Wanita lepas kahwin jangan berhenti kerja, kita tak tahu masa depan macam mana. Perkahwinan adalah fasa penting dalam kehidupan setiap individu. Bagi wanita, perkahwinan sering dikaitkan dengan tanggungjawab tambahan seperti mengurus rumah tangga dan keluarga.
Wanita Lepas Kahwin Jangan Berhenti Kerja
Namun, salah satu keputusan penting yang sering dihadapi wanita selepas berkahwin adalah sama ada untuk terus bekerja atau berhenti. Keputusan untuk berhenti kerja selepas berkahwin mungkin nampak ideal bagi sesetengah pihak, terutamanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
Kita Tak Tahu Masa Depan Macam Mana
Namun, keputusan ini perlu ditimbang dengan teliti kerana ia melibatkan masa depan, kestabilan kewangan, dan perkembangan diri. Berikut adalah beberapa sebab mengapa wanita lepas kahwin tidak sepatutnya berhenti kerja.
1. Kestabilan Kewangan
Kehidupan berumah tangga bukan sahaja tentang cinta dan kasih sayang, tetapi juga memerlukan pengurusan kewangan yang baik. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pendapatan tambahan daripada isteri boleh membantu meringankan beban kewangan suami. Ini membolehkan pasangan merancang kewangan dengan lebih baik, termasuk simpanan untuk kecemasan, pendidikan anak-anak, atau persaraan.
2. Jaminan Masa Depan
Kita tidak dapat meramalkan apa yang bakal terjadi di masa depan. Perkahwinan, seperti mana-mana aspek kehidupan, boleh menghadapi cabaran yang tidak diduga. Dalam kes seperti perceraian, kehilangan pasangan, atau situasi kewangan yang tidak stabil, seorang wanita yang bekerja akan lebih bersedia untuk berdikari dan menyara diri serta keluarga.
3. Perkembangan Diri Dan Kepuasan Peribadi
Kerja bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi juga peluang untuk seorang wanita mengembangkan kemahiran, memperoleh pengalaman baru, dan membina keyakinan diri. Melalui kerjaya, seorang wanita boleh terus belajar, bertemu dengan orang baru, dan mengekalkan rangkaian sosial yang sihat. Ini adalah elemen penting untuk kepuasan diri dan keseimbangan emosi.
Ads
4. Contoh Teladan Kepada Anak-anak
Seorang ibu yang bekerja dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak tentang nilai usaha dan berdikari. Anak-anak akan belajar bahawa wanita juga mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat dan ekonomi, selain peranan tradisional di rumah.
5. Kebebasan Dan Keselamatan
Memiliki kerjaya memberikan kebebasan kepada wanita untuk membuat keputusan tanpa terlalu bergantung kepada orang lain. Ini termasuk kebebasan untuk merancang perbelanjaan peribadi, melabur dalam hobi, atau menabung untuk keperluan tertentu.
Kesimpulan
Berhenti kerja selepas berkahwin bukanlah keputusan yang salah, tetapi ia perlu dibuat dengan pertimbangan mendalam terhadap masa depan. Terus bekerja selepas berkahwin bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga memberikan wanita peluang untuk berkembang secara peribadi dan profesional.
Bagi wanita yang ingin terus bekerja, komunikasi dengan pasangan adalah kunci utama. Dengan sokongan dan kerjasama yang baik, wanita boleh mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Perkahwinan bukanlah titik akhir, tetapi permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih bermakna. Teruslah bekerja dan berusaha, demi diri sendiri, keluarga, dan masa depan yang lebih cerah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alahai! Sweet betul baca perkongsian suami ini. Dalam pada duduk depan kedai kopi dekat negara Vietnam pun masih sempat lagi nak alirkan perasaan sayang pada isteri.
Ceritanya, Muhammad Yusof ini semasa temankan isteri ke kedai tudung di Vietnam, Allah nampakkan padanya gelagat isteri yang merajuk dengan suami yang macam tak nak faham pilihan telekung isteri.
Dah Tunjuk Macam-macam Telekung Pilihan, Suami Tetap Geleng Tak Suka
Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.
Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu.
Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.
Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung.
Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan.
Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia.
Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.
Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah.
Sweet Betul Cara Pakcik Ini Pujuk Isteri Yang Merajuk
Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.
Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu.
Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.
Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.
Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.
Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.
Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.
Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong.
Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.
Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.
Betul tak?
Nota kaki: dengar cerita ada sis-sis yang buat-buat merajuk lepas tu share status ni, terus suami beli hadiah bagi kat depa, betul ka?
Alahan ketika mengandung seringkali dikaitkan dengan rasa loya dan muntah-muntah. Tetapi setiap orang berbeza alahanya, ada yang tidak boleh rumah bersepah, ada wanita hamil yang lain pula tidak boleh hidu bau wangi.
Sesetengah lelaki menganggap alahan yang dilalui wanita sengaja dibuat-buat dan mengada-ngada, tetapi percayalah memang benar wujud alahan kerana pembawakan “budak”.
Bagi Puan Nor Sahira II, alahan atau “pembawakan” yang dialaminya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main kerana dia sendiri pada awalnya terkejut dengan perubahan wajah. Mukanya berubah seakan orang tua bila muka membengkak, sembab, berkedut dan hitam. Tetapi suaminya tetap katakan dia cantik untuk sedapkan hati isteri.
Maaf terlalu banyak yang private message tentang gambar yang saya up dekat story (facebook). Saya jawab dekat sini ya. Tak larat rasanya hendak balas satu-persatu.
Rasa Terkejut Dengan Perubahan
Muka saya berubah teruk ketika mengandung tiga bulan anak ketiga saya ini. Muka saya sedikit demi sedikit membengkak, sembab, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut. Saya berlipat-kali ganda rasa terkejut .
Tidak pernah pembawakan budak seteruk ini. Masa mengandung, hari-hari stres, hendak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tetapi dalam hati, hancur lebur.
Bulan ketiga kehamilan, wajah mula membengkak, berkedut & hitam.
Jelasnya, wajah mula berubah apabila usia kandungan memasuki bukan ketiga. Jika orang lain pelik melihat perubahan wajahnya. Dia apatah lagi, kerana sebelum ini tidak pernah melalui pembawakan sebegini teruk kerana ini bukanlah kelahiran pertama tetapi kelahiran ketiga.
Nor Sahira juga terkejut dengan perubahan yang berlaku.
Tapi selepas bersalin, sikit demi sidikit semuanya hilang. Bengkak mula surut, hidung yang besar mulai elok, kulit makin cerah . Jangan tanya saya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa. Ya ramai yang kata, terlalu berbeza wajah saya. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itulah yang terjadi pada saya.
Alhamdulillah selepas bersalin, semuanya beransur baik tanpa mengenakan sebarang ubat.
Ternyata, Allah Maha Adil. Setelah melahirkan anak wajah Nor Sahira kembali kepada asal. Bengkak mulai surut dan wajah kembali normal. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah kuasa Allah, dia sendiri menjelaskan tidak menggunakan apa-apa produk khusus untuk memulihkan wajahnya.
Alhamdulilah. Syukur ke hadrat ilahi. Segalanya sudah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yang sentiasa memuji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia tetap hendak sedapkan hati isteri dia.
Nor Sahira merupakan salah seorang isteri yang bertuah dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa memberi sokongan padanya sepanjang kehamilan. Bukan semua lelaki dapat menerima perubahan mendadak yang berlaku pada isteri, apatah lagi perubahan besar sebegini.
Dalam masa yang sama, ramai netizen mengucapkan syukur apabila keadaan Nor Sahira kembali pulih dan anaknya juga selamat dilahirkan. Rata-rata netizen memberi sokongan padanya.
MW: Semoga perkongsian dapat membuatkan suami di luar sana sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Bagaimana peritnya mengandung, alami alahan dan kemudian melalui fasa melahirkan. Bukan mudah, jadi hargailah isteri yang menjadi ibu kepada anak-anak kalian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri, kalau dia marah atau mula tunjuk rasa tak puas hati, dia tak boleh diam. Dia kena luahkan apa yang tak puas hati. Sekurang-kurangnya, dia dapat meredakan apa yang terbuku dalam hati.
Kadang-kadang bila suami tidak bertindak balas atau buat-buat tidak tahu, mahunya makin geram dan sakit hati. Sebenarnya, isteri marah dan membebel bukannya suka-suka. Tapi, dia ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.
Malah, kalau nak pujuk isteri pun, tidaklah mengambil masa yang lama. Kecuai, kalau suami buat tak tahu, memang lama rajuknya. Cara mudah nak pujuk isteri, bukan dengan memberi kata-kata manis, tapi cukuplah dengan perbuatan daripada suami, seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakob ini.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya atau jangan tegur. Malah, jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di tahap emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Sampaikan dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Dia taknak jadi begitu. Malah, dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dan dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Suami Memahami
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumah tangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
MW: Sebenarnya hati isteri cukup lembut. Dengan hanya pelukan daripada suami sudah cukup meredakan tekanan dan emosi yang dia hadapi.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...