sabun mandi

Tidak dinafikan basuh baju putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan.Sebenarnya, ada tip mudah yang mak-mak boleh gunakan ketika cuci baju putih untuk memastikan ia kekal putih melepak dan tak perlu disental.

Mak-Mak boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini sebagai panduan;

Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.

Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So.. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse-nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?

Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.

Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.

Bahan-Bahan:

Sabun Mandi (Lux)
Penyagat
Sabun Baju

Ads

Wanita Ini Kongsi Tip Mudah Cuci Baju Uniform Sekolah Anak Agar Sentiasa Putih, Tak Perlu Sental!

Cara-Caranya:

1.Sagat sabun mandi secukupnya.

Wanita Ini Kongsi Tip Mudah Cuci Baju Uniform Sekolah Anak Agar Sentiasa Putih, Tak Perlu Sental!2.Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam didalam mesin basuh.

Wanita Ini Kongsi Tip Mudah Cuci Baju Uniform Sekolah Anak Agar Sentiasa Putih, Tak Perlu Sental!3.Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa, Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.

Ads

Wanita Ini Kongsi Tip Mudah Cuci Baju Uniform Sekolah Anak Agar Sentiasa Putih, Tak Perlu Sental!

Info Ekstra!

Saya guna 3 cawan sabun lux yang diparut + ½ cawan sabun biasa. 3 cawan sabun lux tu nampak macam banyak tetapi sesuai dengan sukatan minimum air yang telah diset kan oleh mesin basuh saya. Kalau sikit sangat, nanti sabun nya cair pulak.

Jangan risau, sabun tak berketul setelah direndam semalaman. sabun tu sempat cair & larut. Saya ada elergik dengan sabun basuh, so kaedah ini membantu saya supaya saya tak perlu sental baju & tangan pun selamat tak kena sabun.

Ads

Wanita Ini Kongsi Tip Mudah Cuci Baju Uniform Sekolah Anak Agar Sentiasa Putih, Tak Perlu Sental!

Semoga bermanfaat!

Selamat Mencuba!

MW: Terima kasih atas perkongsian tips ini. Jadi buat mak-mak yang nak cuci baju putih tu, seperti baju uniform kerja atau baju sekolah anak-anak bolehlah cuba cara ini. Barulah baju tahan lama, wangi serta nampak baru dan putih je selalu.

Sumber: Leena Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI