Wanita menyamar lelaki, “suami” bersikap dingin di malam pertama bongkar status diri. Islam menggariskan lima syarat pernikahan iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi dan terakhir ijab dan kabul.
Namun majlis pernikahan yang sepatutnya menggembirakan hati seorang wanita bertukar trauma apabila “suami” yang menikahinya adalah sejantina iaitu wanita yang menyamar menjadi lelaki.
Wanita Menyamar Lelaki
Kisah ini berlaku di Desa Pakuon, Daerah Sukaresmi, Kalimantan pada 28 November 2023 lalu bila mana “pengantin lelaki” iaitu Ahadiyat bertindak menipu termasuk mengaku kehilangan kad pengenalan semasa majlis akad nikah.
Pembongkaran memalukan ini terjadi bila mana isterinya, Siti Nuraisyah binti Hidayat, 25 tahun berasa pelik selepas tiga hari bernikah namun “suaminya” langsung tidak menyentuhnya seperti mana yang terjadi dalam hubungan suami isteri.
Bila didesak, “suami” mengaku dirinya adalah perempuan dan hal ini telah diperpanjangkan ke kedua ibu bapa sebelum hal ini menjadi besar.
Perkenalan pasangan ini bermula dua tahun lalu di media sosial iaitu facebook dan keduanya sepakat mengakhiri perhubungan dengan ikatan nikah.
Tetapi malangnya, sebelum majlis berlangsung sudah ada tanda-tanda penipuan berlaku termasuk pengantin lelaki mengaku kad pengenalannya hilang hingga identitinya sukar disahkan.
“Suami” Bersikap Dingin Di Malam Pertama Bongkar Status Diri
Menurut ketua kampung Camat Sukaresmi, Latip Ridwan, pengantin lelaki memberi alasan ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka dan menyimpan kad pengenalannya namun dia nekad menikahi gadis disukainya.
“Dia bersungguh-sungguh dan sanggup membayar berapa saja asalkan urusan pernikahannya dipermudahkan. Rupanya bukan saja menipu tapi dia meminjam duit yang banyak dari orang untuk membuat majlisnya nampak gah,” katanya berkongsi hal yang viral ini.
Selepas bernikah, tindakan suami yang tidak menyentuh isteri hingga ke malam ketiga membawa pembongkaran dirinya adalah wanita.
“Pernikahan sesama jenis ini jelas mendatangkan trauma buat diri Siti Nuraisyah dan dirinya sudah melarikan diri dari rumah. Keluarganya tidak membuat laporan polis kerana malu sementara wanita yang menyamar lelaki, Ahadiyat sudah ditahan polis kerana menipu dan meminjam wang sebanyak Rp57 juta bagi bagi memastikan majlis nikahnya tampak mewah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- ‘Lahirkan 44 Anak Dengan 15 Kelahiran.’ Ibu Ini DiKurniakan Gelaran Wanita Tersubur Di Dunia
70 Tahun Terpisah, Lelaki Ini Sanggup Merentas 350 Kilometer Untuk Bertemu Ibu Kandung
Kasanova Menipu Hampir 90 Wanita, Kahwin 27 Kali Demi Bolot Harta Isteri!
10 Bulan Kahwin, Baru Tahu ‘SUAMI’ Sebenarnya Bukan Lelaki!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI