Sebaik melahirkan anak, mak-mak tidak boleh mengambil makanan sesuka hati. Ini masa berpantang dengan makanan tertentu untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan diri.
Baik bersalin normal atau pembedahan, pengambilan makanan masa berpantang tetap sama. Bimbang tak pantang, mak-amak boleh bentan. Ini belum lagi kalau buat kerja berat. Lagi bahaya.
Jadi masa berpantang mak-mak kenalah rehat dan mengambil makanan yang berkhasiat diri dan juga dalam menyumbangkan susu untuk bayi.
Ada juga mak-mak masa berpantang hanya mengambil lauk tertentu sahaja. Biasanya hanya ikan selar, salmon dah haruan. Tapi sebenarnya, ada beberapa jenis ikan yang boleh mak-mak makan semasa berpantang.
Perkongsian daripada Aizah Zarirah ini boleh dijadikan panduan tentang beberapa jenis ikan yang boleh mak-mak ambil masa berpantang. Malah, terbukti khasitnya pada ibu berpantang.
Biasanya makanan yang selalu dihidangkan sebagai sumber protein buat ibu yang sedang berpantang adalah ikan. Tapi, bukan semua ikan boleh dimakan (Oleh sesetengah ibu), atas sebab tertentu. Kaedah memasak ikan buat ibu berpantang seelokknya secara kukus, rebus, atau bakar.
Antara jenis-jenis ikan yang sesuai buat ibu yang sedang berpantang:
IKAN HARUAN
Ikan haruan sangat popular untuk dijadikan pilihan sajian sepanjang tempoh berpantang. Hal ini kerana ikan haruan dipercayai mempunyai khasiat dan zat dalam membantu menyembuhkan luka dalaman serta luaran.
Ads
ikan haruan.
IKAN JENAHAK
Ikan ini hidup di paya bakau, muara dan laut lepas, disebabkan itu juga harga ikan jenahak agak tinggi di pasaran kerana ia sukar didapati berbanding dengan ikan yang lain.
ikan jenahak.
IKAN TENGGIRI
Ikan Tenggiri sebagai sumber tenaga dan ia juga mampu memberi zat kepada ibu yang sedang menyusukan bayi. Terdapat Omega 3 yang baik di dalam ikan ini bagi meningkatkan kecerdasan dan menghindarkan kecacatan pada bayi.
ikan tenggiri.
IKAN KERISI
Khasiat ikan kerisi adalah sama dengan ikan haruan iaitu menyembuhkan luka dalaman namun tidak setanding ikan haruan kerana kesan ikan kerisi lebih kuat berbanding ikan haruan.
Ads
ikan kerisi
IKAN SELAR
Isi ikan selar rasanya manis, ia sangat sesuai untuk ibu berpantang. Walau bagaimanapun, ikan selar mempunyai dua jenis iaitu ikan selar kuning dan ikan selar yang tiada garisan kuning pada badannya.
Yang boleh dimakan adalah ikan selar yang tidak mempunyai garisan kuning pada badannya. Ikan selar yang mempunyai garisan kuning pada badannya, tidak boleh dimakan kerana ia akan memberi bisa pada badan yang mempunyai luka dalaman.
ikan selar.
IKAN MERAH
Ikan merah kaya dengan zat bagi menurunkan tekanan darah tinggu dan juga mampu mengurangkan risiko terkena sakit jantung. Ikan ini juga mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lemak pada ikan ini adalah sihat untuk ibu berpantang.
ikan merah.
IKAN SENANGIN
Selain ikan tenggiri, ikan senangin juga mempunyai Omega 3 yang baik bagi membantu meningkatkan kecerdasan ibu. Ikan ini juga mengandungi zat besi bagi mencegah anemia pada ibu dan meningkatkan oksigen di dalam darah.
ikan senangin.
Ads
IKAN BAWAL PUTIH
Untuk pengetahuan anda, ikan ini dapat menjaga kesihatan jantung secara menyeluruh, memperbanyakkan kolesterol baik dan mampu mencegah pembekuan darah.
ikan bawal putih.
Kesimpulannya, mak-mak yang berpantang digalakkan mengamalkan ikan-ikan di atas kerana ia mempunyai isi perut yang putih. Kesihatan ibu semasa berpantang bermula dengan cara pemakanan.
Mingguan Wanita : Bagi yang bakal bersalin dan dalam pantang, bolehlah dijadikan panduan. Nanti tidaklah boring hidangan yang sama.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya malah boleh jadi hiasan landskap depan rumah pula. Macam tanam pokok kobis ni. Cantik sungguh, macam di taman bunga. Tak perlu kawasan tanah tinggi pun nak tanam kobis, 3 bulan dah boleh dapat hasilnya.
Jika mak-mak nak cuba tanam pokok kobis sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih kobis ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Rose Eima ini.
“Ini pengalaman saya tanam kobis. Saya tanam kobis mula 2014, pengalaman manis sebab setiap kali tanam pokoknya membuahkan hasil dan cantik dijadikan landskap depan rumah. Sampai ade bagi gelaran kak rose kobis. Biasa setiap tahun saya akan tanam sekali. Tahun ni baru semai benih.”
Semai Benih Kobis Cara Saya:
1.Masukkan tanah dalam pasu hingga separuh.
2.Kemudian letakkan benih kobis.
3.Selepas itu letak lapisan tanah nipis je atas benih kobis tu supaya waktu siram benihnya tak terkeluar.
4.Siram dah biarkan hingga benih bercambah.
Biasanya hari ke 5 dah keluar cambah benih. Baru semai saya letak banyak-banyak biji benih..tapi kalau dah besar 1 pokok 1 pasu. Inshaallah menjadi kalau betul cara penjagaannya.
Saya tanam dalam 3 bulan dah dapat hasil sebab kita berada di tanah rendah.
Info Ekstra!
Saya guna antiserangga organik dan baja tahi ayam. Kena selalu letak dalam 1 minggu sekali.
Kawasan Tanah rendah pun boleh tanam kobis.Tapi memang lebih sesuai tanam di tanah tinggi.Saya hanya stay di klang je kawasan panas, tak perlu tanah tinggi.
Saya pernah guna biji benih jenama serbajadi dan green world..dua-dua ok.
MW: Jadi bolehlah cuba tanam sendiri pokok kobis ni di rumah. Selain jimat belanja dapur tak perlu beli kobis, memang cantik untuk dijadikan landskap depan rumah juga.
Pokok Rosemary antara pokok herba Inggeris yang digemari ramai. Aroma dedaunnya sahaja sudah cukup semerbak dijadikan salah satu bahan perapan untuk ayam, daging, kambing dan sebagainya. Tak susah sebenarnya nak tanam pokok herba ini di rumah jika tahu teknik dan caranya.Jika tidak ia akan mudah cepat layu dan mati.
Rupanya pokok Rosemary ini perlu diletakkan di tempat panas dan air secukupnya. Barulah ia mudah membiak dan segar bugar. Itu antara tip penjagaan pokok Rosemary yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafirsendiri.
Berikut perkongsian tersebut;
Daripada 1 pokok utama, atas cadangan dan permintaan saya potong beberapa batang pendek/kecil dan cucuk ke tanah, Alhamdulillah ada 7 anak pokok baru, pokok Rosemary.
Rosemary ini daunnya kita guna perap ayam, kambing, daging untuk bakar. Fuh, sedap!
Dan letakkan daunnya dalam air teh o panas. Fuh, sedapnya!
Saya beli anak pokok di nurseri je. Tak sangka mudah membiak.
Cara Penjagaannya:
Saya tidaklah tahu sangat. Cuma berdasarkan pengalaman, saya letak tempat teduh (garaj) dan dalam rumah, pokoknya tak segar, daun pun kekuningan.Sekarang letak tempat panas, sihat segar-bugar.
2. Selalu siram, at least 1 kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biar basah tanah setiap kali siram.
3. Saya letak baja 1 kali sebulan, 1 sudu teh baja setiap kali letak, baja subur dari Kedai Eco saja saya guna.
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...