Rupanya ada tip tertentu untuk membuat Popia Sira Cili agar jadi rangup dan tahan lebih lama daripada biasa. Bukan apa popia Sira cili ni, meskipun nak buatnya mudah, jika tak kena caranya, boleh jadi lemau dan cepat berkulat, tak tahan lama.
Mak-mak boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Mariam. Menurutnya, popia yang telah disira perlu dibakar dalam oven terlebih dahulu sebelum disimpan.
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Nak resepi tak untuk bagi rangup dan tahan lama popia sira..tak ada rahsia-rahsia ye..ini kita bagi ikhlas.Ok saya kongsikn resepi popia sira cili.”
Bahan-Bahan:
1 peket Kulit Popia
Minyak Untuk menggoreng
2 senduk cili kering campur bawang merah, bawang putih
Asam Jawa
garam
perasa
2 senduk gula pasir.
Ads
Cara Membuat:
1.Gulung kulit popia seperti biasa,berus pakai air tepung gandum letak garam sikit dan gunting.
2.Goreng dulu sampai garing.
Ads
3.Kemudian tumiskan cili kering, bawang merah dah bawang putih yang telah di kisar.
4.Masukan pula garam,asam jawa,perasa dan gula,tumis sampai betul-betul kering dan pekat.
5.Baru masukkan popia goreng dan kacau rata sampai sebati.
Ads
Tips Ekstra!
Kalau nak popia sira ini lebih rangup dan tahan lebih lama, masukkan dalam oven dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mak-mak yang suka buat popia sira sebagai kudapan tu, boleh lah cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Suatu ketika dahulu, mungkin mak, ayah hanya dapat melihat rumah besar dan berduit sahaja mampu memasang perincian “wainscotting” kerana rata-rata menggunakan material kayu yang agak mahal harganya.
Tetapi sekarang banyak pilihan material wainscoting antaranya pvc dan harganya jauh lebih murah jika mak,ayah ingin memasang perincian “wainscoting” di dinding rumah masing-masing.
Sudahlah murah, “wainscoting” menggunakan pvc ini lebih mudah dipasang. Bagi mak ayah yang ingin mengisi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah mula menghias atau mendekorasi untuk hari raya nanti dengan menggunakan wainscoting pvc.
Ikuti perkongsian Puan Syarul Nadia Hamdan ini:
Saja Mengisi Masa Ketika PKP
Sebenarnya, setelah saya mencuba sendiri hias dinding menggunakan wainscoting PVC, saya ada berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas make over di facebook. Tak sangka ramai juga kawan-kawan berminat dan ingin mencubanya.
Selepas siap dipasang wainscoting pvc. Cantik bukan?
Pada mulanya, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak panjang, jadi saya dan suami terfikir untuk menghias dinding rumah. Seperti orang lain, kami pernah cuba mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman untuk memasang “wainscotting”.
Khidmat Pereka Dalaman Mahal Terfikir Cuba Sendiri
Tetapi harganya agak mahal serta mencecah ribuan ringgit walaupun hanya satu dinding kosong tidak termasuk cat. Setelah ada orang lain mencuba memasang sendiri wainscotting PVC dan cantik, saya dan suami terfikir untuk mencubanya sendiri.
Bayangkan kos yang kami keluarkan tidak sampai RM 300. Memang jimat. Selain murah harganya, kami juga dapat mengisi lapang dan membuat persiapan dekorasi untuk sambutan hari raya tidak lama lagi.
Maklumlah mungkin kita akan beraya di rumah sahaja kerana virus Covid-19, jadi apa salahnya kita menghias rumah untuk membangkitkan suasana raya. Untuk pengetahuan semua barang atau bahan yang digunakan dibeli secara online tanpa perlu ke kedai.
Bahan-bahan:
Silicone + white silicone Pembaris Cutter Masking tape Grinder mata potong @ gergaji Wall putty filler Wainscotting (pvc) Penimbang air Wall paper (sticker)
Langkah-langkah:
1. Kenal pasti dinding dan ukur lebar untuk memudahkan proses membuat design wainscoting yang dikehendaki.
2. Ukur wainscoting pvc mengikut panjang yang dikehendaki dan buat garisan sudut di bahagian hujungnya.
3. Potong menggunakan grinder mengikut garisan sudut yg telah dibuat.
4. Letakkan white silicone pada wainscoting pvc dan tampalkan pada dinding.
5. Gunakan penimbang air untuk memastikan wainscotting betul-betul sama aras.
6. Lekatkan masking tape supaya lebih kukuh. Masking tape ditanggalkan selepas silicon benar-benar kering (biarkan semalaman).
