Wanita meninggal ditelan ular sawa, perjalanan beli ubat anak sakit berakhir tragedi.  Seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam perut ular sebesar 8 meter di Sulawesi Selatan, Indonesia dalam perjalanan membeli ubat untuk anaknya yang sakit.

Siriati, 36 tahun sebelum ini dilaporkan tidak tiba di rumah saudaranya. Risau mengapa adiknya tidak kunjung tiba, saudara mara memulakan pencarian mencarinya sebelum suami arwah terserempak dengan seekor ular sawa yang perutnya besar luar biasa berbanding kebiasaan.

Wanita Meninggal Ditelan Ular Sawa

Lebih menyedihkan, suaminya Adiansa, 30 telah menemui selipar dan seluarnya di atas tanah kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan.

“Tidak lama selepas itu, dia ternampak seekor ular, kira-kira 10 meter dari laluan itu. Ular itu masih hidup,” kata ketua polis tempatan bernama Idul memberitahu AFP.

Setiausaha kampung Iyang memberitahu AFP bahawa Adiansa mula curiga selepas dia menyedari perut ular sawa itu “sangat besar”.

Perjalanan Beli Ubat Anak Sakit Berakhir Tragedi

Dia memanggil penduduk kampung untuk membantu memotong perutnya, di mana mereka menemui mayatnya di dalam perut ular itu. Proses membelah perut ular sawa yang menelan Siriati mengambil masa lebih sejam.

“Sebaik membelah, mereka mendapati Siriati sudah pun meninggal dunia. Bangkai ular itu sudah ditanam penduduk kampung manakala mayat Siriati dibawa untuk pengebumian.

Ads

Kejadian sebegini dianggap sangat jarang berlaku tetapi beberapa orang telah ditelan oleh ular sawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dikatakan laluan Siriati membeli ubat membeli ubat adalah laluan ular sawa besar yang mana ada penduduk pernah terserempak sebelum ini.

Sebelum ini ada banyak haiwan ternakan penduduk kampung yang hilang tetapi mereka tidak mengesyaki sesiapa.

Kes ditelan ular sawa ini bukan baru kerana sebelum ini  seorang wanita juga ditemui mati bulan lalu di dalam perut ular sawa di daerah lain di Sulawesi Selatan.

Tahun lalu penduduk di wilayah itu membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter menelan seorang petani di sebuah kampung.

Pada 2018 pula, wanita berusia 54 tahun ditemui mati ditelan ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.

Ads

Tahun sebelum itu, petani di Sulawesi Barat dilapor hilang sebelum mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang empat meter di ladang kelapa sawit. — AFP

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Miza Ozawa Mengaku Bersalah Jual Diri Di Media Sosial, Hamil 6 Bulan & Hidap HIV

Masa Depan Isteri Belum Tentu Terjamin Jika Terlampau Bergantung Hidup Dengan Suami

Kisah Benar, Doktor Kongsi Suami Ada HIV Positif Boleh Ada Zuriat. Anak Dilahirkan Sihat & Negetif

Ads

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI