Berita

Wanita Jual Rantai Emas Untung RM16,404, Mula-mula Beli Dulu Baru RM2,300

Share

Wanita jual rantai emas untung RM16,404, mula-mula beli dulu baru RM2,300. Ramai masih menganggap emas hanyalah untuk bergaya dan menambah seri penampilan, tetapi hakikatnya, emas merupakan aset bernilai yang mampu memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.

Wanita Jual Rantai Emas Untung RM16,404, Mula-mula Beli Dulu Baru RM2,300

Emas bukan sekadar cantik dipakai, malah boleh menjadi ‘simpanan diam-diam’ yang menguntungkan apabila tiba masanya untuk dijual semula.

Buktinya, seorang wanita telah meraih keuntungan bersih sebanyak RM16,404 hasil daripada seutas rantai tangan emas yang dibelinya lebih dua dekad lalu tanpa perlu melakukan sebarang kerja tambahan.

Untung Lumayan Hanya Dengan Simpanan Emas

Kisah ini dikongsikan melalui satu hantaran di laman sosial TikTok oleh akaun fieshagold Menurut pemilik akaun tersebut, pelanggan wanita berkenaan telah membeli rantai emas tersebut pada tahun 2002 dengan harga RM2,314. Setelah 23 tahun, iaitu pada tahun 2025, emas itu dijual semula dan berjaya mendapat pulangan sebanyak RM18,718.

Tanpa perlu melabur semula atau mengusahakan apa-apa, wanita itu memperoleh pulangan bersih sebanyak RM16,404 — hasil kenaikan harga emas secara konsisten sepanjang tempoh itu.

@fieshagold “Jual balik emas ni memang makcik kayooo! 😍✨ Beli emas tahun 2002 dengan harga RM2,314 🔥 Hari ni, tahun 2025, jual balik dapat RM18,718! 😱📈 Untung bersih RM16,404 tanpa buat apa-apa—hanya peram emas je! Dalam 23 tahun, harga emas naik kaw-kaw! Beli emas tak pernah rugi, cuma orang je lambat sedar… termasuklah Fiesha dulu! 🤦‍♀️😆 Bila jumpa macam-macam client, dari situ baru Fiesha banyak belajar kenapa simpan emas tu penting. Kalau dulu tahu, confirm dah kumpul banyak! Tapi takpe, belajar & mula sekarang lagi baik dari tak mula langsung. 😉 Emas bukan untuk kaya cepat, tapi untuk kaya selamat. Jom mula dengan serendah RM10 je hari ni! 💰✨ #SimpanEmas
#FieshaGold”** #SimpanEmas #FieshaGold” Jom daftar akaun emas percuma https://gbgold.my/join/GB10320 #emasterpakai #emaslelong #jualsuratpajak #kedaiemas ♬ original sound – Fiesha Suhaimi

“Bila jual balik emas tu, memang untung besar. Hanya simpan je, tapi hasilnya luar biasa!” ujar Fiesha dalam perkongsian videonya.

Pengalaman Bertemu Pelbagai Pelanggan Jadi Guru Terbaik

Pemilik akaun TikTok tersebut turut berkongsi bahawa pengalamannya bertemu pelbagai jenis pelanggan menjadi titik tolak kepada kesedaran tentang pentingnya simpanan emas.

“Bila kita banyak berurusan dengan pelbagai latar belakang pelanggan, barulah terbuka mata. Rasa rugi pula tak mula simpan emas lebih awal. Tapi, lebih baik mula sekarang daripada tak mula langsung,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa menyimpan emas bukanlah jalan singkat untuk jadi kaya, tetapi ia adalah strategi kewangan jangka panjang yang selamat dan stabil.

Kisah ini jelas menunjukkan bahawa emas bukan sekadar barang perhiasan, malah ia adalah simpanan bernilai yang boleh memberikan pulangan luar biasa jika disimpan dalam tempoh yang panjang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, emas terus terbukti sebagai aset fizikal yang kukuh nilainya.

Simpan emas bukan untuk kaya serta-merta, tapi untuk masa depan yang lebih terjamin.

Berikut dikongsikan jenis-Jenis emas dan nilainya.

Emas bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan, malah dianggap sebagai aset berharga dan pelaburan jangka panjang. Nilainya yang stabil dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa menjadikan emas pilihan ramai, terutama ketika ekonomi tidak menentu. Namun, sebelum membeli emas, penting untuk kita kenali jenis-jenis emas yang ada di pasaran dan bagaimana nilainya ditentukan.

1. Emas 999 (24 Karat)

Emas 999 adalah emas paling tulen di pasaran, dengan kandungan emas sebanyak 99.9%. Ia dikenali juga sebagai emas 24 karat. Warnanya lebih kuning berbanding jenis lain dan lebih lembut, sebab itu ia jarang digunakan untuk perhiasan kerana mudah calar dan bengkok. Biasanya, emas jenis ini dijadikan jongkong atau dinar emas sebagai simpanan atau pelaburan.

Nilai:
Nilai emas 999 adalah yang paling tinggi kerana ketulenannya. Harga pasaran berubah setiap hari mengikut harga emas dunia.

2. Emas 916 (22 Karat)

Ini adalah jenis emas yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang. Kandungan emasnya adalah sebanyak 91.6%, manakala selebihnya adalah campuran logam lain seperti tembaga untuk menjadikannya lebih keras dan tahan lasak.

Nilai:
Nilai emas 916 masih tinggi, tapi sedikit rendah berbanding emas 999 kerana campuran logam lain. Namun, dari segi praktikal, ia lebih sesuai untuk dipakai harian.

3. Emas 835, 750 dan 585 (20K, 18K, 14K)

Jenis-jenis ini lebih banyak digunakan di luar negara, terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat. Kandungan emasnya lebih rendah kerana campuran logam lain lebih banyak. Warna emas juga kelihatan lebih pucat dan kadang-kadang dicampur untuk menghasilkan “rose gold” atau “white gold”.

Nilai:
Lebih rendah daripada emas 916 dan 999. Emas 750 (18K) misalnya, hanya mengandungi 75% emas tulen. Nilainya bergantung pada kandungan emas, reka bentuk dan jenama perhiasan tersebut.

4. Emas Putih (White Gold)

Emas putih sebenarnya bukan emas tulen, tetapi campuran emas dengan logam putih seperti paladium atau nikel. Ia kelihatan lebih moden dan elegan, sering dijadikan cincin kahwin atau pertunangan.

Nilai:
Walaupun ada emas di dalamnya, nilai emas putih tidak setinggi emas kuning tulen. Harganya juga bergantung pada jenama dan reka bentuk.

5. Emas Palsu / Sadur

Ini bukan emas sebenar, tetapi logam lain yang disalut dengan lapisan nipis emas. Ia lebih murah dan digunakan untuk aksesori fesyen. Namun, lapisan emasnya mudah tanggal selepas beberapa kali dipakai.

Nilai:
Hampir tiada nilai sebagai pelaburan. Tidak sesuai untuk disimpan atau dijual semula.

Memilih jenis emas bergantung kepada tujuan anda, sama ada untuk pelaburan, simpanan, atau perhiasan. Jika anda ingin melabur, emas 999 adalah pilihan terbaik. Untuk perhiasan harian, emas 916 paling sesuai.

Apa pun pilihan anda, pastikan anda membeli daripada penjual yang sah dan sentiasa semak harga semasa supaya tidak tertipu.

Sumber: TikTok fieshagold

Baca artikel lain juga: Wanita Kelantan Beli Barang Kemas Pakai Duit Syiling

Wanita Pakai Emas Bukan Sekadar Nak Melawa, Nampak Awet Muda Tapi Nak Tarik Aura Rezeki

Isteri Yang Beli Emas Itu Sebenarnya Sedang Mengumpul Aset 

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Has