak-mak. Ia menyediakan serum yang berfungsi melambatkan penuaan wajah. Istimewanya Meeracle Facial Serum ialah kerana ia menggunakan ekstrak batu berlian, rubi dan mutiara sebagai formula.

Ekstrak unik campuran tiga bahan batu permata daripada Perancis ini membantu menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus.

Ini kerana berlian yang dikisar halus berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona warna kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri.

Paling menarik, fungsi batu rubi merah yang turut terkandung dalam serum ini. Ia membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu.

Mutiara pula mempunyai banyak kemujaraban.Ianya bagus untuk melembap, membantu mencegah anti-penuaan dan mencerahkan kulit juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.

Serum yang ringan dan senang meresap ini ditawarkan dalam botol 30ml dan dijual dengan harga RM79 sebotol.

Untuk kesan yang lebih baik, Meeracle turut menawarkan produk pembersih wajah. Meeracle Facial Cleanser yang turut mengandungi ekstrak batu permata dan malakit – sejenis batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan bersifat anti-bakteria berfungsi untuk memulihkan jerawat

Pembersih wajah yang dijual dengan harga RM49 sebotol ini juga turut diformulasi dengan kesegaran aloe vera serta teh hijau anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.

Apple stem cell yang terkandung dalam Facial Cleanser ini boleh meningkatkan pertumbuhan dan keupayaan sel kulit manakala avocado pula membantu menghilangkan kedutan dan parut jerawat pada seri wajah.

Lebih baik digunakan secara set, Meeracle Facial Serum dan Facial Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.

 

Ok, kalau nak tahu lebih banyak, sila lawati dan ikuti:

Website: www.meeracle.com.my

Facebook: Meeracle 

Instagram: Meeracle_my 

Published by
Nadia