Adakah mak-mak alami perasaan ini, berasa sedih, tidak lagi berasa gembira dengan hidup anda? Berasa lemah dan dipinggirkan? Semakin banyak kes kes kemurungan termasuk di Malaysia yang mengakibatkan kejadian bunuh diri, sedih keterlaluan sehingga membahayakan orang lain dan banyak lagi.
Jangan ambil mudah. Apatah lagi merahsiakan. Jadi jangan risau kerana anda tidak keseorangan. Tahukah anda mengikut kajian American Psychiatric Association; 1 daripada 6 individu mengalami kemurungan atau depresi?
Lebih menyedihkan wanita lebih mudah mengalami kemurungan berbanding lelaki. Wanita dialah sahabat, isteri, kawan, ibu, multitasking. Mereka letih dengan hidup yang sentiasa menginginkan sesuatu.
Mungkinkah mak-mak termasuk antara mereka yang mengalami kemurungan. Mari kita kenali sedikit sebanyak mengenai kemurungan. Dan membantu mengatasinya kerana kemurungan boleh dirawat.
Kemurungan Pengaruhi Perasaan..
Menurut Dr. Asma Razalli, depression atau major depressive disorder ialah penyakit yang serius dan biasa dialami oleh seseorang individu.
“Ia akan mempengaruhi perasaan individu itu, perasaan sedih yang melampau dan hilang minat kepada apa sahaja yang pernah diceburi lalu menyebabkan kemerosotan prestasi di tempat kerja.
“Kemurungan mampu menganggu fungsi individu itu sebagai anak, suami, isteri mahupun sesiapa sahaja. Mereka yang mengalami depresi atau kemurungan akan selalu mengalami masalah emosi dan fizikal.”
“Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang mencabar, kompetetif di sekolah, tempat kerja, serta zaman yang sentiasa ingin ke hadapan, ramai yang terjebak. Ramai yang sengsara tanpa pertolongan,” ujarnya.
Ads
Awas Jika Ada Petanda Kemurungan
Tahukah anda apa simptom-simptom kemurungan. Nasihat Dr. Asma, jika anda mengalami simptom-simptom berikut, sila ambil perhatian.
1. Perasaan sedih sentiasa.
2. Tiada lagi minat dengan sesuatu aktiviti yang pernah diminati.
3. Sukar untuk tidur ataupun tidur yang berlebihan.
4.Berasa letih, penat, lemah sentiasa.
5. Selera yang berubah secara tiba tiba, tiada selera untuk makan.
Ads
6. Berat badan yang turun atau naik tetapi tidak berkaitan dengan pemakanan.
7. Gerak badan yang tiada tujuan atau pergerakan yang perlahan. Dan pertuturan yang perlahan
8. Berasa tidak berguna, tidak berdaya.
9. Berasa sukar untuk berfikir, membuat keputusan.
10. Paling membahayakan adalah perasaan ingin membunuh diri, berasa ingin mati, ingin menamatkan hidup.
Nasihat Dr. Asma lagi, jika wanita merasakan diri mereka mengalami simptom-simptom yang disebutkan itu bercakaplah dengan orang yang mereka percayai.
Ads
“Simptom-simptom yang dialami mestilah mengambil masa lebih dari 2 minggu untuk didiagnosdan setelah penyakit lain sudah dikecualikan.
“Oleh sebab itu hendaklah membuat pemeriksaan klinikal sebelum seseorang itu boleh didiagnos sebagai mengalami kemurungan. Wanita sekalian fitrah sebagai manusia sentiasa ingin kelihatan menawan, cantik, jelita tetapi biarlah kita cantik luar dan dalam. Paling penting kita perlu sihat emosi, mental dan fizikal.
Kemurungan selalunya menyerang wanita remaja hingga ke lewat 20-an. Dan lebih mengejutkan setiap wanita 1/3 daripadanya boleh mengalami kemurungan di dalam hidup mereka,” tambahnya.
Siapa Lebih Cenderung Alami Kemurungan
1-Biokimia
Sesetengah bahan kimia di dalam otak individu memang lebih cenderung kepada simptom-simptom kemurungan.
2-Genetik
Jika individu itu mempunyai kembar dengan depresi, peratus kembar nya ialah 70 peratus menghidapinya.
3-Personaliti
Mereka yang mempunyai keyakinan yang rendah, dan sering berasa tidak yakin.
4-Persekitaran
Mereka yang cenderung didera emosi dan fizikal, diabaikan oleh ibu bapa, suami, keluarga, dan hidup dalam persekitaran yang tidak sihat.
Kemurungan Boleh Dirawat
Kemurungan boleh dirawat dengan mengambil pelbagai ubatan antikemurungan, rawatan psychotherapy yang disyorkan oleh doktor. ECT boleh mengubati kemurungan.
