Wanita Ini Kongsi Resipi Unik, Epal Goreng Sambal Kicap! Tapi Boleh Juga Cicah Madu Atau Jem

Share

Epal Goreng Sambal Kicap! Uniknya perkongsian resipi oleh Puan Nurasyikin Ali ini. Sebab selalunya buah epal dimakan begitu sahaja, dibuat jus atau pai. Jika mak-mak selalu hanya buat pisang goreng,keledek goreng, cekodok pisang mahupun jemput-jemput untuk minum petang, sesekali mungkin boleh buat kelainan, cuba resipi Epal Goreng Sambal Kicap ini.

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Tahu tak buah epal sebenarnya ada kandungan quercetin iaitu nutrisi yang sangat penting untuk otak. Bahagian otak yang dikenali sebagai Pusat Memori iaitu Hippocampus.”

“Tak hairanlah kanak-kanak yang suka makan epal ni memiliki IQ level yang tinggi kan! Mudah ingat mudah menghafal.”

“Anak-anak Kak ekin memang suka makan epal. Sekali Kak ekin terjebak. Tapi kali ni Kak ekin borong epal lebih sikit. Terajin pulak nak buat menu EPAL GORENG SAMBAL KICAP.”

Oh by the way resipi ni Kak ekin share kat bawah okeh!

Bahan-Bahan Epal Goreng:

4 biji epal hijau/merah
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Sebiji telor
Setengah cawan susu segar
Minyak masak

Cara Membuat:

1.Kupas dan buang bahagian tengah biji epal.
2.Basuh bersih kemudian hiris bulat.
3.Gaul hirisan epal tadi dengan sedikit garam.


4.Masukkan tepung gandum,tepung jagung, gula serta sedikit garam ke dalam bekas adunan. Gaul sebati.
5.Masukkan mentega cair dan telur ditengah adunan tepung tadi. Curahkn susu sedikit demi sedikit.
6.Gaul adunan sebati.


7.Celup hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.


8. Angkat dan hidangkan.

Bahan-Bahan Cili Kicap:

5-7 tangkai cili api ikut kepedasan masing-masing
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji Limau kasturi
2 sudu makan gula (kalau pedas tambah gula)
Kicap pekat
Sedikit air masak
Minyak masak

Cara Membuat:

1.Goreng sebentar cili api bersama bawang putih dan bawang merah. Tutup api. Kemudian biarkan sejuk sekejap.
2.Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi bersama sedikit air masak ke dalam blender.
3.Kisar halus bersama kicap, gula dan limau kasturi.
4.Siap untuk dihidangkan.

Tip Ekstra!

  • Epal goreng ni sedap juga dimakan bersama madu ataupun jem. Tapi lagi merecikk nyicah dengan sambal kicap tau. Sure terangkat!
  • Buah epal yang dah dibuang bahagian tengah biji tu, basuh bersih dan gaul dengan sedikit garam.
  • Kak ekin tak buang kulit sebab sedap makan macam tu. Kalau nak buang kulit pon boleh.
  • Adunan tepung gandum, tepung jagung, mentega, susu segar, telur dan gula,kacau sebatin tapi jangan cair sangat.

Nota: Untuk sambal kicap terlupa pulak nak ambil gambar. ?. Takpe lebihkan makan epal untuk memori.

Share jika bermanfaat. Selamat mencuba!

Sumber:Nurasyikin Ali

Published by
Suhaidah Abd Wahab