Wanita Kena Bijak Menabung, Ayda Jebat Nasihat Jangan terlalu Boros Ketika Berbelanja

Share

Wanita kena bijak menabung, Ayda Jebat nasihat jangan terlalu boros ketika berbelanja. Benarlah apa yang dipesan oleh selebriti popular berbadan genit Ayda Jebat.

Ungkapnya sejak dari awal terlibat dalam bidang seni dirinya sentiasa beringat untuk menyimpan wang atau menabung untuk masa depan.

Wanita Kena Bijak Menabung, Ayda Jebat Nasihat Jangan terlalu Boros

Pelakon dan penyanyi yang kini sudah bergelar ibu kepada  cahaya mata sulungnya, Ana Nayla juga turut akui kini dia boleh membeli apa yang diinginkan hasil dari duit simpan ketika aktif berlakon.

Dek kerana itu juga dia juga menyeru golongan selebriti agar tidak terlalu boros ketika berbelanja. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Ayda menerapkan dalam diri untuk menabung demi masa depan.

“Wang simpanan saya tidaklah terlalu banyak, tapi saya memang menyimpan sejak terbabit dalam dunia seni.

“Saya selalu terapkan dalam diri untuk membuat simpanan pada masa mendatang.

“Jadi setiap bayaran projek yang diterima saya akan menyimpan dan selalu beringat untuk tidak terlalu boros,” ungkap Ayda yang sebelum ini pernah menghadiahkan sebuah rumah untuk ibunya.

Bayaran Hasil Lakonan Tidaklah Terlalu Tinggi

Akuinya lagi bayaran yang diterim sebagai seorang pelakon tidaklah banyak berbanding menjayakan penggambaran produk aatu kempen di media sosial namun dirinya sentiasa beringat.

“Sebenarnya bayaran yang diterima daripada hasil lakonan tidaklah terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan projek penggambaran untuk produk atau kampen media sosial yang saya buat sekarang.

“Dulu masa berlakon saya perlu keluar duit banyak sebab hampir setiap hari keluar bekerja.

“Sekarang ni saya boleh melakukan kerja di rumah atau mengikut kesesuaian saya dan pelanggan,” akhirinya.

Baca Disini : Rumah Banglo Hadiah ‘Anniversary’ Ayda Jebat & Nabil “Kerja Siang Malam Sampai Tak Mampu Bukak Mata”

Ana Nayla Ramai Puji Miliki Sepasang Mata Yang Sangat Cantik, “Semoga Disayangi & Menjadi Anak Yang Baik” Ayda Jebat

Mingguan Wanita :  Suka tengok gelagat Ayda Jebat dan suaminya yang ‘loving couple’. 

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto :  Instagram Ayda Jebat

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Published by
Norhayati Suboh