Wanita jangan mudah mengalah. Itulah pesanan paling bermakna dari usahawan makanan berjaya, Noralinda Norjaya. Menyertai bisnes F&B iaitu makanan dan minuman bukan mudah sebenarnya terutama buat wanita yang bergelar isteri dan juga ibu.

Menurut Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, di awal pembabitannya dalam bidang bisnes dirinya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja. Dek kerana minat yang mendalam dalam bidang kulinari, Noralinda tetapkan azam untuk membuka perniagaan berkaitan makanan.

Wanita Jangan Mudah Mengalah

Terpaksa korbankan kerja dan menumpukan seratus peratus dalam perniagaan yang dikendalikan, Noralinda berkongsi kisah dirinya yang hanya mampu mengutip RM12 pada hari pertama berniaga.

“Alhamdulillah selepas 13 tahun terlibat dalam bidang perniagaan banyak pengalaman yang saya dapat kutip. Sememangnya banyak cabaran yang saya hadapi namun itu semua tak menjadi masalah.

“Pada saya kita kaum wanita jangan mudah mengalah dan tetapkan hati untuk tidak mudah berputus asa. Insya Allah, akan membuahkan hasil.

“Seperti mana orang lain, saya juga bermula dari bawah di mana pada hari pertama jualan saya cuma mampu kutipRM12. Memang sedih namun itu merupakan pembakar semangat untuk saya ‘jalan terus’,” kongsi Noralinda yang kini apurata jualan sehari sekitar RM30,000.

Pandemik Covid 19 Bukan Halangan

Noralinda juga bersyukur Restoran Sisik yang dikendalikan kini mampu bertahan walau seperti orang lain dirinya juga terkesan dengan pandemik Covid 19.

“Alhamdulillah walau terpaksa lalui pandemik Covid 19, saya mampu lalui cabaran itu. Malah sebelum ini kami beroperasi di Klang pada pada 2011 sebelum berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu dan syukur kerana hidangan di Sisik menjadi pilihan ramai.

“Sisik sudah tahun keempat beroperasi di Kelab Shah Alam  Selangor dan tahun ini merupakan pertama kali kami menawarkan pakej berbuka puasa kerana pada Ramadan 2023 kami hanya mengambil tempahan awal.

Ads

“Ini kerana ramai meminta kami mengadakan pakej buffet sekali gus memberi memudahan kepada pelanggan apabila lokasi ini turut dilengkapi kawasan pakir luas, surau dan tandas yang bersih.

“Kapasiti ruang Sisik juga besar dengan boleh menampung 400 pelanggan pada satu masa termasuk bilik berpenghawa dingin,” ujarnya.

 

Wanita Jangan Mudah Mengalah, Noralinda ‘Jalan Terus’ Akui Bukan Mudah Berniaga Makanan

Menarik Disini : Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

Wanita Jangan Mudah Mengalah, Noralinda ‘Jalan Terus’ Akui Bukan Mudah Berniaga Makanan

Ads

 

Teruskan Tradisi Turun Temurun

Pada masa sama, Noralinda turut mengakui trademark Sisik sebagai penyaji ikan bakar popular diteruskan apabila tukang masak berpengalaman mengril semua makanan laut di depan pengunjung. Antaranya sotong dan udang segar bersama adunan sambal resipi turun temurun bahkan ‘bintang’ utama Sisik Royal Buffet iaitu Patin Tempoyak Air Bukit.

Juadah istimewa lain ialah nasi kenduri diacu ayam merah dan jelatah selain lauk pauk Melayu bersama aneka sambal dan pilihan seafood goreng tepung selain seleksi mi termasuk laksa dan takoyaki.  Kuih muih tradisi Melayu turut memenuhi meja manisan sebaris dengan pelbagai kek, dessert, bubur manis serta rojak buah.

 

Wanita Jangan Mudah Mengalah, Noralinda ‘Jalan Terus’ Akui Bukan Mudah Berniaga Makanan

Ads

Baca Disini : Seronok, Mudah & Sihat! Resipi Bebola Nasi dengan Ayam Teriyaki Ceriakan Cuti Anak-Anak

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI