Sebelum ini tular video seorang wanita berbaju kurung, bertudung merah jambu yang bertindak di luar kawalan selepas kenderaan miliknya yang diparkir di tepi jalan mahu ditunda oleh petugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ketika petugas mahu meneruskan kerja-kerja menunda, wanita terbabit mula bertindak agresif, melompat-lompat tidak berpuas hati. Apabila cuba ditenangkan petugas dan orang awam, tindakannya lebih berani dengan meludah ke arah mereka. Malah membaling kon ke arah petugas.
Video yang dimuat naik di Twitter milik Duurianne itu menjadi tular, sehingga mencecah 7,000 retweet dan 4,300 like.
Tentunya ramai netizen memberikan reaksi balas, segelintirnya mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan cuba menghalang petugas dari melaksanakan kerja mereka.
Apa pun, petugas tetap tenang berhadapan dengan situasi panik sebegitu.
Kredit foto : Francis Ngu Hown Hua.
Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain
Daripada komen yang dikongsikan, menerusi pengguna facebook, Francis Ngu Hown Hua mendakwa punca yang menyebabkan wanita berkenaan mengamuk adalah disebabkan masalah depresi yang dihadapinya.
Ads
Dia dikatakan pernah menjadi pensyarah di kolej matrikulasi. Bagaimana pun, anak keduanya meninggal selepas dilahirkan. Manakala suaminya berkahwin lain dan menceraikannya.
Suami kemudiannya mengambil anak sulung daripada wanita berkenaan dan tinggallah ibu itu dalam sakit depresi.
Dakwanya lagi, “wanita ini menanggung kesakitan dalaman yang keterlaluan. Bagi mereka yang menganggap tindakannya lucu, saya berharap anda tidak akan melalui apa yang wanita ini alami.”
Ads
Francis juga menegaskan yang dia tidak menyokong tindakan wanita berkenaan yang melanggar undang-undang. Namun, sekadar menjelaskan kemurungan yang dialami wanita itulah penyebab dia bertindak di luar kawalan sedemikian rupa.
Keluarga Bawa Wanita Itu Ke Hospital
Bagaimana pun, tindakan menghalang petugas PBT daripada melaksanakan tugas mereka tetap menjadi satu kesalahan untuk mana-mana individu sekali pun.
Ada juga netizen yang memberikan maklumbalas, ketika ini keluarga wanita berkenaan telah membawanya ke hospital. Memandangkan, wanita ini tidak konsisten mengambil ubat untuk mengawal sakitnya.
Ads
MW : Logiknya siapa pun yang normal, tidak mungkin akan bertindak di luar kawalan sebegitu. Dan sebagai seorang netizen yang bertanggungjawab, seharusnya fikir dalam-dalam sebelum mendedahkan aib seseorang.
Jika petugas PBT boleh bersabar melayan kerenah seorang wanita yang sedang mengamuk seperti itu. Tentunya anda juga perlu lebih bertenang dan bermuhasabah diri. Fikir dulu sebelum menulis komen.
Fazura berhabis puluhan ribu, belanja beg tangan mewah. Pelakon jelita, Fazura mencuri perhatian warganet apabila menghadiahkan beg tangan dari jenama mewah Coach untuk semua pekerjanya
Menerusi sebuah video daripada perkongsian di akaun Tik Tok Sonic Hussein kelihatan para pekerja Fazura sedang memilih beg tangan jenama mewah Coach.
“Macam mana nak minta kerja dengan Fazura. Best dapat majikan macam ni, hargai staff, terasa dihargai betul dapat macam ni,” komen salah seorang wargnet yang bernama Raff🇲🇾.
Fazura Berhabis Puluhan Ribu
Sempena Ramadan seeloknya kita beramal dan perbanyakkan bersedekah.
Paling membahagiakan buat semua pekerja Fazura apabila dapat memilih beg tangan idaman mereka di butik Coach.
Malah penyampai radio DJ Sonic juga berkongsi momen sewaktu berada di dalam butik jenama tersebut untuk tatapan umum.
“Fazura berhabis puluhan ribu untuk hargai staff. Dia juga belanja saya satu beg,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan para pekerja Fazura juga boleh mengambil apa sahaja barangan tanpa mengira tanda harga yang tertera di butik Coach berkenaan.
Mulianya Hati Fazura
Wanita hebat yang kini bergelar usahawan berjaya mencuri perhatian warganet dengan kemuliaannya hatinya.
Hadiah beg tangan jenama mewah Coach dari Fazura itu juga ternyata dilihat sebagai salah satu penghargaan buat pekerja-pekerjanya.
“Terharu Nangis Rasanya, Bila Belanja Staff” Warganet
Menerusi komen di Tik Tok video Tik Tok Sonic Hussein warganet begitu terharu dengan sifat pemurah Fazura sebagai majikan. Malah ramai yang mendoakan Fazura dimurahkan rezeki.
Mingguan Wanita : Baiknya lahai hati Fazura. Seronok pekerja dapat beg tangan mewah.
Sungguh tak tergambar dek akal fikiran, bilamana seorang mak yang lumrah sifatnya sepatutnya menyayangi dan melindungi anak sendiri sanggup melakukan perbuatan durjana ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Auckland ini, seorang ibu dipenjara enam tahun 11 bulan kerana menjual anak perempuannya sebagai hamba seks lebih 1,000 kali dalam tempoh 18 bulan sejak hari jadi ke-15 remaja itu pada 2014.
5 Kali Sehari
Kasmeer Lata, 36, didapati bersalah berurusan dengan hamba dan meraih untung daripada perkhidmatan seks komersial daripada orang bawah umur kerana memaksa anaknya itu menjual badan sekerap 5 kali sehari kepada beberapa lelaki.
Dia datang ke New Zealand dari Fiji bersama anak-anaknya pada 2014 dan terus tinggal di negara itu selepas visa mereka tamat tempoh menyebabkan remaja terbabit tidak dapat bersekolah selain keluarga tiada pendapatan kerana Kasmeer tidak dapat bekerja.
Jual Anak Pada Hari Jadi ke 15
Kasmeer pernah menjadi pelacur mula mencari duit dengan cara itu sebelum memaksa anaknya turut berbuat demikian apabila menjual remaja berkenaan kepada lelaki berusia 50-an pada hari jadinya ke-15.
Mangsa dikurung di dalam rumah selama setahun setengah malah pernah terpaksa menggugurkan kandungan sebelum diarahkan terus bekerja.
Pelanggan dikenakan bayaran kira-kira NZ$200 (RM570) dengan mencari pelanggan melalui iklan di Craigslist serta akhbar The NZ Herald.
Dia dianggar meraih untung kira-kira NZ$100,000 (RM285,000) hasil menjual anaknya dengan wang berkenaan digunakan untuk membayar sewa serta bil. Remaja itu akhirnya berjaya melarikan diri pada November 2016.
Emma & suami impikan anak ramai. Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya memiliki zuriat merupakan perkara paling utama.
Jumlah anak kadangkala memainkan faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah mahligai. Anak juga merupakan pengukuh ikatan kasih sayang suami isteri.
Seperti mana pasangan berkahwin lain, pelakon popular Emma Maembong dan suami juga mengimpikan zuriat yang ramai. Sewaktu bertemu dengan Emma di Majlis Pelancaran Koleksi Percutian Stylish dan Versatil RR Cruise, Emma akui dia dan suami mengimpikan memiliki anak yang ramai.
Emma & Suami Impikan Anak Ramai
Emma dan suaminya Muhammad Shazli Azhar kini menjalani kehidupan yang indah bersama cahaya mata kesayangan Shariq Gabriel, 2 tahun.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, bagi menambah cahaya mata dia dan suami sememangnya berusaha untuk dapatkan anak kedua.
“Bukan saja saya, tapi suami pun nak anak ramai. Selepas berpantang ketika bersalin anak pertama, saya dan suami berusaha untuk dapatkan anak kedua. Tapi soal rezeki hanya Allah yang tahu
“Anak sulung pun dah berusia dua tahun sekarang. Selagi belum ada (hamil lagi), saya tak nak cakap apa-apa,” luahnya.
Bakal Kongsi Khabar Gembira Jika Ada
Emma juga menjawab khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua. Dia turut menyatakan akan berkongsi khabar gembira sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.
“Saya tak nak cakap apa-apa sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit.
“Soal zuriat ni adalah perkara yang sensitif. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ceritanya.
Terlalu Pantas Masa Berlalu
Menyentuh tentang anaknya, Emma juga ingin memberi tumpuan kepada pembesaran anaknya. Malah dia juga tidak mahu terburu-buru kembali bekerja sehingga terlepas momen indah bersama anaknya.
“Tak semua tawaran saya terima. Pada fasa sekarang saya memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya tidak mahu kehilangan momen indah bersama anak.
“Sebelum ini habis berpantang saya terus bekerja. Sedar-sedar anak dah panggil saya mama. Begitu cepat masa berlalu dan saya terlepas kenangan bersama anak,” sambungnya ceria.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...