Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip Buat Popia Sira Cili Jadi Rangup & Tahan Lebih Lama!

Share

Rupanya ada tip tertentu untuk membuat Popia Sira Cili agar jadi rangup dan tahan lebih lama daripada biasa. Bukan apa popia Sira cili ni, meskipun nak buatnya mudah, jika tak kena caranya, boleh jadi lemau dan cepat berkulat, tak tahan lama.

Mak-mak boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Mariam

. Menurutnya, popia yang telah disira perlu dibakar dalam oven terlebih dahulu sebelum disimpan.

Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;

“Nak resepi tak untuk bagi rangup dan tahan lama popia sira..tak ada rahsia-rahsia ye..ini kita bagi ikhlas.Ok saya kongsikn resepi popia sira cili.”

Bahan-Bahan:

1 peket Kulit Popia
Minyak Untuk menggoreng
2 senduk cili kering campur bawang merah, bawang putih
Asam Jawa
garam
perasa
2 senduk gula pasir.

Cara Membuat:

1.Gulung kulit popia seperti biasa,berus pakai air tepung gandum letak garam sikit dan gunting.

2.Goreng dulu sampai garing.

3.Kemudian tumiskan cili kering, bawang merah dah bawang putih yang telah di kisar.

4.Masukan pula garam,asam jawa,perasa dan gula,tumis sampai betul-betul kering dan pekat.

5.Baru masukkan popia goreng dan kacau rata sampai sebati.

Tips Ekstra!

Kalau nak popia sira ini lebih rangup dan tahan lebih lama, masukkan dalam oven dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.

Siap!

Selamat Mencuba.

Mak-mak yang suka buat popia sira sebagai kudapan tu, boleh lah cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.

Sumber: Siti Mariam

Published by
Suhaidah Abd Wahab