Silalah mendapatkan rawatan perubatan untuk keterangan lebih lanjut. Elakkan diri dari keseorangan dalam mengatasi masalah seharian atau perhubungan, pekerjaan. Kenali diri anda. Selamatkan diri anda dari kemurungan yang melampau.
Artikel sumbangan : Dr. Asma Razalli, SkinSpa by Professional.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Impian nak duduk rumah yang cantik ala-ala home sweet home memang jadi matlamat mana-mana pasangan pengantin baru. Nak mencapainya perlukan modal yang besar, kalau baru-baru berkahwin manalah nak ada semua modal besar itu. Paling tidak berjimat cermat, kumpul berdikit-dikit sampai mampu.
Lain halnya dengan pasangan pengantin baru ini. Cik Puan Iqin Razak memilih membeli kediaman kosong yang ditinggalkan tuan rumah. Ikuti perkongsiannya dan bagaimana mereka mengubah rumah tinggal ini menjadi ‘home sweet home’ yang diidam-idamkan.
Alhamdullillah, hari ni genap setahun 6 bulan duduk rumah yang asalnya home sour home. (Status ini dimuatnaik pada bulan Januari tahun ini). Husband beli rumah ni atas tangan ja, beli betul-betul masa lepas kitaorang tunang, nak beli rumah baru macam tak berapa nak mampu.
So cari punya cari, alhamdullillah jumpa. Maybe rezeki nak kahwin masa tu. Tapi dalam rumah dia masyaa Allah.. First time tengok dalam hati cakap,’ni rumah ke neraka’.
Kata jiran-jiran area sini yang pecah masuk rumah ni jiran sebelah rumah kitaorang. Dia boleh pula menukang buat perabot kat rumah ni tanpa pengetahuan tuan rumah. Rumah ni owner tak pernah duduk, so memang kosong gila.
Fikir punya fikir ‘amek jela’. Sebab kalau ikut market price masa kitaorang beli jimat 60-70k. Tapi memang azablah nak bersihkan rumah ni. Mujur mak ayah aku banyak tolong bersihkan. Kalau diaorang tak tolong memang aku rasa sampai sekarang tak siap lagi rumah nih..
Kitaorang nak kahwin memang struggle gile, dengan nak kahwinya, dengan nak beli rumahnya, nak bayar deposit rumah lagi, beli barang rumah pun masa tu yang wajib ja. Macam peti ais, mesin basuh, TV.
Mujurlah suami ni ade set bilik tidur masa bujang. Then mak aku bagi dapur gas dia yang tak pakai tu.. so kitaorang pakai apa yang ada jela. Kitaorang pindah pun masa tu lampu atas je ada, lain tak ada lagi. Senang cerita memang macam romantik je rumah masa tu..(padahal rasa macam berhantu pun ada juga)
Lepas pindah ja, aku memang berazam cuba nak ubah rumah yang asalnya home sour home ni jadi home sweet home (walaupun aku ni bukanlah ada bakat nak deko rumah). Aku tak nak barang mewah-mewah, tak nak penuh barang dalam rumah. Sekadar beli barang yang perlu sahaja.
Erti kata lain minimalis gittchhewwwww.. Tapi seriously bukan senang nak completekan barang dalam rumah. Sampai sekarang pun tak complete lagi (bahagian dapur) Nak rumah acah-acah sweet haruslah aku bekerja keras okessss.. Di situlah bermula aku pasang niat buat kerja online, buat makeup & buat jelah apa-apa yang boleh mendatangkan hasil.
Bertukar Jadi Acah-acah Sweet
Syukur Alhamdullillah, rumah yang sour ni dia beransur bertukar jadi acah-acah sweet. Ha.. nih nak habak, pernah gak kene kecam, pasal orang cakap “alah nih nak amek gamba je kemas, hakikatya bersepah” terus terang di sini ingin menyatakan, macam mana dalam gambar, macam tulah keadaan rumah yang sebenarya. Seriouslay aku memang tak suka rumah aku berkecah, korang tak caya korang tanya Firdaus Baseran macam mana aku bebel kalau rumah nampak bersepah.
Disini diriku lampirkan rumah kami sebelum & selepas. Semua ruang I share yuooolsss. Jangan kecam tau.. ??
Bila mak ayah uzur tinggal dengan salah seorang adik-beradik, semua orang mesti main peranan. Jangan ada yang sampai lepas tangan dan biarkan adik-beradik kita nan seorang itu uruskan ATOZ.
Kadang-kadang tidak dinafikan dalam ramai-ramai adik-beradik mak ayah selesa dengan anak yang seorang itu saja. Bukan pilih kasih, tetapi itulah kenyataan bila mak ayah semakin menua.
Bila Mak Ayah Uzur
Hanya yang laluinya saja yang faham. Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor ini dan hadam baik-baik mesej yang disampaikan:
Dua hari lepas saya inform Nyah nak beli barang sekolah si kembar. Si kembar memang jarang keluar. Kalau si kembar ikut pun sebab ada hal atau benda yang mereka hendak beli.
Kalau mereka keluar sekali Tok tinggal seorang, so memang kena ada yang temankan. Tok memang tak boleh tinggal seorang dah. Tok pula memang tak suka keluar mungkin sebab dia tak selesa atau tak larat.
Nak pulak kalau lama. Kasihan kalau menunggu. Dulu abam Megat ada bolehlah dia tolong tunggukan Tok sekejap di rumah. Ni abang Megat pun sudah jauh.
So petang semalam Nyah dan family datang. Usai solat Maghrib kami pun keluar 4 beranak beli barang keperluan sekolah si kembar dan barang dapur di Mydin.
Sebenarnya bila mak ayah kita tinggal dengan salah seorang adik beradik, semua orang mesti main peranan. Tak boleh lepas tangan. Sebabnya setiap orang ada komitmen pada kerja dan family masing- masing. Nak balik tadi saya ucap terima kasih sebab tunggu Abah semalam. Nyah bagitau,
“ Takde apa la Ya. Nyah nak juga ajak Abah tinggal seminggu ke dengan Nyah. Tapi ye la dia dah selesa rumah kamu. Kita bukan kira apa dah, nak bagi Abah selesa dengan seronok je.
Dia tak dapat pergi rumah Nyah, Nyah kena usaha datang sini bagi dia seronok. Kamu kalau nak pergi mana-mana bagi tahu je Nyah. Nyah datang tunggu Abah..”
Semua Orang Mesti Main Peranan
Ya. Itulah komitmen kita sebagai adik beradik. Dorang pun faham saya juga ada family, ada masa kami nak keluar 4 beranak, ada masa nak juga bawa si kembar bercuti. Biasanya dorang akan datang tunggu Abah.
Bila masing- masing main peranan inshaAllah semua dipermudahkan. Tanggungjawab menjaga orang tua akan lebih seronok kalau masing- masing faham dan main peranan.
Jangan letak sepenuh tanggungjawab pada orang yang menjaga saja sebab kalau kita tau betapa dahsyatnya ganjaran Allah bagi bila menjaga dan mengembirakan orang tua pasti kita berebut- rebut nak ambil peluang.
Tapi memang pun…
Nyah selalu cerita bila datang je sini ziarah Abah,
“ Tadi customer call dapat job buat bla.. bla.. bla..”
“ Customer call nak bayar payment..”
Nampakkan.. Bila ibu bapa kita happy rezeki pasti datang tepat pada waktunya
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat kita semua dalam berbakti kepada mak, ayah. Jika mak ayah tak selesa di rumah kita, luangkan masa dan ziarahlah mereka selalu.
Usia perkahwinan bertahun-tahun, belum tentu menjamin kebahagiaan dalam perhubungan. Apabila diri tak mampu lagi untuk bertahan, keputusan nekad harus diambil untuk memutuskan ikatan perkahwinan.
Tidak setuju dengan keputusan untuk bercerai, seorang lelaki menetak isterinya menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di bahagian leher dan tangan dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang St Helier, Bahau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7.40 pagi daripada seorang pembantu perubatan dari Klinik Ladang St Helier memberitahu bahawa seorang wanita yang berlumuran darah berada di dalam longkang di belakang rumahnya.
Tuduh Ada Hubungan Lelaki Lain
Beliau berkata, Selasa lepas, pasangan itu telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara Bahau untuk mendaftarkan perceraian mereka, dan apabila pulang ke rumah, mereka bertengkar, namun pertengkaran berakhir apabila wanita itu balik ke rumah ibunya di Taman Megah Mahsan, sebelum kembali semula ke rumah selepas anak-anak pulang dari sekolah.
Menurutnya semalam, semasa berada di belakang rumah, pasangan itu sekali lagi bertengkar dengan si suami yang berumur 39 tahun, yang menuduh isterinya berumur 36 tahun itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
“Lelaki itu kemudiannya mengambil sebilah parang pendek berhulu hitam yang ada di belakang rumah dan menetak isterinya di bahagian kiri leher,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
18 Tahun Berkahwin
Mohd Khairiel berkata, kejadian disaksikan oleh anak ketiga wanita itu yang berumur 11 tahun, yang kemudiannya meminta bantuan jiran di hadapan rumah dan menurutnya pasangan itu telah berkahwin selama 18 tahun dan mempunyai enam anak perempuan.
Beliau berkata, penoreh getah itu mengalami kecederaan luka akibat tetakan di bahagian leher, tangan kanan dan tangan kiri, di samping patah bahagian lengan kanan dan retak pada tangan kiri, kini sedang dirawat di zon merah wad kecemasan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, dan berada dalam keadaan stabil.
Menurutnya polis telah menahan suami wanita itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -Bernama
MW: Usia perkahwinan bertahun-tahun belum tentu menjamin kebahagiaan dalam perhubungan. Apabila tak mampu lagi bertahan, mungkin perceraian adalah keputusan yang terbaik.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...