Kekeluargaan

Wanita Jangan Selalu Cakap Tak Kisah, Ajar Lelaki Soal Tanggungjawab Sebelum Nikah

Share

Wanita jangan selalu cakap tak kisah, ajar lelaki soal tanggungjawab sebelum nikah. Satu benda yang makin kerap kita dengar dalam kalangan wanita zaman sekarang – “Saya tak kisah kalau lelaki tu tak ada duit hantaran.”

Wanita Jangan Selalu Cakap Tak Kisah, Ajar Lelaki Soal Tanggungjawab Sebelum Nikah

Ataupun, “Tak apa, janji dia ikhlas.” Kedengaran macam mulia, tapi sebenarnya berisiko besar kalau dari awal kita sendiri longgarkan garis sempadan tanggungjawab seorang lelaki.

1. Jangan Normalisasikan Lelaki Tak Sedia

Realitinya, perkahwinan bukan sekadar akad nikah dan majlis sanding. Ia tentang tanggungjawab sepanjang hayat. Kalau dari sebelum kahwin pun lelaki tu tak mampu atau tak serius nak usaha sediakan duit hantaran – walau tak perlu jumlah ribu-riban – macam mana nanti bila masuk fasa suami isteri yang menuntut lebih banyak komitmen kewangan?

Kita bukan suruh lelaki jadi kaya raya. Tapi kita kena pastikan dia faham, jadi suami bukan hal main-main. Bukan sekadar sayang dan cinta.

2. Duit Hantaran Bukan Sekadar Duit

Hantaran bukan sekadar bayaran. Ia simbol komitmen, usaha, dan penghargaan seorang lelaki terhadap wanita dan keluarganya. Bila wanita cakap “tak kisah duit hantaran”, ramai lelaki akan anggap “lega, tak payah fikir”. Dari situ, mereka mula selesa ambil jalan mudah.

Lama-lama, benda ni akan ‘terbawak’ masuk ke dalam perkahwinan. Mula-mula tak kisah hantaran, lepas tu tak kisah nafkah, tak kisah tanggungjawab lain. Akhirnya, wanita juga yang akan pikul beban sendiri.

3. Ajar Dia Dari Awal

Bukan soal jadi ‘materialistik’. Tapi ajar lelaki yang nak jadi suami untuk bertanggungjawab. Kalau sekarang dia tak ada duit, tapi ada usaha, ada kesungguhan – itu lebih penting. Kita nak pasangan yang ada ‘drive’, bukan yang cepat mengalah.

Jangan terlalu nak jadi “low maintenance” sampai abaikan hak sendiri. Suami yang tahu tanggungjawab dia dari awal akan lebih bersedia untuk jadi pelindung dan pembimbing yang sebenar.

4. Perkahwinan Bukan Tentang Berkorban Seorang Diri

Ramai wanita yang terlalu ‘give’ sampai lupa diri. Sayang tu sayang juga, tapi jangan sampai gadai maruah dan hak semata-mata nak cepat kahwin atau takut lelaki lari.

Jangan terbiasa dengan ayat “tak apa” atau “saya faham” bila sepatutnya kau berhak bersuara. Sebab nanti bila dah kahwin, lelaki yang terbiasa dimudahkan semua perkara takkan tiba-tiba berubah jadi bertanggungjawab tanpa dididik dari awal.

Jangan rendahkan nilai diri sendiri atas nama cinta. Jadi wanita yang tahu apa hak dia, dan bantu bakal suami jadi lelaki yang sebenar-benar lelaki. Tanggungjawab bukan beban, tapi amanah. Dan kalau dari awal pun dia tak bersedia – mungkin dia belum layak jadi suami lagi.

Baca artikel lain juga: Suami Mesti Jalankan Tanggungjawab Jadi Pemimpin Rumah Tangga, Jangan Biar Isteri Jadi Nakhoda Kapal

Isteri Tak Berkira Bantu Belanja Rumah, Suami Jangan ‘Pindahkan’ Tanggungjawab

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Has