Proses bersalin ni suatu ‘rezeki’ juga sebenarnya. Ada wanita yang cukup mudah dan senang sangat prosesnya, sekejap je dah terbuka laluan dan bersalin. Namun ada juga wanita, yang mengambil masa berjam-jam, malah berhari-hari baru laluan terbuka dan dapat bersalin dengan sempurna. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang melalui proses bersalin ini buat kali pertama. Sebenarnya, ada tip dan petua tertentu yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses bersalin seperti yang dikongsikan oleh Puan Shuhara Sukri
ini.1. Dua minggu sebelum due date, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
2.Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.
3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.
4.Rebus epal hijau pastu makan time tengah sakit contraction
Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
5.Time kat labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan Doa Nabi Yunus (La’Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minal Zolimin) serta sebut “Ya Fattah” berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
6.Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nak bersalin. (Agar nanti baby lahir kulitnya bersih je)
7.Makan kurma dalam bilangan ganjil.
8.Banyakkan berjalan, naik tangga ke.Exercise sebelum deliver baby.
9.Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby.
10.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
11.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk.
12.Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
13.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.
14.Amalkan baca “Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir” sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.
15.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
16.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.Berkat kata orang. Paling penting mohon maaf dengan suami dan semua orang, minta doa daripada mereka agar dipermudahkan proses ini.
Sumber:Shuhara Sukri