lelaki cukup benci

Jangan pandang remeh, hati lelaki cukup benci semua perkara ini dan sebenarnya lebih sensitif daripada perempuan. Nampak tegas sebagai ketua keluarga, tapi jauh di sudut hati mereka juga perlukan belaian mesra dan manja seperti seorang bayi.

Ketahui beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk dan tolong elakkan anda daripada melakukannya. Jika kita bijak atasi masalah remeh ini pastinya hubungan anda berdua sentiasa hangat…

1. Tepis pelukan

Ketika anda sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba si dia memeluk dari belakang, jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami rasa tersinggung dan merajuk. Biarkan sahaja perlakuannya kerana ini hanya sekejap sebagai tanda kasih sayang dia pada diri anda.

2. Tak gosok baju

Si dia dah ingatkan anda supaya gosok bajunya, tapi boleh pula tetiba anda lupa. Kelam kejap hubungan anda. Apatah lagi jika dia yang perlu menggosoknya sebelum ke tempat kerja. Dia mungkin tidak akan bercakap dengan anda sebab nak protes. Ya, nampak remeh tapi boleh buat lelaki sentap tau!

3. Telefon tak pernah nak jawab

Walaupun bukan sesuatu panggilan penting sekadar ucapan ‘hello’ atau bertanya khabar, anda kena angkat. Jangan biarkan si dia menelefon beberapa kali hingga menyebabkan si dia marah dan tidak ada mood untuk bercakap dengan anda.

Ads

Apa salahnya kalau anda cuba dail kembali, jangan biarkan. Siapa tahu jika ada hal penting untuk diberitahu. Dan mungkin juga si dia mahu nyatakan emosi yang dialami, sedih, gembira atau tertekan dengan seseorang.

4. Tinggi suara

Ton suara kena jaga, jangan tetiba mengarahkan dengan nada yang tinggi walau pun hati sedang panas. Kenalah hormat dia sebagai suami anda dan sentiasa menjaga perasaannya yang kadang kala agak sensitif. Tambah pula depan orang luar atau keluarga. Jangan buat suami tu macam kawan, sesuka hati anda nak tempik dan mengarah mcam kuli. Hormat sikit ya.

5. Tepek hal memalukan keluarga

Kalau betul sayang, tak payahkah burukkan keadaan dengan canang cerita buruk suami atau keluarga di facebook. Benda boleh settle, kenapa pilih nak orang luar tahu? Orang yang sayang kita, dia boleh maafkan kita, tapi kalau orang luar dah nampak… mestilah dah rasa perangai kita tak berapa nak elok!

Ads

Satu lagi, dalam kereta atau hanya berdua-duaan dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter, whatsapp atau apa sahaja laman sosial. Pasangan boleh sentap kalau anda terlalu khusyuk melayan laman sosial berbanding bercakap dengan dirinya. Faham?

6. Layan lelaki lain

Jika ada seorang yang peramah, simpan sahaja sikap itu jika sedang bersama suami. Jangan terlalu melayan lelaki lain walaupun teman sekolah dulu. Sesetengah lelaki cemburu dengan situasi ini dan dia hanya mahu anda melayannya seorang. Sebagai isteri, kita sendiri perlu tahu batas-batas tertentu yang boleh diikuti.

7. Berebut tengok tv

Tolonglah jangan sesekali tukar rancangan lain sekiranya dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Lebih baik anda mengambil hatinya dengan menyediakan segelas air panas untuknya.

Ads

8. Makanan terabai

Ada yang jenis tak pandai masak, suami paham. Tapi apa salahnya mencuba dulu. Tak kan lah setiap hari nak makan luar? Lagi teruk air minum pun suami buat sendiri. Alahaaii… sesekali tadehal. Dah berkali-kali boleh jemu tau!

Tolong beringat… apa sahaja keperluan encik suami, perlulah dihidangkan di depan mata. Kalau mereka tengah makan, jangan lupa menyediakan air basuh tangan, air minuman dan juga sentiasa menemaninya di meja makan. Walaupun anda tidak makan, tetapi cukuplah sekadar menemaninya berbual di meja makan. Mungkin keadaan ini lebih bahagiakan hatinya.

9. Lawan mak mentua

Ini paling serius, ramai sangat yang tak sebulu dengan mentua. Lagi teruk cerita buruk-buruk pasal mak kandung suami. Allah… kalau boleh tolonglah elakkan benda ini berlaku dalam hubungan. Isteri yang baik tak burukkan keadaan, tapi akan berubah dan mencari petua untuk baiki hubungan.

Dalam banyak-banyak benda ini, ada yang buat anda sentap tak? Haaa… kalau betul sayang hubungan, berubahlah. Semua orang pernah buat silap tetapi kalau ada niat nak jernihkan keadaan dan pikat hati suami, sila jaga perangai! Buang yang buruk, cedok yang manis-manis. Moga hubungan kalian kekal bahagia hingga ke Jannah!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI