Wanita kongsi pengalaman di scam beli ikan semasa live, scammer sailing akaun bank penjual sekelip mata. Ramai di antara kita pasti pernah membeli pelbagai produk semasa jualan secara langsung sedang berlaku.

Biasa harga dijual agak murah kerana seller mahu melariskan jualan. Minat tinggi bagi pembelian online kerana dianggap mudah oleh ramai orang  sebenarnya meletakkan diri dalam jerat kerana scammer licik memerhati untuk memerangkap pengguna.

Wanita Kongsi Pengalaman Di SCAM Beli Ikan Semasa Live

Perkongsian seorang pengguna fb, Aisyah Ali Redza yang mengakui discam ketika membeli ikan ketika jualan secara langsung dilakukan. Ini kerana  scammer telah mensailang akaun penjual hingga pembeli kerugian begitu sahaja. Walau total hanya RM160 sahaja tetapi itu baru seorang pelanggan, ianya akan terus berlaku seolah-olah makan duit haram adalah biasa di akhir zaman ini.

Baca perkongsian Aisyah di mana pengguna perlu berhati-hati ketika membuat pembelian ketika siaran langsung.

Bulan puasa ni scammer lagi cerdik ya. Laju buat kerja. Hari ini saya buat posting ini supaya orang lain tak terkena seperti saya.

Kebelakangan ini, saya sangat sibuk. Belum sempat lagi ke pasar untuk beli lauk pauk bulan puasa. Harini saya tertengok live orang jual ikan. Bagi saya wah ini sangat mudah dan jimatkan masa dan kerja saya.

Scammer Sailing Akaun Bank Penjual Sekelip Mata

Jadi, sewaktu live itu saya inform saya nak beli set ikan seperti yang tertera. Saya lock. Selepas itu seller inform terus whatsApp ke dia.

Ads

Belum sempat saya whatsapp, terus ada whatsaapp masuk. Inform boleh buat bayaran ke no sini (rujuk di bawah).

Wanita Kongsi Pengalaman Di SCAM Beli Ikan Semasa Live, Scammer Sailing Akaun Bank Penjual Sekelip Mata Wanita Kongsi Pengalaman Di SCAM Beli Ikan Semasa Live, Scammer Sailing Akaun Bank Penjual Sekelip Mata Wanita Kongsi Pengalaman Di SCAM Beli Ikan Semasa Live, Scammer Sailing Akaun Bank Penjual Sekelip Mata Wanita Kongsi Pengalaman Di SCAM Beli Ikan Semasa Live, Scammer Sailing Akaun Bank Penjual Sekelip Mata

Saya terus buat bayaran tanpa selidik lagi. Selepas saya share bukti bayaran, scammer reply seperti tidak puas hati! Dia kata jangan tulis reference ikan. Selepas itu dia suruh saya buat transfer semula.

Saya trigger dah di situ. Kenapa perlu buat bayaran semula. Saya minta refund dulu tapi dia bertegas untuk saya buat transfer semula. Jadi saya kata saya takkan buat transfer selagi dia tak refund.

Ads

Tidak lama selepas itu seller yang betul whatsaapp saya. Saya inform kepada seller bahawa saya dah kena scam. Dipendekkan cerita, saya tak dapat meneruskan belian dengan beliau. Sedihnya.

Pengajaran di sini :-

  1. Semasa live, kita perlu hati-hati kerana kita tak tahu viewer kita kemungkinan ada scammer sedang memerhati.
  2. Tunggu seller whatsaapp kita. Jangan buat apa-apa transaksi sehingga seller whatsaap kita untuk elak penyamaran.
  3. Jangan share any data sewaktu live. Saya tiada kongsi data tetapi sebab kita communicate dalam live tu. Dia tekan link di fb saya.
  4. Buat laporan polis baik di pihak mangsa atau seller supaya kita dapat bantu orang lain daripada terjebak.
  5. Mungkin ini bukan rezeki saya. Dugaan nak berpuasa. Moga posting ini bermanfaat buat semua.

Silakan share supaya lebih ramai tahu modus operandi SCAMMER.

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kenyang Scammer Menipu, Review Rumah Di Sg Besar Tapi Bila Pelanggan Tiba Rumah Tak Wujud

‘Orang Bodoh Saja Percaya Scammer.’ Tapi Kenapa Pegawai  Bank, Cikgu Pun Boleh Kena Tipu

Hati-Hati Iklan Perkhidmatan Di FB, Scammer Bagi Link Website Sebijik Macam BANK!

Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI