Wanita jangan selalu cakap tak kisah, ajar lelaki soal tanggungjawab sebelum nikah. Satu benda yang makin kerap kita dengar dalam kalangan wanita zaman sekarang – “Saya tak kisah kalau lelaki tu tak ada duit hantaran.”
Wanita Jangan Selalu Cakap Tak Kisah, Ajar Lelaki Soal Tanggungjawab Sebelum Nikah
Ataupun, “Tak apa, janji dia ikhlas.” Kedengaran macam mulia, tapi sebenarnya berisiko besar kalau dari awal kita sendiri longgarkan garis sempadan tanggungjawab seorang lelaki.
1. Jangan Normalisasikan Lelaki Tak Sedia
Realitinya, perkahwinan bukan sekadar akad nikah dan majlis sanding. Ia tentang tanggungjawab sepanjang hayat. Kalau dari sebelum kahwin pun lelaki tu tak mampu atau tak serius nak usaha sediakan duit hantaran – walau tak perlu jumlah ribu-riban – macam mana nanti bila masuk fasa suami isteri yang menuntut lebih banyak komitmen kewangan?
Kita bukan suruh lelaki jadi kaya raya. Tapi kita kena pastikan dia faham, jadi suami bukan hal main-main. Bukan sekadar sayang dan cinta.
Ads
2. Duit Hantaran Bukan Sekadar Duit
Hantaran bukan sekadar bayaran. Ia simbol komitmen, usaha, dan penghargaan seorang lelaki terhadap wanita dan keluarganya. Bila wanita cakap “tak kisah duit hantaran”, ramai lelaki akan anggap “lega, tak payah fikir”. Dari situ, mereka mula selesa ambil jalan mudah.
Lama-lama, benda ni akan ‘terbawak’ masuk ke dalam perkahwinan. Mula-mula tak kisah hantaran, lepas tu tak kisah nafkah, tak kisah tanggungjawab lain. Akhirnya, wanita juga yang akan pikul beban sendiri.
3. Ajar Dia Dari Awal
Bukan soal jadi ‘materialistik’. Tapi ajar lelaki yang nak jadi suami untuk bertanggungjawab. Kalau sekarang dia tak ada duit, tapi ada usaha, ada kesungguhan – itu lebih penting. Kita nak pasangan yang ada ‘drive’, bukan yang cepat mengalah.
Jangan terlalu nak jadi “low maintenance” sampai abaikan hak sendiri. Suami yang tahu tanggungjawab dia dari awal akan lebih bersedia untuk jadi pelindung dan pembimbing yang sebenar.
Ads
4. Perkahwinan Bukan Tentang Berkorban Seorang Diri
Ramai wanita yang terlalu ‘give’ sampai lupa diri. Sayang tu sayang juga, tapi jangan sampai gadai maruah dan hak semata-mata nak cepat kahwin atau takut lelaki lari.
Jangan terbiasa dengan ayat “tak apa” atau “saya faham” bila sepatutnya kau berhak bersuara. Sebab nanti bila dah kahwin, lelaki yang terbiasa dimudahkan semua perkara takkan tiba-tiba berubah jadi bertanggungjawab tanpa dididik dari awal.
Ads
Jangan rendahkan nilai diri sendiri atas nama cinta. Jadi wanita yang tahu apa hak dia, dan bantu bakal suami jadi lelaki yang sebenar-benar lelaki. Tanggungjawab bukan beban, tapi amanah. Dan kalau dari awal pun dia tak bersedia – mungkin dia belum layak jadi suami lagi.
Pada mulanya, anak-beranak ini berborak soal agama dan siapa sangka ia berakhir tragedi berdarah. Suami isteri warga emas ini dibunuh kejam anak sendiri.
Berborak Soal Agama Berakhir Tragedi Berdarah
Perbincangan mengenai agama dan ketuhanan akhirnya membawa tragedi berdarah apabila sepasang warga emas maut ditikam dan dikelar anak sendiri di rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta, semalam.
Dalam kejadian 11.55 malam itu, lelaki berusia 68 tahun dan isterinya berumur 64 tahun maut ditikam dan dikelar di leher oleh anak mereka.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati anak mangsa yang berusia 34 tahun adalah penganggur.
Suami Isteri Dibunuh
“Kejadian berlaku ketika suspek bersama ayah dan ibunya sedang berborak.
“Tidak lama kemudian, ibu suspek masuk ke bilik. Suspek berborak dengan ayahnya mengenai ilmu agama dan ketuhanan,” katanya.
Beliau berkata, suspek mendakwa ternampak mata bapanya bertukar hitam dan seakan hendak menyerangnya menyebabkan dia mengambil parang dalam bilik dan menetak mangsa.
Dibunuh Kejam Anak Sendiri
“Ibu suspek yang nampak kejadian cuba membantu tetapi suspek menyerang wanita itu dengan menetak dan menikam di leher dan kepala.
“Ibu suspek sempat melarikan diri keluar dari rumah tetapi rebah berhampiran pagar.
“Suspek keluar mencari ibunya tapi tidak nampak sebelum masuk semula ke dalam rumah. Dia seterusnya keluar dan berjalan sehingga ke tepi jalan besar,” katanya.
Suspek Ditahan Orang Kampung
Mohd Yusri berkata, suspek ditahan oleh orang kampung dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.
Katanya, penduduk kemudian ke rumah suspek dan ternampak bapanya terbaring di lantai manakala rumah dipenuhi darah.
Beliau berkata, ibu suspek pula ditemukan terbaring di kawasan berumput dekat pagar.
Katanya, penduduk menahan suspek sehingga polis tiba dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita : Allahuakbar, sudah pasti kejadian yang berlaku ini menyentap perasaan seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga supek mendapat pembalasan yang setimpal jika dia benar-benar bersalah.
Mak-mak, letih macam mana sekali pun, bila balik kerja mesti terus tuju ke dapur. Keluarkan lauk basah mana yang patut untuk di masak. Dalam perjalanan lagi, ligat kepala dok fikir nak masak apa untuk malam nie.
Walaupun lauk pauk agak ringkas tetapi suami dan anak-anak tetap berselera. Itu boleh dikategorikan sebagai mak-mak yang rajin. Ada juga mak-mak dan isteri yang sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan mengemas rumah.
Katanya mengemas waktu pagi cukup menenangkan sebab anak-anak tidak kacau dan boleh lakukan kerja dengan senang dan lancar. Tak kisahlah mata mengantuk, yang penting rumah terjaga.
Bagaimana pula dengan mak-mak atau isteri yang malas. Balik rumah terus mengadap telefon. Anak-anak dibiarkan bermain di ruang tamu dan suami pula dibiarkan menonton televisyen sambil melihat karenah anak-anak.
Nak tahu isteri dan mak-mak pemalas, cuba perhatikan ini:
BERSELERAK
Rumah terlalu kemas, kadang-kadang tetamu datang pun risau nak sentuh itu dan ini. Anak-anak apatah lagi. Tetapi bagaimana kalau seitap kali balik rumah, suami lihat rumah tak bersapu sampah, pinggang mangkuk tak di basuh.. Ini belum lagi bilik tidur yang tidak dikemas.
ANAK TIDAK TERURUS
Anak yang aktif tidak bermakna mereka perlu dibersihkan setiap masa. Namun, jika aktif pun janganlah sampai tidak dibersihkan pula. Kadang-kadang, biarkan anak-anak mengambil sendiri pakaian mereka dalam almari hinggakan pakaian tidak tersusun. Ada juga yang isteri atau mak yang tidak kisah anak memakai pakaian apa sekalipun, walaupun ada yang sudah terkoyak.
MENGHADAP TELEFON DAN TENGOK TV
Bersantai sangat di depan televisyen sambil menonton rancangan kesukaan. Puas menonton televisyen, masuk bili sambung dengn telefon pula. Langsung tidak kisah dengan padangan mata pada penjuru bilik yang penuh dengan pakaian kotor tidak dicuci.
SUAMI TAK TERJAGA
Sesetengah isteri sangat cerewet dengan penampilan suami. Tetapi ada juga isteri yang langusng tidak ambil tahu tentang penampilan suami. Yang penting dia seorang sahaja nampak cantik. Kalau anda seorang yang cerewet dengan penampilan suami, beruntunglah suami kerana isteri dapat mengurusan suami dengan baik.
Namun, jangan terkejut, bila anda tidak ambil tahu tentang suami sehingga suami mula pasang lain. Jangan salahkan suami pula.
Percayalah, isteri yang rajin akan menjadi kebanggaan suami! Tapi suami pun kenalah bantu, jangan harapkan isteri sorang je! Betul tak para suami?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak senang tapi ini antara cabaran Mama menyusukan bayi yang kadang orang lain tak lalui dan rasa. Aku bukanlah Mama yang betul-betul 100 peratus beri breasfeeding (BF) pada semua anak. Sebaik je masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan, terus anak minum susu formula (FM). Tapi itu hanya bila dihantar ke rumah pengasuh dan bekalan stok susu tetap diberikan setiap hari sebab pam susu di pejabat. Bila balik ke rumah dan cuti hujung minggu memang susu formula tak ada langsung dalam simpanan.
Di rumah pengasuh pula, satu lagi masalah bila anak tak nak menyusu guna susu botol. Jenuh pengasuh suakan puting susu ke mulut, hanya digigitnya puting susu dengan gusi sahaja. Minum pun bila dia betul-betul dahaga.
Waktu petang, masa untuk ambil anak di rumah pengasuh. Tak sabar nak jumpa si kecik nie. Dari jauh, dia dok perhati je mamanya. Mungkin minta diambilkan. Hilang penat bila tengok wajah anak. Masuk aje dalam kereta, anak mula merengek-rengek. Apalagi, mesti dah tak sabar untuk BF, walhal di rumah pengasuh baru aje lepas minum susu. Dok dalam kereta susukan anak, sudah tentu makan masa lebih 15 minit supaya dia betul-betul kenyang, tidak meragam dan memudahkan kita untuk memandu kereta dengan tenang sampai ke rumah.
Rasanya semua ibu mesti lalui benda yang sama seperti aku. Atau mungkin juga tidak pernah alami seperti yang aku ini. Tapi itulah hakikatnya, bila mama bekerja dan anak-anak perlu di hantar ke rumah pengasuh atau taska.
Anak menangis semasa bawa kereta ke pejabat? Itu sudah perkara biasa bagi aku. Padahal sebelum ke tempat kerja, bagi dia BF kenyang-kenyang. Anak lelaki, mesti kuat menyusu. Bukan dia seorang, abang-abangnya pun sama., setiap kali dalam kereta mesti menangis nak menyusu.
Jalan terbaik, aku sanggup berhenti mana-mana tempat untuk memberi laluan pada si kecil ini. Mujur anak-anak yang lain sudah faham sebab apa mamanya berhenti di tempat letak kereta.
Pernah juga, dalam perjalanan ke tempat kerja waktu pagi. Si kecil menangis, nak menyusu dan sudah tentu dalam masa yang sama nak tidur. Jika berhenti, makan masa lama pula untuk susukan dia.
Biasa kita tengok bila lampu isyarat merah atau abang polis trafik sedang bertugas, orang perempuan mula keluarkan alat mekap, betulkan tudung dan sebagainya. Inilah masa yang diambil oleh mereka bila dalam kesesakan lalu lintas. Lain pula dengan aku, susukan si kecil sekadar untuk hilangkan dahaga dan tidak meragam semasa kita memandu.
Rasanya, demi anak-anak, ibu sanggup buat apa sahaja. Biarlah orang lain cakap apa sebab mereka tidak alami apa yang kita lalu ini. Bab menyusu dalam kereta sudah settle, belum lagi dengar hiruk pikuk anak gaduh sesama mereka dalam kereta. Haru biru di buatnya. Sabarlah mama….
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...