7. Tampal wall paper di bahagian dalam petak wainscoting dan sapu rata supaya kemas.
8. Menggunakan instant putty filler untuk menutup ruang antara cantuman wainscoting.
**Pesanan** Kerja mesti dilakukan dengan cermat dan kemas supaya tidak memerlukan dinding dicat semula. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan bajet untuk mengecat lagi.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak, ayah mendekorasi rumah. Paling penting kita dapat berjimat apatah lagi di waktu-waktu kecemasan seperti sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Badan rasa lenguh dan kerap sendawa, apatah lagi apabila melihat orang lain mengurut badan, secara automatik mulalah sendawa. Itu maknanya badan kita banyak angin. Kadang-kadang, penat dengan sendawa tapi ia boleh memberi kelegaan pada badan.
Salah satu cara untuk buang angin adalah mengurut, namun biasanya mengurut hanya untuk sebulan atau dua tiga bulan sekali. Macam mana kalau nak buang angin yang memang membuatkan anda tidak selesa.
Jadi, perkongsian daripada Husna Azlan ini boleh membantu. Dengan hanya minum sahaja, mudah-mudahan ia dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan.
Selalu rasa tak sedap badan? Kalau rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa, sebu. Badan korang mesti dipenuhi angin
Ini antara tanda-tanda badan banyak angin: 1. Rasa lesu/letih/tidak bertenaga. 2. Selalu rasa kebas/lenguh/sengal. 3. Tapak tangan/kaki berasa sejuk. 4. Selalu menguap/mudah mengantuk. 5. Sukar bernafas/nafas pendek. 6. Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
Ada tak simptom-simptom ni, kalau ada elok sangat buat resipi ni, lepas tu angin kalau keluar macam belon angin pecah.
Angin medu ni ialah angin kotor yang terperangkap dalam badan kita. Angin kotor biasanya datang dari makanan yang berangin (makanan yang hasilkan gas semasa lalui proses pencernaan dalam badan kita).
Bila angin medu menyerang, kita akan rasa tak selesa, sebab tak boleh nak keluarkan angin tu dan rasa tak lega lega.
Petua untuk buang angin yang paling mujarab ialah dengan meminum air halia. Tapi Hus tahu, mesti ramai yang tak lalu minum air halia begitu saja. Jadi, Hus nak kongsi, macam mana cara nak buat minuman halia yang sangat sedap, tapi angin dia ermm. Double triple keluar! Hehe.
Bahan-bahannya: Sekotak susu (brand apa pun boleh ) Halia (besar ibu jari) lebih kurang 3-4 cm Halia nie ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas masuk banyak sikit. kalau setakat 3-4 cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara Membuat: Hiris halia tadi nipis-nipis reneh dengan susu tadi sampai mendidih atas api perlahan. Taraaaa sedia diminum.
Seeloknye minum ketika susu masih suam dan kesan adalah serta merta, memang sendawa dan kentut non stop .
Boleh diminum oleh:
Lelaki dan wanita, ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak, cukup 2-3 cm ja.
Ibu berpantang yang bentan
Sembelit
Angin disebabkan gastrik
Nak buang water retention berlebihan dalam badan pun boleh.
Petua ni sangat berkesan, bila-bila pun boleh minum. Pagi ke petang ke malam ke ikut korang rasa tak selesa tue. Seminggu 2-3 kali pun ok.
Kalau suka sangat makan seri kaya homemade, anda boleh guna resepi yang dikongsikan oleh Puan Imah Rahman ini. Tengok caranya tak susah sangat pun, siap ada petua lagi.
Bahan-bahan Buat Seri Kaya Homemade:
1 cawan gula
1 cawan air panas
Masak gula hingga keperangan, tutup api kemudian masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula. Kacau gula sampai cair semua, biarkan sebentar.
3 biji telur
1cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam (akak letak, terpulang kepada anda)
Blend semua bahan-bahan di atas sampai gula hancur.
1 kotak santan 200ml
2 sudu besar tepung jagung
-campur dan kacau hingga sebati
1. Panaskan gula karamel tadi, masukkan bahan-bahan yang telah diblend, kacau hingga sebati. Masukkan pula santan yang telah dicampurkan dengan tepung jagung.
2. Kacau hingga pekat dan berkilat dengan api yang slow. Pastikan jangan sampai hangus. Siap dan sejukkan sebelum simpan.
NOTA:
Sebenarnya untuk mendapatkan sekaya yang berkilat seakan berminyak gunakan pati santan kelapa bukan santan kotak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...