Amboi, cantik berserinya Red Velvet Cream Puff yang Puan Suziyana Ibrahim Yana Sueini buat. Beliau namakan resipi ini ‘Red Velvet Cream Puff Kebaboom’. Mana taknya memang nampak gebu dan sedap.Digandingkan pulak dengan cream cheese dan fresh cream, tak dapat nak bayang kenikmatan rasanya.Selalu jumpa kek red velvet atau cupcake redvelvet, tapi kali ni cream puff pula.Cuti sekolah ni, boleh lah cuba buat Red Velvet Cream Puff dengan anak-anak nanti.
Ini perkongsian resipi tersebut.
Bahan A
1 ½ cawan air
100 g majerin
Garam secubit(Sebab majerin dah masin)
1 sudu gula
Bahan B
Telur 3 biji
Ads
Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 Sudu kecil vanila
* pewarna red pink
*1½ sudu kecil cuka makan
Ads
Cara Membuat:
1.Masak bahan A sehingga mendidih kemudian masukkan Bahan C.Kacau laju-laju supaya tidak beketul(pakai senduk pon boleh).Kemudian dah sebati tutup api.
2.Bila dah suam-suam baru masukkan B (telur satu persatu).
3.Kemudian tambahkan pewarna red pink + cuka makan 1½ sudu.
4.Dah sebati bolehlah masukkan kedalam pipping bag dan bolehlah pakai nozel yang buat semperit tu.
Ads
Untuk Filling:
Boleh pakai fresh cream dan cream cheese.Putar dulu fresh cream sampai kental kemudian putar pula cream cheese.Baru satukan sekali.
Rahsia Nasi Ayam Penyet yang sedap pastinya terletak pada keenakan ayam goreng dan sambal penyetnya yang ‘kick’. Perkataan ‘Penyet’ berasal daripada Bahasa Jawa yang bermakna ‘lumat’. Bahan-bahannya dimasak lumat dihidangkan pula dengan sambal khas yang di tumbuk lumat, serta dimakan bersama nasi putih, tempe, tauhu dan ulam ulaman.
Nak buat Nasi Ayam Penyet ini tak susah mana, Nur Alyaniada kongsikan respi ini untuk rujukan mak-mak semua. Jadi lepas ni tak perlulah bolehlah buat sendiri, tak perlu beli lagi.
Berikut antara perkongsian beliau;
Rebusan Ayam
1.Panaskan air+lengkuas titik + halia titik+ daun salam(bay leaf) + kunyit garam bawang putih (tumbuk) asing dan campak dalam tu.Perasakan je terus garam,limau nipis sebab nak bagi ayam tu ada rasa.
2.Masukkan ayam.Tunggu sampai separuh masak, nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti nak goreng jugak.
Sambal Penyet (paling penting)
Ni bahan-bahan untuk sediakan sambal penyet, cili api,cili besar, bawang putih, cili kering (yang dah direbus) , TOMATO (3 biji) tapi dalam gambar lupa nak letak.
Goreng satu-satu semua bahan sambal termasuk tomato kecuali cili kering tak payah goreng terus tumbuk je.
Dah siap goreng semua, bahan-bahan tadi ditumbuk hancur (tumbuk sekali dengan bahan-bahan yang dah goreng tadi. Perasakan dengan garam,gula, asam limau. Nakletak belacan bakar sikit pun boleh.
Tauhu, tempe ni saya rebus dulu dalam air rebusan ayam tu pastu goreng je.
Empat beradik yatim piatu sekelip mata, suami isteri terlibat kemalangan maut ketika konvoi motosikal. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Tiada daya upaya kerana ia takdir yang tertulis sejak azali.
Empat beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan ayah mereka terlibat dalam kemalangan maut ketika mengikuti konvoi motosikal semalam. Dalam kejadian ini, Azranawi Radzi, 42 tahun maut di tempat kejadian manakala isterinya, Rosnah Ahmad, 44 tahun meninggal dunia di KK Lenggong selepas terlibat dengan kemalangan.
Kemalangan berlaku di Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong petang semalam berpunca daripada kereta Iswara keluar secara mengejut dari simpang kanan.
Empat beradik ini bergelar yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dalam konvoi motosikal.
Azranawi yang juga merupakan pemilik Restoran Rose Pulut Ayam yang terletak di Ipoh dikatakan mengikuti konvoi motosikal sempena cuti Deepavali dan memandu skuter Kymco ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kereta Iswara.
Pasangan ini meninggalkan empat orang anak berusia 16, 14, 12 dan 7 tahun di mana tiga lelaki dan seorang perempuan.
Dalam pada itu difahamkan, persoalan siapa yang bakal menjaga anak-anak yatim ini diperbincangkan oleh ahli keluarga ini.
Pemilik motosikal ini maut di lokasi kejadian
Menurut ibu saudara kepada arwah Rosnah, Hamizura mengakui tidak menyangka kemalangan maut ini terjadi pada pasangan suami isteri ini.
“Mungkin antara kami ahli keluarga tiada masalah dan boleh menjaga mereka namun kasih sayang seperti ibu dan ayah kandung tidak serupa.
“Kalau boleh, kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik, di sini.
Pasangan ini akan dibawa ke Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, Ipoh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam zaman teknologi moden ini, rasa cukup ‘janggal’ tanpa telefon bimbit, tablet atau laptop. Seolah-olah, ia menjadi pelengkap kehidupan seharian dan benda penting yang perlu ada.
Malah, semua sedia maklum, gajet ini memudahkan kehidupan seharian kita. Tapi tanpa kita sedar, kebergantungan atau ketagihan pada penggunaan gajet boleh memberi masalah mata lelah dan kesihatan kulit terutamanya terdedah kepada sinaran cahaya biru atau blue light rays.
Info:
Dikatakan lebih banyak masa dihabiskan dengan peranti digital, semakin teruk kulit seseorang itu. Jaga jarak sekurang-kurangnya 12 inci atau kira-kira 30 cm dari skrin dan berehat secara berkala.
Kesan Sinaran Cahaya Biru Pada Diri
Sebenarnya, terlalu lama melihat paparan pada gajet boleh memberi kesan sinaran cahaya biru pada diri anda.
1. Masalah Kulit Wajah Kusam
Akibat terlalu lama melihat paparan skrin dan sinaran cahaya biru boleh merosakkan sel-sel pada kulit. Kesannya, kulit nampak lebih tua dan pemecahan kolagen yang sepatutnya membuatkan kulit kelihatan awet muda.
2. Gangguan Ritme Tidur
Paparan cahaya biru yang berlebih pada waktu malam boleh menurunkan pengeluaran hormon melatonin dan menganggu jadual tidur sehingga boleh menimbulkan penyakit kronik seperti obesiti, depresi hingga gangguan bipolar.
3. Masalah Letih Mata
Kebanyakan masa banyak dihabiskan di skrin gajet sehingga memberi kesan pada keletihan mata yang mempengaruhi produktiviti seseorang. Antara gejalanya seperti pandangan kabur, sukar fokus, mata kering, sakit kepala dan leher.
Cara Mudah Lindungi Kulit Wajah
Salah satu cara terbaik dan penyelesaian dari sinaran cahaya biru mampu ditangani dengan rutin penjagaan kulit termasuklah penggunaan krim perlindungan cahaya atau suncreen.
Pilihan suncreen yang ringan pada wajah dan cepat meresap dapat membantu kulit anda kekal lembap, cerah dan terhalang dari sinaran cahaya biru.
Pilihan Terbaik & Tepat: Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Apa menariknya penggunaan produk ini? Sudah tentulah dari kandungan bahan, teknologi yang digunakan dan manfaat dari penggunaannya.
Produk ini mengandungi ekstrak biji koko untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya biru yang merosakkan. Satu bahan istimewa adalah ekstrak cendawan chaga yang membantu untuk menghidrat dan melembapkan kulit untuk mengelakkan kehilangan lembapan daripada pendedahan matahari setiap hari.
Bestnya, ia mempunyai bahan pencerahan iaitu brightenyl yang membantu mencerahkan kulit, menghilangkan bintik hitam dan jeragat. Malah, bahan pencerahan ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Paling penting tahap perlindungan yang tinggi iaitu SPF50+ dan PA++++ yang berkesan bukan hanya melindungi dari cahaya matahari malah sinaran cahaya biru dipancar daripada gadjet.
Produk Hebat!
Salah satu ciri sunscreen SUNPLAY yang tak ada pada produk lain ialah teksturnya yang lembut, mudah meresap dan menyerap ke dalam kulit, tidak melekit dan bebas dari alkohol, paraben, pewarna tiruan, pengawet dan bahan terlarang.
SUNPLAY sangat sesuai untuk anda kerana ia lembut pada wajah dan diformulasi supaya terasa ringan pada kulit. Ia juga mudah dicuci dengan air.
Apa tunggu lagi!!!
Dapatkan suncreen SUNPLAY Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel di cawangan Watsons /Guardian /Shopee /Lazada
Untuk maklumat lanjut, ikuti SUNPLAY di media sosial Facebook dan Instagram.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...