Wanita lawat kubur suami ditemani kucing putih, “Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi.” Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di seluruh dunia. Dengan kecomelan rupa paras, perangai yang manja, dan personaliti yang unik, kucing telah mencuri hati ramai pencinta haiwan.
Wanita Lawat Kubur Suami Ditemani Kucing Putih
Bagi Norhamimah, wanita berusia 46 tahun ini, memiliki seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Uteh bukan hanya menceriakan hidup malah menjadi peneman setia setiap kali Norhamimah Khalid ke tanah perkuburan.
Menurut Norhamimah, Uteh mula manja dengannya sejak kerap menziarahi pusara Allahyarham suaminya, Azharuddin Said yang meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung.
IBU LIMA ANAK ITU BERKATA, UTEH ASALNYA KUCING BUANGAN YANG TIDAK TERURUS NAMUN MENJADI GEBU SELEPAS NORHAMIMAH MEMBERI MAKAN SERTA MENYEDIAKAN TEMPAT TIDUR BUAT HAIWAN ITU DEKAT PONDOK DI LUAR TANAH PERKUBURAN.
“Saya jumpa Uteh beberapa bulan selepas suami meninggal dunia dan ia nampak kurus, selain badan berkurap.
“Disebabkan kasihan dan sayangkan kucing, saya mandikan Uteh dan memberinya makan serta minum hingga jadi comel seperti sekarang.
“Waktu Saya Baca Doa, Uteh Pasti Duduk Di Tepi”
“Saya sediakan juga kotak dekat pondok untuk Uteh tidur dan setiap kali datang, Uteh akan sambut saya kemudian saya berinya makan.
“Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi saya sebagai peneman seolah-olah tak nak saya sedih,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak pemergian suaminya pada 15 November 2022, hampir setiap hari dia akan ke tanah perkuburan untuk menziarah pusara.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak membawa Uteh pulang ke rumah kerana haiwan itu dilihat lebih selesa tinggal di situ.
“Saya memang sayang Uteh namun biarkannya hidup bebas kerana nampak Uteh sihat di situ (sekitar tanah perkuburan).
Ads
“Ikutkan saya tak risau sangat dengannya cuma pernah tak keruan selepas ke tanah perkuburan baru-baru ini dan tak nampak kelibatnya.
“Lima hari juga Uteh hilang… cari pun tak jumpa sampai saya nekad cari dengan muat naik hantaran dalam kumpulan WhatsApp kawasan perumahan.
“Tapi saya lega kerana tak lama selepas itu, Uteh muncul semula,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak berkongsi kisah Uteh di TikTok, ada yang menghantar kiriman mesej kepadanya dan menyatakan hasrat memelihara kucing kesayangannya itu.
“Mulanya nak bagi kemudian tak jadi lepaskan kerana berat hati.
“Jika Uteh tiada nanti, sunyilah saya kerana tiada peneman bila menziarahi kubur suami.
“Lagipun, Uteh mengingatkan saya dengan suami yang sayangkan kucing dan gemar membawa balik haiwan itu ke rumah,” katanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
Ads
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Maaf saya mungkin tak sempurna di mata tapi saya pernah ada di saat awak memerlukan”-Shuhada. Pasti ramai yang tengah mengikuti kisah rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi.
Luahan hati isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai kecurangan suami yang bermesej sayang dengan wanita lain pasti mengingatkan kita kepada kisah beberapa selebriti yang turut melalui hal yang sama. Nama Shamsul Yusof, Shuk dan lain lagi antara yang saling disebut berikutam kecurangan mereka terbongkar di media sosial.
Selepas mendedahkan wanita yang mengganggu rumahtangga mereka dan mesej-mesej yang cukup jelas, terkini di akaun Tik Toknya, Nurul Shuhada memuat naik luahan hatinya serta gambar kenangan bersama suami dengan cukup menyentuh jiwa.
Tulisnya, “Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya. Menambah sebak, dirinya menggunakan lagu latar Cinta Terakhir.
Pasangan ini berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya perkahwinan pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahayamata.
Tapi Saya Pernah Ada Di Saat Awak Memerlukan- Nurul Shuhada
Tidak lama selepas memuat naik video kenangan itu, beberapa jam selepas itu, Shuhada sekali lagi memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.
“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.
Hari ini di instargamnya, Hafidz memuat naik satu gambar dengan keterangan
“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan ,
Tapi ingat Allah maha pengampun ,
Jahat macam mana pun kita , Jangan kita tinggal solat
Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.
Memang ada benarnya tanggungjawab anak-anak pada mak ayah, bukan sekadar perlu bagi duit belanja setiap bulan, namun sampai satu peringkat tanggungjawab emosi mereka pun kita ambil tahu.
Bukan apa kebanyakan mak ayah apabila semakin meningkat usia, jiwa mereka semakin sensitif. Masa dan perhatian daripada anak-anaklah yang lebih diperlukan berbanding duit belanja yang diberikan setiap bulan. Apabila berkesempatan, luangkanlah masa bersama-sama mereka.
Ini situasi dan pengalaman yang dialami oleh pelakon Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim, 46, berkesempatan balik kampung melakukan rutin menziarahi kedua orang tuanya di Kuantan.
Emosi Mak Ayah Semakin Sensitif
Menerusi perkongsian di Instagram,Pelakon Gerak Khas ini mengakui bahawa apabila usia mak ayah semakin meningkat, mereka semakin sensitif dan perlukan lebih perhatian.
Berikut perkongsian tersebut;
Lately saya noticed makin meningkat usia ayah mak kita, emosi diorang makin sensitive.Lepas spent masa dengan mak kat bawah,naik atas jumpa ayah pulak.Saya bertolak lepas Zuhur dari KL, sampai dalam pukul 3.30pm.Ayah tanya sampai bila stay dekat Kuantan ni? Saya cakap lepas jamak Maghrib, nak kena gerak balik.Terus dia hela nafas panjang pastu pandang tempat lain.
“Alamak aku ada buat salah ke?” cakap dalam hati.Pastu dia sambung “kenapa tak stay sampai esok?”.Saya susun ayat explain satu persatu jelaskan esok anak sekolah kena siap-siapkan pastu ada kerja kat ofis,pastu ada rehearsal & shooting & etc.Dia balas balik “Ni depan mata tanggungjawab jugak..bla..bla..bla..” Checkmate.
‘Wake Up Call’ Tanggungjawab Mak Ayah
Saya mintak izin keluar kejap.Terpana akal & hati.Tak tau nak cakap apa. Macam satu wake up call.Tanggungjawab pada ayah mak bukan sekadar hantar duit belanja tiap-tiap bulan.Macam-macam benda main dalam kepala.Rasa gagal pun ada.Menggigil dan sebak jap.Istigfar, terus cari wifey mintak peluk.Wifey faham dah benda-benda macam ni.
Bila dah reda sikit,saya naik atas semula.Tanya ada apa-apa lagi tak nak cakap?Dia terus tunjuk kuku dia dah panjang, mintak tolong potong.Sambil-sambil potong tu,saya cakap mintak ampun,redha & doa atas apa pekerjaan yang sebelum,sedang & yang akan datang.Dia senyap je.Bila bagi duit belanja,dia still senyap.Ending dia cakap “terima kasih”.Tu je.
Setiap orang dalam hidup ni ada macam-macam ujian,kan? Ujian saya,batas masa untuk lebih banyak masa dengan ayah & mak.Part ni saya takde doa yang spesifik,hanya mohon Allah permudahkan untuk saya balik selalu.Bersyukur sangat perjalanan darat hanya 2 jam KL-Kuantan tak perlu nak rentas laut.
Saya share sini untuk sama-sama kita doa & ambil iktibar.Ayah mak bukan setakat tanggungjawab kita bagi duit belanja.Sampai masa,tanggungjawab emosi pun kena ambil tahu sebab diorang jarang nak luah sbb tak nak kita risau.Selagi masih ada.Sampai masa kita akan rindu ini semua.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, mak ayah kita apabila semakin meningkat usia, jiwa mereka semakin sensitif. Sampai satu peringkat, dia tak harapkan lagi duit yang kita bagi, sebaliknya hanya mahupan perhatian dan masa bersama anak-anak yang lebih bermakna.
Ubat stemcell. Mungkin inilah salah satu cara untuk mengubati dan menguatkan tulang rapuh yang dihadapi oleh anak istimewa ini.
Berat mata memandng berat lagi bahu memikul. Dalam usia yang masih kecil, dia terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang tidak pernah terfikir olehnya. Tiada ubat dan penawar pada penyakit yang dihadapi dan hanya mengharapkan ubat stemcell untuk menguatkan tulang rapuh.
Sebelum ini, anak istimewa ini, adik Khayla Adha Mirza, 7 tahun, pernah viral kerana penyakit yang dihadapi sejak lahir.
Dia disahkan sakit sejak lahir dan nama penyakit dikenali sebagai Osteogenesis Imperfecta type 3 atau lebih dikenali tulang rapuh.
Dia dan ahli keluarganya menetap di Permatang Pauh Pulau Pinang dengan kedua orang tuanya meneruskan kelangsungan hidup dengan meniaga makanan secara kecil kecilan.
Ditakdirkan, adik Khayla ini menghidapi penyakit tulang rapuh sejak dilahirkan. Bayangkan sepanjang usianya, tulang dibadan anak istimewa ini sudah lebih dari 50 kali patah.
Malah, adik Khayla pernah membuat pembedahan 2 tahun yang lalu tetapi gagal. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan adik Khayla buat masa ini.
Walau bagaimanapun, salah satu cara yang boleh menguatkan tulangnya yang rapuh adalah dengan cara menyuntik sejenis ubat cecair yang diberi nama Stemcell.
Bayangkan untuk kos ubat Stemcell tersebut sangat mahal harganya. Sekurang-kurangnya, tubuh adik Khayla perlu disuntik dengan cecair stemcell 2 minggu sekali.
Manakala kos yang diperlukan untuk membayar kos ubat Stemcell tersebut berjumlah RM4800 dalam sebulan.
Dengan sumbangan, sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban keluarga adik Khayla dan merawat masalah tulang rapuh yang dialaminya.
Sumbangan boleh terus disalurkan ke nombor akaun seperti yang tertera dibawah :- 05351090018 – Khairol Niza Binti Zaffarullah Khan Hong Leong Bank
Semoga Allah merahmati mereka yang membantu adik Khayla.
Aamin!
Mingguan Wanita : Semoga adik Khayla dan keluarga terus kuat dan tabah hadapi dugaan ini.