Wanita lahirkan bayi paling besar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, “Anak saya lahir 4.8 kg.” Wan Nur Jahidah Wan Muim berkongsi berita gembira melahirkan bayi seberat 4.8 kilogram (kg) melalui kaedah caesarean (czer).

Wanita Lahirkan Bayi Paling Besar Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, “Anak Saya Lahir 4.8 Kg”

Perkongsian di laman sosial, TikTok @sueracun99 itu mengundang bualan ramai. Fizikal bayi berkenaan seolah-olah sudah menginjak usia berada di taman asuhan kanak-kanak (taska).

@sueracun99

Wanita Lahirkan Bayi Paling Besar Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, “Anak Saya Lahir 4.8 Kg” Wanita Lahirkan Bayi Paling Besar Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, “Anak Saya Lahir 4.8 Kg” Wanita Lahirkan Bayi Paling Besar Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, “Anak Saya Lahir 4.8 Kg” Wanita Lahirkan Bayi Paling Besar Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, “Anak Saya Lahir 4.8 Kg” Wanita Lahirkan Bayi Paling Besar Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, “Anak Saya Lahir 4.8 Kg”

Wan Nur Jahidah berkata, dia tidak menyangka perkongsian di media sosial itu mendapat perhatian daripada ramai pihak sehingga jumlah tonton melebih 2.5 juta dalam tempoh sehari.

“Sewaktu kelahiran bayi, ruangan bersalin dan wad menjadi kecoh kerana anak saya ini seberat 4.8kg dan doktor kata ini antara bayi paling besar yang dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun ini.

“Sebelum saya bersalin, pakar menasihati saya untuk melahirkan secara czer kerana ketika bersalin anak ketiga pernah ada sejarah bahu bayi tersangkut dan ketika itu anak saya seberat 3.8kg,” katanya yang berusia 26 tahun.

BERSALIN NORMAL AGAK BERISIKO

Tambah ibu kepada empat orang anak itu, doktor memaklumkan kepadanya bahawa bersalin secara normal agak berisiko dan boleh menyebabkan komplikasi sehingga kematian.

Ads

Jelas anak kelahiran Kelantan itu, dia pada mulanya mahu bersalin secara normal, namun akur untuk bersalin secara kaedah czer demi keselamatan bayi dan ibu.

Ketika ditanya mengenai ‘rahsia’ bayi seberat 4.8kg, Wan Nur Jahidah berkata, dia tidak mengamalkan sebarang pemakanan seperti bernutrisi tinggi melainkan keinginan minum minuman koko setiap malam.

Anak keempat ini merupakan kandungan paling mencabar kerana berdepan dengan alahan teruk dan keinginan minum Milo ais setiap malam tanpa gagal sehingga bersalin.

“Saya tidak pasti sama ada minum minuman itu yang menyebabkan anak menjadi sihat sehingga berat hampir mencecah 5kg,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Wanita Pakistan Bersalin Bayi Lelaki Waktu Wukuf Di Padang Arafah

Ads

Bayi Hidap Penyakit Paru-Paru Kronik Dihadiahkan Sebuah Kereta, Mudahkan Ulang Alik Ke Hospital

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

Ads

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI