Bakar kulit muka. Wanita tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Sebolehnya mahu kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut. Hinggalah sanggup buat apa saja untuk tampil cantik, kulit muka tegang dan licin.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang mahu klelihatan awet muda dan tak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya sampai sanggup menahan sakit dengan bakar kulit muka.
Dia ingin memiliki wajah yang awet muda dan tidak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya.
Jadi, untuk merealisaikan perkara ini, dia telah membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko dengan rawatan yang ekstrem.
Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif. Dia diberikan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit
Ads
Kaedah rawatan ini tidak menyakitkan dan sangat pantas. Dia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan.
Dia telah berjumpa dengan pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol.
“Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso.
Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol. Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini.
“Ia dikatakan luka melecur tahap kedua tapi terkawal,” tambah Mariana Losso lagi.
Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan. Tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku.
Ads
Kemudian, akan ada pengelupasan yang mana ia digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah.
Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul.
Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah. Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan, sehinggalah ia nampak perubahan penampilan barunya.
Dapat Kecaman
Walaupun Regina gembira dengan penampilan barunya dan berjaya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan.
Ads
Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki.
Mingguan Wanita : Sebab tak nak dapat tua, sanggup pula dia.
Bukan mudah galas tanggungjawab pimpin suami mualaf. Lana Nordin bersyukur suami tunjuk perubahan sekarang semakin rajin tunaikan solat.
Mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan saudara baru bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh diambil ringan. Apatah lagi wanita berkahwin lelaki yang baru memeluk Islam. Sememangnya tugas sebagai hamba Allah sangatlah besar untuk membimbing dan mendidik Mualaf.
Ibu kepada dia cahaya mata, Lana Nodin memberitahu suaminya Mohd Daud McKienzie kini semakin rajin menunaikan solat dan mendidik anak-anak dengan ilmu agama.
Untuk rekod Lana mendirikan rumah tangga dengan Daud pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 9; dan William Daud Mckienzie, 6.
Bukan Mudah Galas Tanggungjawab
Perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu menurut Lana bukan mudah untuk mendidik seorang mualaf. Namun dirinya sangat bersyukur dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Mohd Daud.
“Daud juga banyak bertanya mengenai ilmu agama pada saya tapi dia bukanlah ‘liberal’. Sekarang dia sudah tahu bagaimana nak mendidik anak-anak perkara asas dalam Islam kerana anak-anak juga sering bertanya kepadanya,” kongsi Lana seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Undang Pasangan Ustaz dan Ustazah Ajar Ilmu Agama
Bagi memantapkan ajaran agama, Lana dan suami mengundang pasangan ustaz dan ustazah untuk mengajar ilmu agama.
“Ia satu cabaran buat saya untuk membimbing suami dan anak-anak kerana ada perkara berkaitan agama yang kita sendiri pun tidak tahu.
“Justeru, saya mengambil pasangan ustaz dan ustazah untuk mengajar ilmu agama kepada kami sekeluarga di rumah pada hujung minggu,” luah Lana.
Perubahan Drastik
Kongsi Lana lagi suaminya semakin hari semakin berubah dan rajin mendalami agama Islam.
“Alhamdulillah, saya nampak perubahan suami daripada susah nak solat, sekarang dia sudah rajin solat. Dia juga sangat menepati masa untuk tunaikan waktu solat Jumaat.
“Anak-anak pun sering bertanya padanya kalau dia tak solat. Kalau dulu saya yang akan jawab tapi sekarang saya nak suami sendiri yang jawab pada anak-anak,” sambung Lana Nordin.
Suami Punyai Ramai Kenalan Muslim Sebelum Peluk Islam
Lana juga menjelaskan sebelum memeluk Islam suaminya mempunyai ramai kenalan muslim oleh itu mudah untuk Mohd Daud mendalami ilmu Islam.
“Suami mempunyai ramai kenalan beragama Islam di sana dan bila memeluk Islam perjalanannya sangat mudah.
“Contohnya mengenai ibadah puasa, dia pernah berpuasa sebelum ini kerana dia atlet dan dia anggap berpuasa juga bagus untuk kesihatan,” kata Lana lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pandangan umum bagi wanita untuk menjadi supermodel, haruslah memiliki pakej lengkap iaitu sempurna keadaan fizikalnya, memiliki ketinggian yang sewajarnya serta bertubuh badan langsing.
Namun siapa sangka, ketidaksempurnaan fizikal iaitu dilahirkan dengan kudung tangan kiri merupakan satu kelebihan buat Kelly Knox, 38, apabila mampu menjadi model rebutan jenama antarabangsa.Wanita ini mampu menjadi cantik dengan cara tersendiri.
Knox yang dilahirkan tanpa lengan kiri menjadi popular selepas menjuarai program Badan Penyiaran British (BBC) iaitu Britain’s Missing Top Model pada tahun 2008.Pada mulanya Knox tidak mahu menjadi seorang model. Dia menyertai pertandingan tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi pada orang-orang yang memiliki kekurangan seperti dirinya.Namun akhirnya jatuh cinta dengan dunia modelling ini.
Knox kini telah hampir 14 tahun melibatkan diri dalam bidang modelling dan sebaris dengan supermodel antarabangsa lain seperti Kate Moss, Gisele Bundchen, Adriana Lima, dan lain-lain.
Kehadiran model berstatus orang kelainan upaya (OKU) ini, kian mampu membuka mata jenama antarabangsa dalam menggayakan produk mereka. Antara projek terbaru Kelly Knox adalah menggayakan pakaian dari gedung peruncit fesyen mampu milik, Primark. Lantaran memilih Knox menjadi modelnya, Primark menerima beratus-ratus komen positif dan pujian berhubung kempen terbaharunya yang memaparkan seorang model berstatus orang kelainan upaya (OKU).
Kempen menerusi laman Instagram itu memaparkan model Knox memakai baju sejuk berwarna kuning dan skirt cetakan corak harimau bintang. Paparan menerusi laman media sosial gedung berkenaan menerima hampir 97,000 ‘Likes’ dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Primark mempunyai seramai 5.9 juta pengikut.
“Terima kasih kerana menunjukkan kepelbagaian model. Jenama-jenama lain harus mencontohi anda,” kata seorang pengguna Instagram.
Seorang OKU meninggalkan komen: “Terima kasih Primark. Saya juga model OKU dengan kerusi roda yang cuba membawa kepelbagaian kerana ia satu misi penting.
“Ini adalah cara sebenar yang harus dilakukan semua jenama pakaian lain. Setiap insan berbeza bentuk (anggota badan) dan saiz. Teruskan usaha terbaik ini,” kata netizen lain.
Jadi buat wanita lain yang merasakan diri tidak sempurna dari segi fizikal, jangan mudah rasa rendah diri.Setiap wanita adalah cantik dan ‘sempurna’ dengan cara yang tersendiri. Jadikan kisah Kelly Knox ini sebagai satu kisah inspirasi. Siapa sangka kekurangan yang ada merupakan satu kelebihan dalam diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hadiah hari lahir Sweet Qismina, Adam Lee ikat tali pertunangan. Wah sama cantik sama padan, semoga ikatan ini berakhir ke jenjang pelamin.
Mingguan Wanita doakan pasangan pelakon yang sudah menyulam percintaan selama tiga dipermudahkan jodoh mereka hingga ke tarikh pernikahan.
Sweet Qismina dan Adam Lee masing masing memuat naik gambar pertunangan di Instagram dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan suka melihat pasangan ini.
Seperti yang dimaklumkan, majlis pertunangan pasangan ini berlangsung pada 24 Oktober di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hadiah Hari Lahir Sweet Qismina, Adam Lee Ikat Tali Pertunangan
Paling menggembirakan tarikh tersebut juga merupakab sambutan ulang tahun Sweet Qismina yang ke 24 tahun. Ternyata majlis pertunangan ini berganda kemanisannya buat gadis yang cukup ayu ini.
"Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang," ungkap Sweet Qismina.
Peminat Sering Bertanya Bila Hendak Ada Ikatan
Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.
"Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya 'kapan' (bila) mahu ada ikatan sah.
"Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya," kata Sweet Qismina yang telah lama merancang untuk mengadakan majlis pertunangan ini.
Ikat Tali Pertunangan Selama Setahun
Sweet berkata, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun.
"Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.
"Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula," sambungnya.
Sumber Foto : @blackpepperproduction dan Instagram Sweet Qismina
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...