beli-perabot

Disember 2021 meninggalkan kenangan banjir yang cukup mendalam buat siapa pun yang diuji dengan musibah hebat ini. Bukan sedikit perabot mahupun barangan rumah yang rosak.

Sesetengah keluarga, boleh dikatakan ’total lost’ dan hilang harta benda. Selepas berkemas tentunya, terfikir pula mahu beli perabot untuk menempatkan barangan kecil yang ada di rumah.

Wan Chu berkongsi pada mangsa banjir yang mahu membeli perabot lebih baik untuk menggantikan perabot yang rosak. Hadamkan tipnya.

Tips beli perabot untuk mangsa banjir

Saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman ibu saya yang melalui banjir paling teruk sekitar 1971 dulu.

1) Mulakan dengan beli perabot yang ringkas tapi tahan lasak. Seperti kotak-kotak plastik, almari plastik, meja dan kerusi plastik. Tidak perlu fikirkan perhiasan-perhiasan buat masa sekarang.

2) Sasarkan pembelian perabot plastik ini untuk penyimpanan sementara yang baik dan dapat digunakan dengan efisyen. Keselesaan di tempat kedua.

3) Mula membuat target kewangan tertentu untuk miliki perabot yang lebih baik. Jangan terburu-buru dengan pelbagai tawaran yang disediakan di kedai-kedai perabot.

Ads

4) Buatlah pilihan yang menjimatkan bajet anda. Kedai-kedai barang terpakai juga ada menjual barang-barang yang masih baik dan boleh digunakan.

Baca sini : Anak lelaki lasak, jangan bagi alasan minimalis kediaman tak perlu sarat dengan perabot

Pilih Perabot Jati

5) Jika anda sudah bersedia untuk membeli perabot yang lebih baik pilihlah perabot berasaskan jati. Umumnya perabot jati kurang popular kerana berat, rekaan yang kurang menarik, agak sukar diperoleh serta harganya yang agak kayangan. Namun jati adalah perabot paling tahan lasak. Dalam situasi banjir ada kemungkinan yang rosak cuma span sahaja tapi binaan asas jati tetap kuat.

6) Anda masih punya pilihan lain seperti perabot solid wood. Kayu keras yang berat dan padu. Juga merupakan pilihan yang tidak popular kerana kurang menarik dan berat.

7) Pemilihan perabot besi juga mengurangkan risiko kerosakan. Namun perlu dipastikan Kadar ketumpatan besi tersebut adalah tinggi bagi mengelakkan ia berkarat dengan cepat atau mudah bengkok.

Ads

8) Selain itu jika anda seorang yang kreatif mgkin boleh hasilkan perabot daripada paip pvc sahaja. Ringan cuma agak kurang tahan lasak jika disasarkan untuk penggunaan jangka masa panjang.

9) Pembelian sofa berasaskan full leathers juga membantu mengurangkan risiko rosak dalam air. Pastikan kulit yang asli dan bukan campuran tekstil yang lain.

10) Pembelian perabot berasaskan papan partikel (chip board) boleh dibuat jika anda mempunyai bajet yang agak terhad. Namun perlu diingatkan perabot chipboard berisiko tinggi untuk mudah rosak jika terendam di dalam air dan agak merugikan untuk jangka masa panjang.

Bertenanglah! Kumpul Tabungan Beli Perabot

11) Ambillah masa untuk bertenang dan kumpul semula tabung untuk pembelian perabot anda. Tidak perlu membeli kesemuanya sekaligus. Beli sedikit-sedikit mengikut bajet dan keperluan terdesak anda.

Ads

12) Sebaiknya elakkan berhutang semasa membeli. Ingatkan diri sendiri bahawa pembelian perabot baru bukanlah keutamaan dalam masa musibah ini.

13) Musibah banjir memberi pengajaran pada kita bahawa sederhana itu perlu. Mungkin dekorasi rumah kita selepas ini lebih kepada minimalist di samping mengurangkan habit menyimpan yang tidak perlu. Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah ini sekali lagi InshaAllah kita tidak panik dengan barang yang terlalu banyak di rumah di samping mudah dan cepat untuk dikemas.

Berbelanjalah mengikut keperluan dan bajet kita. Utamakan keperluan asas hidup seperti makanan pakaian dan tempat berteduh. Keselamatan diri dan yang tersayang adalah lebih utama.

Semoga membantu InshaAllah

Mingguan Wanita : Semoga mangsa banjir yang mengalami kehilangan atau kerosakan barang diberikan kesabaran yang tinggi. Dan moga digantikan dengan yang lebih baik lagi.

Sumber/Foto : Wan Chu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI