Wanita Ini Kongsi Teknik & Ramuan Istimewa Ayam Goreng Berempah Yang Dibuat Berniaga, Memang Sedap!

Share

Rupanya ada teknik dan ramuan istimewa bagi menghasilkan Ayam Goreng Berempah jadi lebih sedap daripada biasa.Menu ayam goreng berempah ini cukup mudah disediakan, aromanya mampu membuka selera dan memang tak cukup seketul, apatah lagi jika dinikmati waktu panas-panas.

Perkongsian resipi ini daripada Puan Najwa Romli

. Beliau berkongsi bahan-bahan yang digunakan serta mengajar cara nakmenghasilkan Ayam Goreng Berempah yang bukan sahaja rangup diluar namun tetap lembut didalam. Menurut beliau lagi, resipi ini juga merupakan ramuan yang sama beliau gunakan untuk berniaga.

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Ni kakwa nak share resepi ayam goreng rempah yang kakwa buat berniaga. Resepi ni sangat sesuai untuk mak-mak yang super duper bizi mengalah Ketua JKKKKKK hihihi. Yang best sebab boleh simpan dalam chiller hingga 3-4 hari.Terasa nak makan goreng tak sampai 5 minit. Rangup diluar lembut di dalam…ya ampunn..krupp..krapp..rempah dia tu perghh!
Share dan tag lah semua mak-mak yang super duper bizi tu..nak buat berniaga pun boleh. Moga ada keberkatan di situ.”

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam.
1 labuBawang putih
4 batang Serai
3 inci Halia
3 inci Lengkuas
2 tangkai Daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa

Cara Membuat:

1.Hiris segala bahan tersebut kecuali daun kari.

2.Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu.Namun boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan 2 sudu besar air.

3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.

4.Sambil menunggu perapan ayam tersebut,susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.

5.Susun ayam didalam loyang kukus dan kukuskan ia dalam 20 minit.Biarkan sejuk.Boleh terus digoreng dalam masa 5 minit.

Jika ingin disimpan didalam simpan chiller masukkan kedalam bekas kedap udara. ia mampu bertahan sehingga 3-4 hari.

Selamat Mencuba!

Sumber: Najwa Romli

Published by
Suhaidah Abd Wahab