Wanita Ini Kongsi WAKTU TERBAIK Bercuti Ke Kelantan, Tempat Wajib Singgah!

Share

Sebut saja negeri Kelantan, mesti terbayangkan makanan yang pelbagai dan enak-enak. Ini belum lagi dengan tempat-tempat menarik yang wajib kita pergi.

Sebenarnya bukan hanya negeri Kelantan tapi ada juga negeri lain yang turut mempunyai pilihan makanan, tempat bersejarah dan menarik.

Walau bagaimanapun, negeri Kelantan boleh menjadi salah satu negeri pilihan untuk anda kunjungi ketika bercuti. Sementelah, barangan yang dijual pun masih lagi murah berbanding negeri lain. Mungkin?

Jangan terkejut, bila cuti saja, negeri Kelantan mesti akan sesak. Bukan hanya kepulangan anak-anak perantau bertemu keluarga tapi turut menyambut kehadiran pelancong dari negeri lain.

Sebab itulah, kalau nak datang bercuti ke Kelantan kena ada waktu sesuai. Kalau tak, bersesaklah di merata tempat.

Sebab itu, nak datasng bercuti ke Kelantan kena ada waktunya, seperti yang dikongsikan oleh Masayu Ahmad ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan SERIK Bawa Anak Kecil BERCUTI, Layan Karenahnya, Inilah Dikenang Sampai Bila-Bila

Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai

Info Lebih Menarik DI SINI

Bercuti Ke Kelantan? Waktu Sesuai?

Bila waktu yang sesuai datang ke Kelantan?

Jangan datang!
1. Musim cuti sekolah.
2. Musim perayaan.
3. Musim tengkujuh.

Tiga di atas adalah pilihan waktu puncak, sangat ramai dan jalan raya mulai sesak dan padat. Terutama cuti sekolah dan perayaan.

Boleh datang, akan tetapi risiko adalah atas pilihan sendiri. Waktu yang sangat sesuai adalah pada tarikh tarikh perantaraan cuti.

Jalan lebih lapang, tempat makan lebih tenang, harga lebih mesra pelanggan.

Boleh tak datang Disember? Boleh.

Tak ada masalah. Tetapi risiko adalah atas pilihan sendiri.

Disember adalah cuti sekolah dan musim tengkujuh. Tidak semua daerah di Kelantan banjir.

Tetapi cuaca mendung dan hujan. Adakala seminggu hingga dua minggu. Adakala terang dan cantik. Sejuk, mendung dan hujan lebat adalah berselang seli.

Tuan puan perlu lebih peka kepada ramalan kaji cuaca dan juga lokasi banjir. Tidak semua daerah banjir.

Pilihan bercuti pada masa ini juga seronok kerana cuaca tidak panas. Ketika waktu puncak cuti sekolah, pilihan lain yang lebih selesa adalah masa lain selain cuti sekolah.

Kalau dilihat trend mereka yang bercuti di Kelantan adalah dari luar Kelantan.

Kebanyakan mengatakan faktor makanan murah dan sedap menarik untuk datang ke sini.

Kalau bercakap dengan penjual bahan basah segar tepi jalan mereka akan melaporkan trend keluar masuk.

“Minggu ni tadok ore kak, ore ore Kelate tubik derak keluar. Jadi jualan perlahan.”

Juga kalau lihat waktu puncak hari hari cuti utama dan jalanraya mulai sesak. Itu petanda ramai dari luar Kelantan yang masuk.

Rancang percutian ke Kelate.

1. Lihat kalendar pada musim cuti sekolah kalian berebut dengan warga Kelantan yang berada di luar Kelantan. Pada masa inilah juga mereka mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Elakkan datang pada waktu begini. Jika mahu juga pastikan pilihan pada pertengahan atau ketika hujung cuti berakhir.

2. Sekali lagi pada musim perayaan, biasanya kesesakan trafik di Lembah Klang akan berpindah ke Kelantan. Bukan sahaja warga asal tetapi warga negeri negeri lain juga turut sama bergembira mahu datang ke sini. Faktor pendorong utama adalah makanan unik bulan Ramadhan dan menjelang Syawal seperti akok, percik dan gulai kawah. Aneka kuih muih dan lauk pauk harga yang murah dan sedap.

3. Rancang penempatan atau penginapan lebih awal dua bulan. Kalau bulan hadapan mahu datang hari ini baru buat tempahan, baiklah jangan datang. Kebanyakan tempat menginap sudah penuh.

4. Bukan orang negeri negeri lain juga teruja mahu makan di tempat tempat viral dan sedap, anak jati Kelantan juga begitu. Tempat viral sangat lapang pada bukan cuti sekolah. Sekiranya datang cuti sekolah, pilih untuk bersantai pada awal pagi bukan pada petang. Pilih pertengahan hari bekerja bukan hari minggu. Hari minggu di Kelantan adalah pada Jumaat dan Sabtu. Jadi pergilah pada hari Isnin, Selasa dan Rabu untuk keadaan kurang sesak dan lapang.

5. Sarapan apa? Wajib cuba sarapan ala Kelate, pulut pagi, nasi kerabu dan nasi berlauk. Jangan cari nasi lemak. Cari sarapan yang tidak ada tempat kalian.

6. Hari Jumaat kebanyakan kedai makan tutup di Kelate. Akan tetapi masih ada kedai kedai popular yang masih dibuka. Harga makanan masih murah sekitar pasar pagi, kedai pati, gerai jualan kampung. Jejaklah kategori pati dan gerai jualan kampung. Harga masih murah dan sedap. Kedai viral tidak semestinya sedap sebenarnya. Walaupun ada yang sedap dan kebanyakan kedai makan tersorok lebih sedap dan berbaloi baloi.

7. Untuk beli belah boleh jejak Pengkalan Kubor, Tumpat dan juga Rantau Panjang. Wajib sampai Pasar Siti Khadijah. 8. Pesisir Pantai yang viral Pantai Mek Mas, Pantai Senok aka Pantai Nami, Pantai Kemayang. Ada banyak pilihan penginapan murah dan bajet sepanjang pesisir pantai Bachok dan Pasir Puteh.


Mingguan Wanita : Penang, Kedah, Terengganu pun antara tumpuan juga. Tak kisah pun, paling penting dapat berjalan-jalan. Cuma kalu nak datang negeri tumpuan tu kena tengak waktunya…nanti bersesak-sesak. Terus hilang mood bercuti.

Sumber: Masayu Ahmad
Page: Cuti Cuti Kelantan

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora