
Isi Kandungan
TogglePilihan ubat gigi anak yang kerap kita guna adalah niat untuk memutihkan dan menguatkan kesihatan gigi anak tetapi bila semak perkongsian dari seorang wanita Nabilah Yazid ini, risau pula jadinya! Rupanya terselit juga kandungan paraben yang viral baru-baru ini dikatakan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Nak tahu lebih, jom semak!
Paraben ni..
Excellent preservative
Tapi sejenis endocrine distruptor
Boleh mimic estrogenic activity
Boleh ditemui dalam sel kanser payudara
Dan…
Produk kanak-kanak!
Serius terkejut bila belek label ubat gigi kodomo sempena kempen ditch-and-switch aromah…
Ada:
Methylparaben
Butylparaben
Sorbitol (sebagai komponen terbesar, mengalahkan komposisi air!!)
Xylitol
Sodium saccharine
Patutlah ubat gigi anak ada label ‘not for swallowing’!
Tapi ada budak-budak kisah? Yang pastinya sedap, lagi dia nk telan!! So mak pak kenalah cari alternatif yang lebih selamat. Hok kidscent punya is paraben-free, taste really nice, and made with essential oils yg ada seed-to-seal guarantee… Kalau nak tengok gigi cantik, boleh tengok gigi khaulah haha… Dia pakai ubat gigi nih dari umur setahun lebih!

NOTA:
Sejauh mana kebenaran bahaya paraben dalam ubat gigi anak, mohon ada yang sudi jelaskan agar semua pihak boleh bertenang dan tak risau kesannya pada anak-anak kecil.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Cerminan Suami, Suami Jalankan Peranan Memimpin Isteri Dalam Rumah Tangga

Isi Kandungan
ToggleKedudukan suami sebagai pemimpin keluarga perlu membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak. Boleh jadi pembentukan peribadi isteri yang solehah terhasil daripada usaha didikan keluarga yang harmoni mahupun faktor persekitaran dan juga didikan daripada seorang suami.
Dalam institusi kekeluargaan, persekitaran keluarga harmoni yang dipenuhi dengan nilai kasih sayang dan ketenangan pastinya akan memberi kesan pada kehidupan ahli keluarga.
Ungkapan yang selalu diwar-warkan ini ‘isteri cerminan suami’ hanya bersifat simbolik untuk menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab suami dalam mendidik dan memimpin isteri ke jalan yang diredai oleh Allah SWT.
Begitu juga anak-anak yang soleh adalah hasil didikan dan dan bimbingan daripada ibu bapa yang soleh.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.” Surah al-Tahrim (6)
Berikut perkongsian Ustazah Asmak Husin
Isteri Cerminan Suami
Masa awal-awal kahwin dulu, si isteri sangat susah nak dinasihat apatah lagi kalau kena tegur dengan si suami.
Namun berkat kesabaran, akhlak yang baik dari seoarang suami menjadikan dia seorang isteri yang lebih baik. Yang sentiasa patuh dan taat kepada suaminya.
Biasalah bila berkahwin mestilah seorang buat salah atau silap pasti pasangan kena mainkan peranan untuk betulkan. Tapi mesti kena dengan caranya.

Ada yang suka ditegur secara ‘direct’, ayat mudah nak faham biasanya terus ‘straight to the point’. Pedas ke sentap ke lagi dia boleh terima.
Suami Jalankan Peranan Memimpin Isteri Dalam Rumah Tangga
Tetapi ada juga yang jenis lembut hati, yang kena guna bahasa yang lembut. Kena cakap baik-baik, perlu sentuhan belaian dari pasangan dulu.
Dalam perkahwinan suami kena mainkan peranannya sebagai seorang pemimpin dan isteri jadilah orang yang mudah dipimpin, mudah terima nasihat dan teguran. Barulah rumah tangga akan sentiasa bahagia bila mana saling bertoleransi.
Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya membimbing menjadi perempuan solehah. Jadikan perkahwinan kita untuk lebih dekat dengan Allah SWT.
Sumber: Ustazah Asmak Husin dan Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
19 Cara Bijak Ini Buat Ibu Tunggal Cepat ‘Move On’, TUTUP Mulut Makcik Bawang

Isi Kandungan
ToggleSakitnya bila terpaksa menanggung emosi perpisahan dengan insan yang pernah isteri sayang. Lagi-lagi bila penceraian paksa rela itu melibatkan gangguan pihak ketiga.
Wahai isteri yang baru memegang status ‘ibu tunggal’, perit macam mana pun hidup perlu diteruskan. Kena bangkit demi anak-anak. Ini 19 tip yang dikongsikan Hazirah Hj Hamzah selamatkan ibu tunggal dari terus bersedih.
“Seperti yang dijanjikan. Bagaimana cara nak move on dan apakah yang perlu kita tuntut dan lakukan selepas penceraian/ once lafaz talaq dilepaskan?”
Ini 19 Cara Bijak Untuk Ibu Tunggal Cepat Move On
1) Menangis. Ini normal untuk mereka yang diuji. Menangislah. Jangan tahan. Lagi bagus menangis waktu solat, waktu berdoa, sepertiga malam. Mengadu merintih sunguh-sungguh padaNYA.
2) Jodoh kita setakat itu sahaja. Positiflah. Mungkin jika kita makin lama dengannya masa hadapan kita akan makin kelam dan gelap. Mungkin juga kita akan menjadi isteri yang derhaka.
3) Bersyukurlah jika belum ada anak. Jadi anak tidak menjadi mangsa penceraian.
4) Bersyukurlah jika punya anak. Anak tidak lagi melihat pergaduhan ibu bapanya ataupun perangai buruk bapanya (jika si bapa yang bermasalah).
5) Terus ke mahkamah untuk melaporkan penceraian yang berlaku di luar mahkamah. Lelaki atau perempuan boleh lapor. Tak kiralah lafaz taklik ataupun lafaz talaq yang jelas. Jika dah rujuk kembali pun sila lapor kepada mahkamah supaya hakim dapat sahkan penceraian dan rujuk itu berlaku ataupun tidak.
6) Jika lafaz itu dalam sms, wasap, surat.. simpan bukti dan bawa ke mahkamah. Jika dilafazkan, tulis di dalam borang bagaimana ayat talaq itu dilafazkan.

Hak Penjagaan Anak
7) Selepas pengesahan lafaz cerai, terus mohon untuk hak hadhanah (hak penjagaan anak). Ini sangat penting walaupun si bekas suami cakap tak perlu buat. Kita perlu ingat hati dan perangai manusia ini berubah. Sekarang ok. Mana tahu nanti dia berubah mengambil anak sesuka hati.
8 ) Wajib mohon segala nafkah yang berhak. Nafkah eddah, nafkah mutaah, nafkah tertunggak dan paling penting adalah nafkah anak ( jika ada anak). Untuk bekas suami yang kakitangan kerajaan, anda mohon supaya mahkamah potong gaji bulanan si bapa. Jangan deal untuk dia bayar sendiri. Selalunya dia tak bayar ataupun bayar tak ikut perintah mahkamah.
9) Simpan segala bukti resit dan apa sahaja yang membuktikan bahawa anda yang menangung nafkah keluarga. Nafkah anak dan nafkah diri sendiri. Ini sangat berguna jika nak tuntut nafkah tertunggak ataupun jika belum bercerai dan si suami mahu poligami.. boleh dibawa ke mahkamah.
10) Jika ada berlaku kekasaran fizikal, sila ke hospital untuk check up, ambil laporan, dan buat laporan di balai polis. simpan semua ini sebagai bukti jika bukti diperluka atas apa-apa urusan mahkamah.
Bekas Isteri Berhak Tuntut Hak Harta Sepencarian
11) Rumah atas nama suami ataupun isteri. Bekas isteri berhak tuntut hak harta sepencarian. Pergi ke pejabat tanah dan mohon untuk buat kaveat. Jadi si suami/ bekas suami tak boleh jual rumah itu sesuka hati sebab isteri ada hak atas rumah itu. Tuntutan kaveat ini boleh dibuat semasa masih suami isteri ataupun baru bercerai.
12) Jika buat perniagaan bersama dan akaun bersama, cepat-cepat separate kan bila nampak si suami dah lain macam ataupun bila dah berlaku lafaz cerai. Jangan tanya saya bagaimana nak separate. Saya tak tahu.
13) Kebanyakkan wanita bukan bersedih kerana berlaku penceraian. Mungkin juga gembira kerana dah terlepas dari sengsara. Tapi sebenarnya wanita bersedih kerana tak tahu bagaimana nak menghadapi masyarakat.
Malu berhadapan dengan keluarga dan masyarakat. Status janda yang di anggap hina oleh orang Melayu. Tuntut hak pun di kata perempuan mata duitan. Tak tuntut hak pula dikatakan bodoh. Jadi tuntut je hak. Abaikan mulut bawang. Tak berdosa menuntut hak nafkah yang diabaikan.

14) Jika anda bekerja, jangan berhenti kerja kerana sedih bercerai. Teruskan kerja. Berhenti bila dah dapat kerja baru. Jangan jadi wanita lemah!. Siapa lagi nak tanggung hidup anda jika bukan diri sendiri?.
Kena Siap Jadi Wanita Kental Jiwa
15) Bersedia untuk jadi wanita setabah mungkin dengan segala mulut makcik bawang.
16) Sebaiknya dalam tempoh eddah, anda sorokkan dulu status perkahwinan. Kerana tempoh itu boleh rujuk kembali. Selepas tamat eddah, bergantung kepada diri anda untuk sorokkan atau inform saudara, rakan akan status anda.
17) Bila orang dah tak sayang kita, kita sayanglah diri sendiri. Kita buatlah apa yang kita suka. Kejarlah kembali cita-cita dahulu yang tertangguh.
18) Jauhkan diri anda dari orang yang suka judge dan lable anda. Nanti lagi bertambah stress.
19) Akhir sekali, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang ia nampak buruk bagi kita. Tapi sangat baik di sisi-NYA. Yakinlah akan ada bahagia yang menanti untuk anda walaupun masih samar-samar.
Sumber/Foto : Hazirah Hj Hamzah
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kita Berusaha Sebaik Mungkin Baiki Hubungan, Namun Tak Berjaya Jika Hanya Sebelah Pihak

Kita Berusaha Sebaik Mungkin
Tak Berjaya Hanya Sebelah Pihak Sahaja
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI