
Isi Kandungan
ToggleSambal Totok Jawa memang sedap. Bila takde selera tak tau nak makan apa,buat sambal totok ni pasti terbuka selera. Memang pilihan menu yang paling terbaik buat mak-mak disaat perut tengah lapar tapi nak cepat siap masak. Rasa garing ikan bilis, pedas cilipadinya ditambah masam manis perahan limau kasturi memang secukup rasa. Ada umphh! ‘Bahayanya’ boleh buat kita makan bertambah-tambah nanti.
Resipi Sambal Totok Jawa ini merupakan perkongsian oleh Puan Norbawati Buang;
“Elok jer sampai rumah, mood nak masak terus ON. Tiiinggg! Dalam kereta masa drive Broga-Senai dah bayangkan dapat golek-golek atas katil macam ikan duyung kepenatan berenang dari Afrika. Uiiikkk??
Maka itu, ini dia Sambal Totok Jawa. Bila dah diperahkan limau kasturi atas sambal tuuu.Lawankan pulak dengan lemak taugeh dengan ikan goreng. Waalllaweiii..memang boleh sampai 3 pinggan.
Bahan-Bahan:
Ikan bilis kopek segenggam
Cili kecik segenggam
Bawang besar 1/2 biji hiris kasar
Bawang putih 3 biji
Belacan sebesar ibu jari
Limau kasturi 2 biji
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Goreng ikan bilis sampai garing. Takmo hangus @ geseng nanti sambal jadikan pahit.
2.Goreng layu cili, bawang besar, bawang putih, belacan. Kena tutup tau kuali masa ni. Takut nanti cili meletop.
3.Aaa…kalau buat sambal ni kenalah guna lesung batu. Letak garam secukup rasa. Dan mulalah menumbuk dengan kasih sayang, tambah geram-geram sikit.
Siap!

Selamat Mencuba!
Sumber:Norbawati Buang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sehari Saja Transform Rumah Sewa Jadi Wow! Lepas Tular Ubah Pula Kediaman Orang Lain Guna Bajet RM1000

Isi Kandungan
ToggleCantik kediaman yang MW kongsikan ini. Pemiliknya banyak gunakan perabot terpakai saja. Dia dan suami cuma ambil masa sehari transform rumah sewanya jadi wow! Lepas postingnya jadi tular. Dia bantu pula ubah kediaman orang lain dengan kos paling bajet iaitu RM1000.
Itulah istimewanya cerita dekorasi rumah yang disewa keluarga kecil Siti Zakirah Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Mc’Yah ini.
Ibu anak tiga dari Besut Terengganu rupanya ada ‘tangan emas’. Lagi-lagi kalau dikaitkan dengan kelebihan mendeko kediaman. Sebabnya tak perlu keluar duit berpuluh-puluh ribu pun, kediamannya bertukar rupa menjadi cantik.
“Perabot semua terpakai, kecuali rak kasut dan meja makan saja saya beli di Ikea. Dekorasi rumah saya banyak yang campur-campur.
“Idea sepenuhnya dari saya. Tanpa sebarang google atau tiruvasi.” Tutur pengasas syarikat 9088 Legacy Sdn Bhd ini.
Cuma Satu Hari
Kerja-kerja dekorasi dilakukan sendiri olehnya dan suami. “Cuma cat saja minta bantuan team kerja suami. Ada 2 orang. Termasuk saya 4 orang.”
“Keseluruhannya siap dalam tempoh 24 jam saja. Cuma bilik lama sikit sebab vanity mirror suami DIY sendiri.
“Jadi enjak 3 ke 4 hari sementara tunggu vanity mirror siap.”
Tuturnya lagi ketika dihubungi, kerja-kerja mendekor bermula seawal 8 pagi dan selesai jam 2 pagi keesokan harinya. “Sebaik cat kering, terus tampal apa yang nak dideko.”
Mc’Yah mula mengias pada bahagian ruang tamu, ke ruang makan, ke ruang laundry. Seterusnya bilik dan akhir sekali luar rumah.
Jelas ibu 3 orang anak berusia 27 tahun ini, kos renovation keseluruhan sebanyak RM3,000.
Transform Rumah Orang Lain Bermodal RM1K
Sebaik selesai mengubah kediaman rumah sewa, Mc’Yah berkongsi kisah di grup dekorasi. Postnya menjadi tular dan ramai mula menghubunginya.

“Selepas post tu, ramai minta saya tolong design kan rumah mereka. Dengan kos yang memang bajet.”
“Inilah akhirnya saya bantu kakak ini transform rumah dia. Modalnya RM1K. Dia nak sebiji macam rumah saya dengan modal sebegitu. Saya buat semampunya untuk kakak tu.”
Yang paling menarik, Mc’Yah juga cuma perlukan sehari saja transform kediaman kakak yang dibantunya.
“Kebetulan kedai perabot terpakai dekat je dengan rumah dia. Saya belikan kat situ. Perabot lama saya cat putih untuk dia.
“Cuma saya tak boleh tukar banyak sangat dan letak banyak aksesori. Sebabnya dia memang tak ada bajet.” Dengan kreativiti yang ada, maka terhasillah kediaman cantik lagi selesa mata memandang.
Sumber/Foto : Mcyah Joanjett
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muka Pucat, Darah Haid Keluar Banyak Berketul, Rupanya Ada Fibroid Sebesar Janin 4 Bulan

Isi Kandungan
ToggleJaga-jaga mak-mak yang ada masalah darah rendah, haid tak teratur. Jika nampak pelik, misalnya darah haid kelur banyak dan berketul. Kemungkinan ada fibroid.
Pengalaman darah haid keluar banyak selama 5 bulan yang dialami Shaza Baharuddin ini akhirnya membuatkan dia menjalani pembedahan membuang fibroid
Apa Kaitan HB Rendah Dengan Fibroid
Maklumnya, ada kawan yang bertanya, “apa kaitan HB rendah dengan fibroid?”
“Macam mana tahu ada fibroid? Sakit tak?” Tanya kawan ketika datang menziarah.
“Saya menggelengkan kepala.”
Katanya, dia pun tak tahu yang dirinya ada fibroid. Dan sudah 5 hari jalani pembedahan fibroid.
Ini Yang Mak-mak Kena Tahu Tentang Fibroid
1. Fibroid adalah ketumbuhan dan boleh tumbuh tanpa disedari, ada sesetengahnya tidak mendatangkan simptom pun.
2. Kekerapannya terjadi adalah 1 daripada setiap 3 wanita!
3. Ianya boleh membesar dengan tiba-tiba dan kadangkala membesar perlahan-lahan sehingga bertahun-tahun.
4. Berlaku pada banyak tempat – samada dalam rahim, luar rahim, di antara lapisan rahim dan juga melekat pada rahim.
5. Boleh tumbuh 1 ketul ataupun melebihi 2,3 ketul.
Serba sedikit mengenai fibroid, boleh Google untuk pembacaan lanjut ya.
Detik Disahkan Fibroid, Bermula Dengan Nurse Perasan Muka Pesakitnya Pucat
4 Februari 2019
Pagi tu saya buat pemeriksaan asas di klinik dekat rumah. Ambil darah untuk pemeriksaan diabetes dan HB. Sedang berborak dengan doktor, jururawat datang memberikan keputusan ujian darah.
“Ehh, HB awak 5! Biar betul.” ujar doktor bertugas. Dari duduk di kerusi dia berdiri dan duduk semula. Muka doktor nampak begitu terganggu.
“Awak tahukan kalau bacaan HB ni turun?” Doktor bertanya sambil membelek tapak tangan saya. Dia lantas bangun.
“Buka spek.” Dia menyentuh mata dan menarik sedikit kelopak mata bawah.
“Pucat.” Ujar doktor dan terus duduk menyandar. “Awak makan kerang? Hati? Bayam?”
Saya menganggukkan kepala.
“Saya risau ni.” ujar doktor lagi.
Hati saya berdebar-debar. “Kenapa doktor? Jangan buat saya risau.”
“Saya tak cakap awak ada sakit ni, tetapi bila HB rendah semua boleh ada kemungkinan, leukimia, kanser.” Doktor terus merenung saya.
Macam ni, saya bagi awak vitamin tambah darah, Iberet Folic Asid. Awak makan, dalam 2 minggu buat follow up lagi. Saya harap HB rendah ni sebab pemakanan awak.” ujar doktor sambil menulis sesuatu di atas kad laporan.
Keluar dari klinik terus berderai airmata ni. Apatah lagi teringatkan kata-kata doktor.
Dalam tempoh tersebut saya makan pelbagai makanan tambah darah dalam menu harian. Sambil tu berdoa agar bacaan HB saya terus naik.
28 Februari 2019
Datang ke klinik untuk pemeriksaan susulan. Risau sudah tentu. Darah diambil. Saya berbual dengan doktor sambil menunggu hasil ujian.
Saya ceritakan pada doktor perjalanan haid saya yang tidak normal sejak 4,5 bulan kebelakangan ni. Hari ke 2 dan ke 3 period, darah haid saya banyak dan berketul-ketul. Sehinggakan perlu menukar pad dalam 5 ke 6 keping sehari. Period saya juga berpanjangan sehingga mencecah 10 hari.
“Itu sebabnya saya kekurangan darah kut doktor. Lagipun saya tengah period ni.” ujar saya.
“Lepas ni kita scan perut.” balas doktor setelah mendengar penerangan saya.
Jururawat menghulurkan sehelai kertas.
“Ehh, biar betul ni. Ujian ni tak betul, HB awak 5! Nurse, awak repeat semula ya.” ujar doktor. “Mata awak nampak ‘pinkish’ ni, takkan rendah.”
Doktor membaca hasil ujian yang dilakukan sekali lagi. “Masih rendah, HB awak 6. Macam nilah, kalau ikutkan awak ni kena warded untuk masuk darah. Saya kena refer awak ke hospital, awak nak ke hospital yang mana?”
Setelah memikirkan perlu mengambil anak dari sekolah saya dan suami memutuskan ke hospital swasta sahaja. Hendak ke hospital kerajaan mungkin tidak sempat.

Jam 3:30 petang
Saya diarahkan berjumpa Doktor Siti Mariam, pakat sakit puan.
Saya disambut dengan mesra.
“Awak ni bukan anemia, ceria dan cergas je masuk ke sini. Orang anemia ni nampak pucat, tak bermaya.” ujar doktor sebagai mukadimah.
Saya pun ceritalah dari A to Z tentang HB rendah dan perjalanan period saya.
Saya berbaring di atas katil.
“Ohh, tengok ni fibroid awak. Ada 2,3 ketul melekat. Itulah sebabnya darah haid awak banyak dan berpanjangan.”
“Macam ni, kita buat pembedahan buangkan fibroid. Lagipun ianya ni dah membesar macam pregnant 4 bulan. Period awak akan kembali normal lepas ni. Senang nak solat, puasa nanti.”
“Kita buat pembedahan pada 13 Mac ini. Awak makan ubat Maltofar ini untuk tambah darah. Sebolehnya kita elakkan terima darah oranglain ya.”
13 Mac 2019
Saya menjalani pembedahan fibroid. Selama ini saya ingatkan perubahan period saya itu disebabkan perubahan hormon. (Ohh, memandai buat kesimpulan sendiri kan.)
Perut yang buncit selama ini pun saya sangkakan kerana kurang bersenam dan buat sit up. Kesimpulan sendiri lagikan.
Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat ya. Jangan pandang remeh bila HB rendah dan period yang tidak normal.
Sumber/Foto : Shaza Baharuddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ribuan Lelaki Serbu Bilik Hotel Wanita Ini, Gara-Gara ‘Gurauan Terlampau’ Status Yang Dimuat Naik

Sebagai pengajaran, sebelum memuat naik sesuatu status di laman sosial, sila fikirkan dahulu kesan dan akibatnya yang mungkin berlaku. Gara-gara mahu menarik ramai pengikut di media sosial, seorang wanita yang juga merupakan seorang blogger di China ditangkap apabila mencetuskan kekecohan selepas menawarkan perkhidmatan hubungan intim percuma di sebuah hotel di Sanya, Pulau Hainan.
Wanita itu menjadi takut apabila kira-kira 3,000 lelaki tidak berhenti-henti datang ke hotel penginapannya, malah ada yang berkumpul di depan hotel sebelum memuat naik status baru di Weibo (Twitter versi China) memberitahu dia hanya bergurau dan merayu orang ramai tidak mencarinya lagi.
Susulan kekecohan itu, polis menahan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Miss Ye, 19, selepas menerima laporan daripada hotel dan dia disiasat kerana disyaki mengiklankan khidmat pelacuran.
Daily Mail yang memetik laporan portal berita ifeng.com melaporkan, kejadian berlaku di Teluk Haitang, pulau Hainan, di selatan China.
Miss Ye dilaporkan memuat naik status pada 1 Mac lalu, berbunyi:
“Siapa mahu mendapatkan saya.. untuk hubungan intim secara percuma.”
Dia turut menyatakan nama hotel dan nombor bilik 6316 dalam status berkenaan.
Ribuan Lelaki Berkumpul
Tidak lama selepas dia memuat naik status berkenaan, ratusan lelaki datang mengetuk pintu biliknya, manakala ribuan lagi berkumpul di luar hotel. Ramai pengguna media sosial turut memuat naik video dan gambar mereka berkumpul di hotel itu serta beratur di bilik 6316.
Miss Ye yang ketakutan segera memadamkan status berkenaan sebelum meminta bantuan pengawal hotel untuk mengiringnya keluar dan menaiki teksi ke lapangan terbang.
Polis memberitahu, wanita berasal dari Shanghai itu ditahan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix .

Ketika soal siasat, Miss Yee mengaku dia sengaja memuat naik status itu untuk menarik ramai pengikut di laman sosialnya yang kini ditutup selepas kejadian berkenaan.
Macam-macam hal, punyalah nak ramai pengikut di laman sosial tak fikirkan akibat dan kesannya! Tanggunglah sendiri iya.
Sumber: Daily Mail & hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI