tragedi

Bukan mudah sebenarnya hadapi detik cemas seperti menyelamatkan nyawa akibat lemas ini. Kebiasaannya kita akan panik dan buntu dengan apa perkara yang perlu dilakukan. Tindakan pantas wanita ini lakukan berjaya menyelamatkan nyawa adiknya wajar menjadi panduan buat mak ayah agar waspada dan tahu apa yang perlu dibuat jika hadapi detik sebegini.

Berikut merupakan perkongsian daripada wanita ini, semoga bermanfaat;

KRONOLOGI
Tragedi LEMAS di private pool Grand Lexis Hibiscus Port Dickson

Akak bersama 3 orang anak iaitu Anies Nureen Atilea 14 tahun, Ryan 8 tahun , Eve 6 tahun dan adik bongsu akak Niess DynaaAyuni 14 tahun (kami berlima) baru balik dari breakfast. Bila anak-anak buat keputusan nak mandi pool , akak memang izinkan memandangkan time baru jam 10.30am. Check out time jam 12.00pm. So ada lebih kurang 1jam ++ utk diaorang mandi.

Tak sampai 5-10 minit selepas tu terdengar Nureen (anak sulung akak) menjerit nama Ucu dia (Ucu@Ayuni adalah adik bongsu akak).
Akak yang ada dekat dengan situ sedang nak caj handphone keluar dan tengok kat kolam Ayuni dah telangkup dalam kolam.

So akak tarik dia keluar dari kolam.
Bila letak je, nafas akak dah ‘terhenti’.
Ya Allah..!!!
Mata Ayuni dah naik ke atas!
Mulut dan kuku semua dh BIRU !!!
Dan apa yg akak fikir masa tu adalah CPR.!!!

Yess.. CPR !!!

CPR yg pertama…
Ayuni tak respon !!

CPR kedua..
Masih tak respon!!!

CPR ketiga..
Ada sedikit respon gerak kaki dan muntah sebahagian makanan.

Akak tak berhenti berusaha.
Betulkan kedudukan dia mengiring
Dan dalam masa yang sama akak jerit untuk tarik perhatian orang lain.

Akak minta Nureen call tekan ‘0’ utk sambungan kepada lobby hotel dan jerit ayat LEMAS !!! EMERGENCY!! LEMAS!! EMERGENCY!!

Kebetulan ada guest hotel yang sedang berkayak terdengar jeritan akak. Mereka pun sama-sama menjerit pada skuad bantuan. Skuad bantuan datang dari arah laut kerana mereka fikir ada yang jatuh ke laut.

Ads

Dalam beberapa minit skuad resque diaorg diketuai Capt. Syed sampai dan terus membantu dan berusaha menyelamatkan Ayuni. Ketika itu Ayuni berjaya muntahkan semua. Kulit, bibir, kuku dah semakin MERAH.
It’s a good sign actually ALHAMDULILLAH!!!
Bantuan ambulan kemudian tiba dalam masa 10 minit. PANTAS!

PENTING !!! untuk akak bagitau kat sini :-

1. Ilmu Asas CPR adalah sangat penting untk kita

Akak @ resque team BUKANlah penyambung hayat Ayuni tapi kami berusaha bersungguh2 untuk memastikan Ayuni menerima kaedah terbaik bagi menyelamatkan nyawanya dalam kadar masa sesegera mungkin. Jadi setiap kita WAJIB tahu asas menyelamat untuk kes sebegini. Dengan izin Allah usaha kita yang sedikit ini mungkin membantu menyelamat nyawa-nyawa insan yang tersayang.

2. Beri taklimat asas pada anak-anak

Sekiranya emergency berlaku seperti tadi. Bagaimana nak call lobby dan apa yang perlu cakap. INFO perlu RINGKAS dan PADAT.

3. Lontarkan sekuat-kuat suara untuk menarik seramai mana orang untuk datang membantu dan keluarkan semua ilmu asas yang ada.

Ads

4. Lazimnya kita hanya risaukan dan lebih memberi perhatian kepada anak yg kecil sedangkan kita lupa anak yang besar juga mempunyai risiko yang sama.

5. Jangan terlalu PENTINGKAN PRIVACY kerana ada waktu dan ketika kita perlukan bantuan orang dalam hal-hal kecemasan. Semakin jauh kita dari orang ramai semakin berisiko kita utk mendapatkan bantuan.

ELAKKAN..!!

1. Elakkan BERTANDING siapa menyelam paling lama

  • Ini kerana Nureen dan Ayuni selalu berlumba melihat siapa yang mampu tahan nafas paling lama didalam air so Nureen ingat Ayuni lakukan perkara yang sama.

2. Elakkan mandi SELEPAS MAKAN @ ketika perut penuh dengan makanan

  • Ayuni dikatakan berkemungkinan tersedak/sendawa didalam air dan panic sehingga gagal mengawal badan didalam air. Apa yang dia sedut sepatutnya udara namun air yg masuk ke paru-paru.

3. Elakkan mandi ketika cuaca PANAS TERIK

  • Ayuni juga disyaki pitam kerana cuaca agak panas ketika itu.

Lemas BUKAN hanya sebab :-

1. Paras air kolam yang dalam
Kedalaman kolam cuma 1.2m dan hanya paras atas pinggang Ayuni yang berusia 14 tahun dan bertinggian 159cm . Kedalaman kolam consider cetek untuk ketinggian dewasa.

Ads

2.Tak pandai berenang
Untuk kedalaman itu kita tak terfikir pun untuk dia lemas.

3.Kejang otot akibat terlampau lama berada dalam air
Baru sekitar 5 minit berada dalam air dan agak mustahil untuk kejang akibat kesejukkan.

HIKMAH yang akak dapat..

Sewaktu pendaftaran akak ada mohon untuk dapatkan bilik yang bertentang dengan laut. Which is memang antara bilik yang paling hujung dan penuh privacy.
Namun gagal kerana bilik tu dah fully booked jadi akak redha je bila dapat bilik yang kedudukannya ‘kurang privacy’ kerana berada BERHADAPAN dengan bilik-bilik lain.

So hikmah kat sini RAMAI yang mendengar jeritan akak didalam bilik termasuk jiran bilik dan juga tetamu yang sedang berkayak.
Bayangkan sekiranya semua ni berlaku mengikut bilik yang ‘menepati kehendak’ akak yang inginkan PRIVACY tadi..entah la apa yg jadi.

So kesempatan ini akak nak ucapan TERIMA KASIH pada team bantuan Capt Syed yg membantu dalam usaha menyelamat sehingga selesai urusan ambulan dan sebagainya, guest hotel yang berkayak yang sama-sama menjerit. Dan tak lupa pihak pengurusan Grand Lexis Hibiscus yang memanjangkan tempoh penginapan anak-anak TANPA BAYARAN TAMBAHAN sepanjang akak uruskan Ayuni di hospital.

Moga apa yang berlaku dapat diambil iktibar buat semua.Allah memang betul-betul bantu akak anak beranak..Syukur Ya Allah..!

Wanita Ini Kongsi Tragedi Adik Lemas, Tindakan Pantas Yang Dilakukannya Berjaya Selamatkan Nyawa!

CONDITION AYUNI terkini :

Alhamdulillah dia dh sedar. Kandungan OKSIGEN dalam darah OK. BUT masih dalam pemantauan pihak hospital memandangkan dalam paru-paru dah terisi air. Terima kasih kepada yang mendoakan dan yang call akak minta maaf tak sempat pick up.

~Mell Amelia~
18 Oktober 2017
Grand Lexis Hibiscus PD

Sumber: Mell Amelia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI