Wanita Ini Kongsi Tip Simpanan, Penting Ada Duit Masuk Dulu Bukannya Berbelanja Lebih!

Share

Wang simpanan, salah satu perkara yang penting bagi setiap orang perlu lakukan. Penting simpanan tak kira berapa banyak pun, kita kena ada untuk kegunaan waktu-waktu terdesak.

Bila simpanan ada, sudah tentulah ada duit masuk. Ketepikan sedikit untuk jadikan simpanan dan selebihnya digunakan untuk membanyar perbelajnaan atau hutang piutang.

Ada cara yang boleh kita praktikkan untuk simpanan ini. Boleh ikuti tip dari Nur Zulaikha ini. Paling penting, bila dah buat simpanan jangan pula terguna untuk perbelanjaan yang tidak perlu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Sampai Hujung Bulan, Duit Habis, Cuba Tip Ini Hati Tetap TENANG, GEMBIRA

Shuib Reda “Duit Banyak Sekalipun Belum Tentu Dapat Kembalikan Isteri Saya..”

Info Lebih Menarik DI SINI

Penting Simpanan Pulihkan Kewangan

Ini cara untuk pulihkan balik kewangan diri.

1. Mesti ada pendapatan, kena ada duit masuk. Tak kira macam mana pun mesti ada!
2. Duit masuk lebih besar dari duit keluar. Pendapatan lebih besar dari komitmen dan perbelanjaan bulanan.
3. Buat simpanan 10% dari pendapatan setiap bulan. Lepas tu upgrade 20%, 30% setiap bulan untuk simpanan.
4. Miliki rizab 6 bulan gaji.
5. Pastikan miliki rizab 12 bulan gaji.
6. Mesti ada simpanan dalam bentuk emas.
7. Nak pergi ke dunia pelaburan, mesti bermula dengan sekecil-kecil simpanan, belajar menyimpan dulu.
8. Kena tahu pengurusan hutang dan harta.

Apa-apa hal, yang penting adalah yang pertama. Mesti ada duit masuk. Baru boleh nak bercakap pasal simpanan dan sebagainya.

Nak ada duit masuk/ nak tambah duit masuk?

Mohon pada Allah agar dibukakan jalan seluas-luasnya untuk kita, diberikan rezeki yang
terbaik untuk kita.

Niat kita mahu baiki kewangan diri kerana Allah, demi anak-anak dan keluarga kita.

Mingguan Wanita : Kena tahu urus kewangan, kalau tidak bekum tengah bulan, duit dah habis. Menyimpan pun tak sempat.

Sumber: Nur Zulaikha

Baca Menarik Lagi DI SINI: Isteri Ketepikan Sedikit Duit Belanja Untuk Simpanan Sendiri, Esok-Esok Tidaklah Susahkan Anak

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora