Pernah tak bahagian tapak tangan hingga ke bahagian pergelangan tangan mengalami masalah kebas-kebas dan anda pernah terlepas gelas dalam genggaman kerana tangan tidak mampu menggenggam? Ada juga yang menanggung kesakitan ini, hingga mengganggu waktu tidur terutamanya waktu malam.  

Jika anda ada mengalami simptom-simptom itu, segera rujuk kepada doktor. Ini sebenarnya adalah sebahagian daripada simptom atau gejala awal anda mengalami sindrom carpal tunnel syndrome (CTS) . Kalau dibiarkan, ia akan mengganggu urusan harian sekali gus mengundang sakit yang lebih serius.  

Menurut Dato’ Dr. Rashdeen Fawzi Muhammad Nawawi yang merupakan Pakar Perunding Kanan Bedah Tangan & Mikrosurgeri, kebas-kebas di tiga bahagian jari utama dan separuh jari manis adalah tanda awal anda sedang mengalami sindrom carpal tunnel syndrome 

“Sindrom carpal tunnel syndrome adalah penyakit membabitkan saraf median yang melalui ‘terowong carpal‘ pada pergelangan tangan dan tendon atau urat untuk membolehkan jari dibengkokkan 

Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, otot di telapak tangan akan menjadi lemah dan mengecil seterusnya kekuatan untuk memegang barang dan mengambil barang terjejas serta berkurangan. 

IKLAN

“Wanita dan juga mereka yang pekerjaannya melibatkan aktiviti menaip terdedah kepada risiko carpal tunnel syndrome. Harus diingat masalah kesihatan ini tidak berkaitan dengan genetik. Peratusan merekodkan mereka yang mengalami carpal tunnel syndrome adalah wanita. Walau bagaimanapun, lelaki juga tidak terlepas daripada mengalaminya.  

Wanita & Mereka Yang Kerap Menaip Terdedah Kepada Risiko CTS 

Jenis rawatan 

IKLAN

Carpal tunnel syndrome (CTS) terjadi saat lorong karpal menjadi sempit akibat jaringan yang mengelilinginya membengkak, sehingga menekan saraf median. Ada orang memilih untuk melalui rawatan alternatif contohnya urutan. Walau bagaimanapun menurut Dr. Rashdeen lagi…urutan mahupun berehat sambil makan ubat hanyalah bersifat sementara. Ia tidak akan melegakan dan sakit itu pasti kembali. 

“Dalam situasi tertentu, kami akan merawat dengan memberi vitamin dan memberikan mereka splint yang digunakan sebagai sokongan, serta mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun ianya hanyalah bersifat sementara. Sekiranya pesakit datang kembali dan memaklumkan kesakitannya tidak berkurang, maka rawatan seperti pembedahan adalah alternatif terakhir bagi merawat CTS. 

“Untuk makluman, pembedahan tidak menjamin CTS tidak kembali. Dalam situasi tertentu ada pesakit yang kembali mengalami CTS selepas enam bulan dan ada juga selepas tiga tahun pembedahan dilakukan,”ujarnya yang menggalakan senaman regangan ringan kerap dilakukan bagi mengurangkan risiko berlakunya CTS khususnya buat wanita dan juga mereka yang kerap menaip. 

IKLAN

Dalam Mingguan Wanita Talkshow, Nor Ahmad tetamu yang diundang berkongsi pengalaman merasai sendiri sakitnya CTS. Bekas pensyarah ini sudah pun menjalani pembedahan bagi meredakan kesakitan CTS. Hadir sama wakil dari  Pusat Terapi Saraf Al-Amin; Tuan Aminul Rashid Jamil yang berkongsi teknik urutan ringkas yang boleh dilakukan bagi melegakan CTS.  

Jika anda terlepas Mingguan Wanita TalkShow hari ini yang membicarakan topik mengenai Carpal Tunnel Sindrome (CTS) jangan lupa saksikan ulangannya jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.  

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI