Wanita Ini Kuat Tetapi Mengalah Kerana HORMAT, Setelah Berkahwin Suamilah Segalanya

Share

Wanita sebenarnya memang kuat tetapi demi perasaan hormat mereka sanggup mengalah. Maklumlah setelah berkahwin, suaminya yang diutamakan. Begitu juga anak-anak, keutamaan isteri jatuh kepada suami dan anak-anak daripada perasaan sendiri.

Sebenarnya bukan mudah untuk mengalah tetapi wanita sanggup mengorbankan impian mereka semata-mata untuk melihat rumah tangga yang dibina bahagia. Oleh itu, sebaiknya suami hargailah sebaiknya isteri.

Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda ini dan hadam baik-baik.

Wanita ini kuat namun mereka mengalah kerana hormat. Wanita ni apabila sudah berumah tangga, suami dan anak-anaklah sahabat mereka. Sahabat bermain, bergaduh dan sebagainya.

Malah mereka banyak mengorbankan semua impian dan masa mereka demi memberi tumpuan kepada keluarga. Lebih-lebih lagi jikalau anak-anak masih kecil.

Ada juga kaum wanita sanggup melepaskan kerja mereka yang gajinya mencecah ribuan ringgit demi memberi tumpuan sepenuh masa kepada keluarga. Oleh itu, para suami seharusnya berterima kasih dan lebih menghargai isteri anda.

Selain itu, taatnya seorang isteri ini mereka sanggup meninggalkan keluarga mereka demi untuk mengikut suaminya ke mana saja tempat tinggalnya sama ada mewah atau sebaliknya. Itulah hebatnya seorang wanita.

Baca Juga Di Sini:

Isteri Garang Dan Keras Kepala Macam Mana Pun, Lelaki Ini tetap Pilih Untuk Mengalah!

Isteri Berleter Bukan Marah Atau Panas Baran TAPI Sekadar Luah Perasaan

Info Lebih Menarik, Klik Saja Di Sini. 

Setelah Berkahwin, Isteri Mengalah Demi Suami

Yang lebih menyedihkan ada di antara sesetengah suami setelah berkahwin, mereka mula menjadi lupa diri, hidup seolah-olah seperti orang bujang dan lebih kejam lagi berlaku curang kepada isteri mereka. Berseronok di luar sana sehinggakan mengabaikan isteri dan anak-anak.

Hidup hanya mencari keseronokan sahaja tanpa peduli isteri dan anak-anak di rumah tidak mengambil tahu sama ada makanan dan keperluan mereka mencukupi atau sebaliknya. Ini memang kerap berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Wahai para suami, cuba anda lihat betapa besarnya pengorbanan isteri anda demi untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan harmoni.

Oleh itu, tolonglah jaga hati dan perasaan isteri anda yang sanggup meninggalkan pekerjaannya, keluarga, kawan-kawan demi untuk bersama anda. Tidak pernah merungut susah atau senang bersama anda.

Isteri Selekeh, Mengalah Untuk Keluarga

Jika suatu hari di takdirkan isteri anda kusut dan selekeh itu tandanya mereka sangat penat dan mereka juga tidak mampu dari segi kewangan untuk mencantikkan diri mereka.

Jadi sebagai suami, andalah yang sepatutnya menyediakan semuanya untuk isteri anda. Jika anda mahu nampak mereka setiap hari dengan hati yang gembira serta muka yang ceria, Maka andalah yang patut menyediakan semuanya bukan hanya tahu komplen dan merungut sahaja.

Kena ingat kembali semasa awal perkahwinan, apa janji anda kepada isteri anda? Adakah janji-janji tersebut ditunaikan atau sebaliknya. Kalau belum lagi, cepat-cepatlah tunaikan kerana isteri anda adalah amanah yang azali kepada anda.

Hargailah Isteri Yang Selalu Mengalah

Kalau tidak mampu jaga, maka jangan berani menjadi suami. Jikalau masih belum puas ‘enjoy’ lagi, buatlah sepuasnya sebelum berumah tangga. Ingat jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab anda kepada isteri dan anak-anak anda.

Sesungguhnya Allah sudah takdirkan jodoh kita dengan siapa, dimana dan bagaimana pertemuannya itu. Maka, kita seharusnya bersedia dan jangan menganggap mereka ini beban atau menyusahkan.

Buat baik maka baiklah balasannya jika sebaliknya nanti kita akan menyesal di kemudian hari. Jangan sesekali aniaya isteri dan anak-anak anda kerana nanti dimurkai Allah dan sempit rezekinya.

Sekian, Terima Kasih.

#kisahkehidupan
#catatankupengalaamanku

MW: Sebaiknya sebagai suami, hargailah isteri sebaiknya kerana dia telah banyak berkorban demi anda dan keluarga. Sesungguhnya setiap pengorbanan sang isteri tak terbalas dengan wang ringgit.

Sumber: Cikgu Nurul Haslinda

Published by
Nur Syazwani Mehat