Wanita zaman sekarang kalau mahu hidup terjamin, berusahalah untuk ‘mengumpul’ harta sebelum berkahwin. Jangan terlalu bergantung pada orang lain. Hentikan pemikiran tidak perlu kumpul harta sebab nanti apabila berkahwin, semuanya suami yang akan tanggung.
Kita wanita perlu hidup lebih berdikari. Sebagai wanita yang mesti bertanggungjawab pada diri sendiri, harus memiliki plan persediaan untuk masa depan. Langit tidak selalu cerah. Lebih baik buat persediaan untuk sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.
WANITA PERLU BERHARTA
Sangat digalakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
1. Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
2. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, ushakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.
5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
7. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita kemana.
8. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.”Alahhh lelakikan ada?” Bersedialah hadapi bencana. Semoga berjaya.
Para wanita, hari ini, mendapatkan pendidikan setinggi yang boleh bukan lagi satu pilihan tetapi kewajipan. Mengharap suami membimbing, tidak ramai yang menghayati Al-Quran.
Bekerja juga bukan lagi kerana kepakaran diperlukan, tetapi untuk jaminan masa hadapan. Mengharap suami menafkahi, tidak ramai yang bertanggungjawab pada amanah Tuhan.
Berdikarilah, bukan kerana sudah dewasa. Tetapi kerana tidak boleh selamanya meminta.
Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Baca artikel lain yang berkaitan di sini: Hidup Wanita Lepas Berkahwin Lebih Sukar, Banyak Tekanan, Ini Faktanya
Wanita Nekad Terjun Dari Kereta Pemandu Grab Psiko
Wanita Bijaksana Uruskan Kewangan, Sentiasa Beringat Simpan Wang Untuk Masa Depan