Wanita koma dibelasah suami selamat lahirkan anak, keluarga namakan bayi sempena “perjuangan” Jahidah yang koma selepas dipukul suami Mei lalu.
Jahidah yang masih koma selamat melahirkan bayinya secara pembedahan dan anaknya diletakkan dalam incubator kerana dilahirkan tidak cukup bulan.
Keluarga wanita hamil yang parah dipukul suaminya sehingga koma, Jahidah Nordin, 43, memilih nama yang membawa maksud perjuangan, kegembiraan dan kejayaan untuk diberikan kepada bayi yang selamat dilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada malam Selasa yang lalu.
Adiknya, Fazariah Nordin, 38, berkata, keluarganya memilih nama yang membawa maksud itu kerana mempunyai perkaitan dengan tragedi hitam yang menimpa kakaknya.
“Nama yang dicadangkan ialah Jihady Nasywan yang membawa maksud perjuanganku kegembiraan memperoleh kejayaan.
“Tapi kami masih belum diberitahu berkenaan jantina bayi kerana doktor mahu waris yang datang membuat pengesahan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, imbasan bayi yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini mendapati bayi dikandung kakaknya itu adalah lelaki.
Baca Artikel Berkaitan :
Wanita Koma Komplikasi Bersalin, Dapat Jumpa & Cium Anak Buat Kali Pertama Selepas 138 Hari!
Ibu Hamil Positif Covid-19 Ditidurkan & Koma, Selamat Lahirkan Bayi Secara Pembedahan
Bercerita lanjut Fazariah berkata, hanya kakaknya, Fauziah yang berkesempatan melihat bayi itu ketika datang ke hospital jam 9.30 pagi Rabu, namun tidak dibenarkan memegangnya.
“Kak Fauziah pun tidak dapat tengok lagi keadaan kak Jahidah. Tapi kami lega bila diberitahu yang dia dan bayi seberat dua kilogram itu selamat.
“Sebelum ini, pihak hospital maklumkan kak Jahidah akan bersalin secara pembedahan pagi ini (Rabu) antara jam 8 pagi ke 9 pagi.
“Tapi malam tadi (Selasa) ketika kami mahu memulakan majlis bacaan Yasin doa selamat untuk kakak, pihak hospital telefon beritahu air ketuban sudah pecah dan pada jam 11.20 malam semuanya telah selamat,” katanya.
Kongsi Fazariah, sebaik mendapat perkhabaran itu, perasaannya bercampur bau, namun lega kerana penantian keluarga selama ini telah berakhir.
Katanya, difahamkan bayi kakaknya itu terpaksa diletakkan dalam inkubator kerana dilahirkan pramatang iaitu 37 minggu.
Jahidah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.
Doktor memaklumkan bahawa wanita itu bakal berhadapan pelbagai komplikasi respiratory distress (kesukaran pernafasan), pendarahan, jangkitan kuman, cardiact arrest (jantung terhenti) dan kematian.
Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Mingguan Wanita : Alhamdullilah anak yang dikandung Jahidah sudah selamat dilahirkan. Semoga anak ini terus sihat dan ada keajaiban buat Jahidah.
Sumber : Sinar Harian
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita