sup demam

Jadi mak-mak, bila anak mulai demam dan tak kebah-kebah suhunya memang memang merisaukan.Kasihan dan tak sampai hati melihat anak yang aktif dan cergas, jadi lesu, lemah dan tak berdaya.Selain mengamalkan perubatan secara moden, tak salah mak-mak turut mencuba remidi secara semulajadi untuk kebahkan demam anak.

Menerusi perkongsian oleh Hayana Darliz beliau berkongsi resipi Sup Ayam Barli, yang dikatakan berkesan meredakan demam anaknya dengan cara ini.

Berikut antara perkongsian daripada beliau;

“Sekali lagi berjaya tumpaskan demam dengan resepi sup ayam barli ni. Tanpa ubatan dadah. Adam demam panas tak kurang daripada 39.3 suhunya sejak pagi semalam. Kali ni dia jadi lemah sangat. Sepanjang hari lembik, tak selera makan.”

“Bagi hirup sup ayam ni, alhamdulillah pagi ni kebah terus.Resepi sup ayam barli ni tak pernah kecewakan saya sejak dulu lagi.”

Nah saya kongsikan resepinya.

Bahan-Bahan:

Ayam bahagian yang banyak tulang. Lebih baik guna ayam kampung atau ayam tanpa dicucuk antibiotik.
Halia yang banyak. Sebesar penumbuk pun tak apa. Hiris.
Dua sudu besar Barli . Basuh dan tos.
Rempah 4 beradik. Kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.
Serai diketuk.
Batang saderi.
1 ulas sederhana Bawang merah dimayang.
5-7 ulas Bawang putih cincang
1 sudu besar Apple cider vinegar atau cuka epal untuk 1 liter air
Garam himalaya.

IKLAN

Cara Membuat:

1. Rebus semua kecuali bawang putih dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker pun boleh, jangan stress pulak.
2. Kalau guna pressure cooker rebusnya 20-30minit, kalau rebus biasa 45-60minit.
3. Rasa, adjust garam. Tutup api.
4. Tabur bawang putih cincang.

Hiruplah sebanyak mana pun sampai demam kebah. Nak jadikan rutin mingguan pun boleh.

IKLAN

Ayam boleh tukar kepada tulang lembu atau kambing. Guna pressure cooker sejam, periuk biasa reneh sejam setengah.

IKLAN

Semoga bermanfaat.

Selamat Mencuba!

Sumber: Hayana Darliz

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI