merah jambu

Setiap wanita pastinya memiliki warna kegemaran yang tersendiri. Antara warna yang menjadi kegemaran ramai ialah rona lembut si merah jambu.

Siapa sangka atas rasa kecintaan yang terlalu mendalam terhadap warna merah jambu ini,seorang wanita membelanjakan lebih £1 juta (RM5.3 juta) untuk memastikan semua kelengkapan kediaman termasuk semua pakaiannya berwarna merah jambu sejak 35 tahun yang lalu.

Serba Serbi Warna Merah Jambu

Wanita itu yang dikenali sebagai Kitten Kay Sera, 53, menyatakan kecintaannya yang terlalu mendalam terhadap warna merah jambu tercetus kira-kira 35 tahun lalu sewaktu meraikan sambutan ulang tahun ke-20 di Houston, Texas.

Kay Sera yang kini menetap di Hollywood, Los Angeles di sini mempunyai semua kelengkapan rumah yang serba serbi berwarna merah jambu daripada pintu rumah, set televisyen, katil sehingga tisu tandas.Di tandas turut dilengkapi dengan sabun, gel mandian, tuala berwarna merah jambu. Begitu juga setiap peralatan dan perkakasan di dapur diwarnakan dengan rona lembut ini.

IKLAN

Wanita Paling Merah Jambu Di Dunia, 35 Tahun Abadikan Diri Serba Serbi Dengan Warna Ini!

Malah selebriti media sosial itu juga mewarnakan kereta dan anjing peliharaannya kepada warna merah jambu.

IKLAN

“Saya berasa cantik dan cukup menyerlah dengan memakain warna ini. Saya berpendapat jika memakai semua pakaian dan aksesori berwarna merah jambu membawa keseronokan, mengapa tidak memakainya setiap hari.

“Saya bagaikan seekor burung flamingo dalam dunia yang dipenuhi merpati. Semua orang memakai kelabu dan hitam. Tiada ekspresi, tiada identiti tersendiri. Dan orang ramai masih beranggapan saya ini pelik,” katanya.

Menurut Key Sera, dia dan rumah berwarna merah jambunya mendapat permintaan tinggi daripada para selebriti dan pereka fesyen terkenal.

“Saya baru selesai fotoshoot dengan Paris Hilton. Malah Ruby Rose, Ellen Von Unwerth pernah melakukan penggambaran disini termasuk pereka fesyen Moschino yang selalu meminta saya atau rumah merah jambu ini untuk tujuan penggambaran foto shoot,”jelas wanita ini.

IKLAN

Kay Sera mempunyai seramai 70,000 pengikut di Instagram, dan 52,000 peminat di YouTube.

Tak sangka ada wanita yang sangat obses dengan warna merah jambu seperti ini. Mak-mak ada ke yang minat warna tertentu seperti wanita ini?.

Sumber:kosmo, Vogue inpsire

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI