Wanita kesayangan rakyat Malaysia, 32 calon wanita daripada 127 bertanding kerusi parlimen dapat mandat PRU-15. Seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.
Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia
Seperti mana yang dilaporkan BERNAMA, bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.
Daripada keseluruhan 127 calon Parlimen, 16 adalah calon Pakatan Harapan (PH), lima daripada Gerakan Parti Sarawak (GPS), tujuh daripadanya Perikatan Nasional (PN), tiga Barisan Nasional (BN) dan satu daripada Warisan, manakala bagi DUN, tujuh (PH),lima (PN) dan tiga (BN).
Kekal Menang Datuk Seri Dr Wan Azizah, Hannah Yeoh, Datuk Nancy Shukri, Datuk Seri Dr Noraini, Datuk Seri Azalina
Antara calon PH yang memenangi kerusi yang ditandingi ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 9,817 selain Teo Nie Ching, Teresa Kok Sim dan Hannah Yeoh masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kulai, Seputeh dan Segambut.
Sementara itu, bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri yang bertanding di kerusi Parlimen di Santubong memperoleh undi majoriti sebanyak 19,485 selain Datuk Rubiah Wang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Samarahan dan kedua-dua mereka antara calon wanita bagi GPS.
Calon muka baharu, Rodiyah Sapiee turut memberi kemenangan buat GPS di Parlimen Batang Sadong selepas menewaskan wakil PH, Cikgu Lahaji dengan majoriti 14,893 undi.
Dalam pada itu, antara calon wanita BN yang memenangi kerusi adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Parlimen Parit Sulong, dengan majoriti 11,474 undi, selepas memperoleh 25,740 undi.
Ads
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said juga terus mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang apabila berjaya meraih sebanyak 21,738 undi selain Datuk Siti Aminah Aching memenangi kerusi di Parlimen Beaufort.
Bagi calon wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah yang dimenangi dalam PRU-14 atas tiket BN selepas memperoleh 25,604 undi dengan majoriti 4,411 menewaskan calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid.
Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.
Selain itu, kubu kuat PH, Parlimen Permatang Pauh yang sinonim dengan legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbang di tangan parti lawan apabila Nurul Izzah tewas kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272.
Penyandang Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin juga gagal mempertahankan kerusinya selepas tewas dalam pertembungan sembilan penjuru di kawasan itu apabila hanya meraih 4,589 undi.
PRU-15 menyaksikan penurunan jumlah calon wanita iaitu 187 orang bertanding 251 orang sewaktu PRU-14 pada 2018.
Pilihan raya kali ini turut menyaksikan PH memenangi 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam),Warisan (tiga), PBM satu kerusi dan dua calon bebas.
Harga tiket RM113,801, lelaki kongsi rasa teruja bakal saksi final Piala Dunia 2022 Qatar. Sesekali bila lelaki berbelanja memang luar biasa. Malam esok akan berlangsung pertarungan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. Dua pasukan bekas juara Piala Dunia iaitu Perancis dan Argentina akan berentap menentukan juara pada jam 11 malam waktu Malaysia.
Puluhan ribu penyokong kedua pasukan sudah berada di Qatar, negara Islam pertama yang diberi peluang dan ternyata Qatar dilihat begitu cemerlang menganjurkan sukan bertaraf dunia yang diadakan empat tahun sekali ini.
Dikatakan Qatar menerima 2.45 juta pengunjung di peringat awal perlawanan yang mana ia satu angka sangat luar biasa kerana Qatar hanya menyasarkan sekitar sejuta pengunjung sahaja. Pastinya masing-masing teruja dalam debar menanti siapakah yang bakal menjulang trofi berprestij ini.
Dalam pada itu, pasti ramai yang ingin tahu berapakah nilai harga tiket Piala Dunia 2022 yang bakal berlansung di Stadium Lusail, Qatar yang bermula jam 6 petang waktu Qatar . Bukan kaleng-kaleng harga ya kerana harga tiket pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dijual pada harga yang berbeza.
Untuk makluman para isteri, minat luar biasa orang lelaki bukan murah sebaliknya mencecah RM113,801 untuk tempat duduk biasa. Dan tiket hanya dijual sebanyak 80,000 ribu tempat duduk sahaja. Dan demandnya sangat tinggi. Siapa cepat dia dapat.
Tiket ini dibeli oleh seorang individu yang sudah pun terbang ke Qatar untuk saksikan akhir Piala Dunia 2022
Harga tiket akhir ini berharga RM86,963 dan selepas dicampur cukai sebanyak RM26,811, kos keseluruhan perlu dibayar ialah RM113,801. Jika dibayar dalam euro 24,156. Namun harga tiket ini mengikut kedudukan tempat duduk dan ada mencecah sehingga RM309,304,51 untuk pearl lounge seat atau 57,000 pound sterling. Dan tiket di atas dibeli oleh seorang individu bertuah yang bakal menyaksikan akhir Piala Dunia 2022 dan beli melalui sistem online.
Rezeki bagi yang minat dan punya banyak duit untuk terbang ke Qatar menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2022 malam esok.
Jika orang perempuan membelanjakan puluhan atau ratusan ribu membeli beg tangan berjenama dan sesekali bila suami berbelanja mahal sebegini untuk tempoh empat tahun sekali, jangan marah-marah ya. Sebaliknya sokonglah. Baru dikatakan saling hormat menghormati.
Polis Langgar Pelajar SPM Gara-Gara Bunyi Ekzos. Perkongsian dari kakaknya, Nur Zawani yang ditakdirkan Allah berada berdekatan lokasi kejadian memaklumkan, selepas diberitahu tentang hal ini, dirinya bergegas ke lokasi adiknya dilanggar.
“Saya pangku kepala adik, ayah cuba ajar mengucap tapi adik pergi jua. Insiden menimpa seorang pelajar SPM, Muhammad Zaharif Affendi yang meninggal dunia akibat dilanggar seorang anggota polis gara-gara bunyi ekzos motor mendapat respon hangat dari masyarakat yang mahu keadilan buat remaja ini.
Di media sosial, rata-rata netizen menyuarakan hal ini dan meluahkan perasaan marah atas kejadian yang terjadi.
“Saya pangku kepala adik dan cuba selamatkannya. Saya beri bantuan CPR berkali-kali tapi tiada tindak balas. Ayah yang juga ada di situ bersama seorang ustaz cuba bantu adik untuk mengucap tapi akhirnya adik pergi jua.
“Berkali-kali ayah seru adik untuk bangun tapi adik sudah meninggal sebelum ayah pengsan pengsan kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa adik,” katanya yang ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tanpa ditemani kedua ibu bapanya yang tidak kuat untuk menerima berita kematian adiknya.
“ibu dan bapa saya amat bersedih dengan kejadian tersebut tambahan lagi arwah merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan merupakan kesayangan mereka.
“Mak dan ayah saya tak kuat sebab itu mereka tidak datang ke sini (hospital). Adik anak bongsu, dia seorang sahaja yang bersekolah dan anak kesayangan,” katanya.
Kalau adik salah jumpa mak ayah bukan langgar…
Memetik laporan Kosmo Online, Nur Zawani mahukan keadilan atas kematian adiknya.
“Siapa pun pelakunya, individu itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
“Kalau dia buat salah sekali pun, jumpa mak ayah saya, mahu letak dia di lokap sekali pun tak apa, tapi bukan hak dia buat macam itu (langgar). Saya harap ada keadilan terhadap adik walaupun yang buat itu (pelaku) seperti yang ditularkan (pegawai polis),” katanya ketika di sini.
Dalam kejadian semalam, pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, maut dilanggar dan diseret sejauh lebih 5 meter oleh sebuah kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Kedah.
Dalam insiden kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, insiden dikatakan berpunca dari perahan bunyi bising ekzos motorsikal sebelum arwah dikejar oleh pemandu Ativa berusia 44 tahun.
Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu Perodua Ativa terbabit dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal sebelum pemandu kenderaan itu yang dipercayai seorang pegawai kanan polis mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.
Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas selesai proses bedah siasat sekitar pukul 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar di sini.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang” Anita Baharom yang juga ibu tunggal tiga anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15; Mohamad Dhia Iskandar, 11; dan Mohamad Dhia Mikail, 8 bakal bernikah tidak lama lagi.
Selepas kematian suami, Allahyarham Mohd Ismadi setahun lalu, menyifatkan jodohnya dengan bakal suami iaitu Engku Isyamuddin Tuan Losin sudah ditetapkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, Saya Tak Berkahwin Dengan Suami Orang”
Jujur dan ikhlas begitulah perasaan Anita menerima bakal suami. Malah Anita dan pasangannya juga dijadualkan melangsungkan pernikahan pada 22 Disember ini di Subang Jaya, Selangor.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Anita menerima dengan reda jodoh ketentuan Allah ini.
“Saya pun sebelum membuat keputusan nak berumah tangga semula, ada buat solat istikarah juga dan minta pandangan kenalan yang arif dalam agama.
“Kata mereka, jodoh dah sampai itu perkara yang baik dan calon suami pun berstatus duda.
“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang.
“Malah, anak-anak saya juga menerima baik dan sayang dengan Engku Isyamuddin yang saya lihat amat penyayang.
“Apabila anak-anak selesa dengan bakal suami, saya jadi tambah yakin,” kongsi Anita.
Calon Suami Sangat Baik & Positif
Bercerita lanjut tentang lelaki yang bakal menjadi suaminya, Anita akui berbincang dengan anak-anaknya terlebih dahulu.
“Kalau ‘mommy’ dah okay, mereka pun okay terutama anak kedua, Iskandar sayang sangat dengan Engku Isyamuddin kerana minat mereka sama terhadap bola sepak. Anak sulung, Syifa dan bongsu, Mikail juga menyayangi bakal suami.
“Apa yang saya harapkan agar jodoh kami kekal hingga akhir hayat dan sampai syurga. Saya juga bersyukur hingga kini segala persiapan dan urusan perkahwinan berjalan lancar serta dipermudahkan Allah,” sambungnya.
Untuk rekod suami Anita iaitu Allahyarham Mohd Ismadi Ismail meninggal dunia pada 1 Januari lalu.