Kekeluargaan

Wanita Jadi Ibu Tunggal Kerana Gagalnya Lelaki Menjadi Suami

Share

Wanita jadi ibu tunggal kerana gagalnya lelaki menjadi suami. Dalam masyarakat moden hari ini, semakin ramai wanita terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal, membesarkan anak-anak sendirian tanpa sokongan suami.

Wanita Jadi Ibu Tunggal Kerana Gagalnya Lelaki Menjadi Suami

Salah satu punca utama yang menyumbang kepada peningkatan ibu tunggal adalah masalah komitmen suami dalam perkahwinan. Ramai lelaki gagal memberikan komitmen yang diperlukan untuk membina dan mempertahankan rumah tangga.

Komitmen ini bukan sahaja dalam aspek kewangan, tetapi juga emosi dan psikologi. Lelaki yang tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab ini sering kali menyebabkan perkahwinan berakhir dengan perceraian.

Berikut perkongsian Firdaus Shakirin tentang ibu tunggal atau janda.

Bila Wanita Bertukar Status Jadi Ibu Tunggal

“Hati-hati, dia tu janda…”

“Tengok yang putih duduk kat hujung tu, dia tu janda anak 1… muda lagi dah jadi janda kan…” kata seorang kawan sambil menunjukkan ibu tunggal tu kepada saya.

“So what…?” balas saya…”Tak la, hati-hati la, dia tu kan janda.”

Janda ni orang yang senang dihampiri ke? Janda ni, terdesak sangat nak cinta? Janda ni, tak ada maruah? Tak ada harga diri? Jadi janda itu satu dosa?

Hmm… ini pandangan dan perspektif masyarakat terhadap janda a.k.a ibu tunggal. Kalau dia tahu yang dia akan jadi ibu tunggal, agak-agak dia akan berkahwin tak dengan lelaki yang “menghadiahkan” dia status tu?

Perempuan bergelar ibu tunggal disebabkan lemahnya lelaki dalam menjadi suami.

Dalam rumah tangga, sepatutnya hanya perlu ada siapa? Suami dan isteri… tapi bila lemahnya si suami dalam memerintah, rumah tangganya ada suami, isteri dan mertua. Mertua yang menentukan hala tuju rumah tangga, mertua yang membuat keputusan, mertua yang memastikan rumah tangga anaknya mengikut apa yang dia nak.

Isteri mana yang tahan? “Orang luar” masuk campur dalam urusan rumah tangganya.

Suami jadi bisu, hilang kebebasan untuk bersuara disebabkan tak faham apa maksud perkahwinan, siapa yang bertanggungjawab menentukan hala tuju keluarga itu dan bila sepatutnya “orang luar” itu masuk campur dalam hubungannya dengan isteri.

Punca Wanita Jadi Janda?

Suami tak betul-betul jadi suami sebab tak ada ilmu.

Then datang bab suami abai tentang nafkah, culas tentang kewajipan, dah kawin, tapi malas nak kerja. Kerja tak tetap, sekejap stay sekejap tukar dan selalu harap bantuan dan pertolongan dari isteri. Siapa KETUA KELUARGA sekarang ni? Sesebuah hubungan akan pincang bila mana fitrah tu kita tak ikut. Ketetapan dan panduan yang agama dah gariskan.

Suami asyik dengan kawan-kawan, suami addicted to benda terlarang.

Bila dah kawin, buat macam cara dah kawin. Bukan dok rasa diri tu bujang, boleh keluar sesuka hati melepak main game sana sini. Solat tunggang langgang then mula terjebak dengan benda terlarang. Iman tak kuat, senang ikut pengaruh rakan-rakan dan syaitan.

Belum sentuh lagi bab pukul isteri, bab layan isteri macam hamba, bab tak bagi isteri balik jumpa keluarganya dan sebagainya. Berlakunya kes penceraian untuk sesebuah rumah tangga itu adalah disebabkan lemahnya lelaki dalam menjadi suami.

Lelaki yang tahu tanggung jawab, ada ilmu, pandai menggunakan akal dengan baik, dia akan jadi suami yang baik dan “perempuan” yang berkahwin dengannya tak dapat title “ibu tunggal”. Dia akan dapat title isteri solehah dan ibu mithali disebabkan suaminya pandai membimbing dan membentuk dirinya.

Menjadi ibu tunggal itu adalah pilihan yang terbaik untuk mereka berdasarkan apa yang mereka hadapi dan apa yang mereka lalui. Jadi siapa kita untuk nak mempersoalkannya?

Kesimpulannya wanita menjadi ibu tunggal akibat kelemahan lelaki dalam menjalankan peranan mereka sebagai suami adalah isu yang semakin mendesak. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah ini, termasuk kurangnya komitmen, kegagalan dalam tanggungjawab, dan pengaruh budaya.

Implikasinya bukan sahaja dirasai oleh ibu tunggal, tetapi juga anak-anak dan masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu, adalah penting untuk lelaki memahami peranan mereka dalam perkahwinan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan ini agar institusi keluarga dapat dipertahankan dengan baik.

Sumber: Firdaus Shakirin

Baca artikel lain juga: “Saya Membesarkan Mereka Sendiri Sebagai Ibu Tunggal Sejak 15 Tahun Lalu” Rita Rudaini

Kesempitan Hidup Tak Mahu Bersedih, Ibu Tunggal 4 Anak Teruskan Perniagaan Gali Ilmu Baru Di Sosial Media 

Ibu Tunggal Sebak, Menang Pakej Umrah Tular Di Media Sosial. Raih lebih 1 juta Tontonan!

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

Published by
Has